Kawan-kawan kakcik

Isnin, 16 Ogos 2010

Apa nak jadi..

Suami bukan lagi tempat berlindungnya isteri
kelmarin ada isteri mati dibunuh suami sendiri
hari ini ada berita isteri disimbah asid oleh sang suami

apa nak jadi
rumahtangga tidak lagi menjadi syurga
bukan lagi tempat anak-anak bergurau senda bersama bapa
anak perempuan terpinga-pinga
melihat bapa memanjat tangga
dengan muka masam mencuka
apakah bala bakal menimpa

apa nak jadi
isteri memandang suami bukan dengan kasih
tapi dengan rasa gentar berbaur sedih
suami yang disayang darahnya asyik mendidih
ditegur sedikit dibalas dengan libasan yang pedih

sudah hilangkah segala pedoman
tidak tinggalkah walau sedikit keimanan
berat sangatkah melangkah ke pangkal jalan
lantas merelakan kesesatan berterus-terusan...




38 ulasan:

  1. salam kak cik..

    dunia menghampiri akhir zaman...

    BalasPadam
  2. salam kak chik,
    msg2 dah lupa diri& Tuhan..

    BalasPadam
  3. salam kakcik
    mereka dalam proses perceraian
    kes cheqna tu
    jap lagi nak g tengok

    BalasPadam
  4. Salam Fazila...

    ... dan seolah2 manusia tidak menjadi dewasa ...

    BalasPadam
  5. Salam Mizah..

    semoga kita dilindungiNya..

    BalasPadam
  6. dunia akhir zaman... dalam rumah sendiri pon tak selamat uishhh
    apatah lagi diluar rumah...

    BalasPadam
  7. Salam Mila..

    itulah kan? entah di manalah tempat yang betul-betul selamat.. :(

    BalasPadam
  8. Salam KOG..

    memang itu jawapannya.. tapi, ada yang memandang agama hanya sekadar nama bukan panduan hidup. :(

    BalasPadam
  9. moga2 di jauhkan la family kita dari kategori family cmni..amin..

    BalasPadam
  10. Salam Alimaz..

    bersyukurlah bila kita dikurniakanNya dengan suami yang baik dan bertanggungjawab. Biarlah tidak kaya asalkan tidak mendera. :)

    BalasPadam
  11. Salam Baby..

    jangan lupa sentiasa berdoa semoga suami kita adalah anugerahNya yang sama sekali tidak mensia-siakan kita, anak2 dan keluarga kita.

    BalasPadam
  12. Quran dan Hadis tak dijadikan panduannnn.... :(

    BalasPadam
  13. Salam Pn Sri..

    ....hanya perasaan sendiri yang diutamakan.. itulah jadinya... :(

    BalasPadam
  14. salam kakcik,
    takut dan ngeri membacanya, minta dijauhkan keluarga dan rumahtangga kita dari segala musibah

    BalasPadam
  15. Salam ibuintan..

    barang dijauhkan kita dan keluarga kita dari tragedi yang ngeri sebegitu.... Na'uzubillahhiminzalik..

    BalasPadam
  16. Dunia hari ni dah makin kearah kehancuran kak cik....

    BalasPadam
  17. Salam Echam..

    iya, dunia semakin tua dan kiamat semakin mendekat...

    BalasPadam
  18. Ntah la kak cik.. lepas ni pasti ada berita buruk lain yang menyusul... ntah kenapa benda yang tak baik ni berjangkit2...

    Mcm kes buang bayi.... berjangkit2...

    Lepas ni trend bunuh dan cederakan isteri pulak.

    BalasPadam
  19. Salam Vic..

    macam wabak pulak kan? Bila dah mula satu kes.. ada sahaja turutannya... :(

    BalasPadam
  20. salam my dear kakcikS:)

    Agaknya akal yang dianugerahkan 'terencat' dek hati yang keras bagaikan batu... sukar utk menenangkan diri dan beringat pada Yang Esa...
    Jauhnya pegangan dan iman di dada...tersasar dari batasan kemanusiaan..:(

    BalasPadam
  21. Salam Tinie Sayang..

    makin ramai manusia kini tidak lagi menggunakan akal bertunjangkan iman sebaliknya lebih selesa berlandaskan nafsu...:(

    BalasPadam
  22. bila baca perangai suami2 sekarang nie, acu jadi takut nak kawin...huhuhu

    BalasPadam
  23. saya pun senak perut memikirkan macam-macam fenomena yang menjengkelkan melanda masyarakat kita. saya kira semua orang tahu puncanya tapi sulit untuk menghindarnya. ibarat kesesakan jalan raya, kita tahu sebabnya, tetapi buat macam manapun jalanraya tetap sesak juga.

    BalasPadam
  24. Orang panas baran dan di ikutnya ajakan syaitan terus hilang pedoman.
    Nauzubillah.

    BalasPadam
  25. Salam kakcik... setiap hari ada kes jenayah.. takut jek dgr. ramai yg dah hilang pertimbangan diri. Semoga kita semua dilindungiNYA. InshaAllah.

    BalasPadam
  26. Salam Acu..

    bukan semua lelaki tidak layah menjadi suami. InsyaAllah, Mr EE seorang yang baik, Acu pun dah lama kenal dia, kan? :)

    BalasPadam
  27. Salam IM..

    ooooo... IM tidak termasuk dalam kategori lelaki seperti di atas tu. Jangan risau, IM dalam kelas yang lain. :)

    BalasPadam
  28. Salam Kanada AL..

    arkitek dan jurutera tak salah tapi pengguna mungkin tidak bijak.

    BalasPadam
  29. Salam Salmi..

    itulah masalahnya - nafsu dijadikan ikutan! :(

    BalasPadam
  30. Salam Cyana..

    belum masuk lagi kes buang bayi yang semakin menjadi2. :(

    KepadaNya kita mohon perlindungan.

    BalasPadam
  31. Salam Reen..

    semoga dijauhkan dari kita...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com