Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 Julai 2010

Tolong beri jawapan..



Dari Kati pergi Kemensah
bawa bekalan pulut kelapa
saat hati dirundung resah 
adakah teman hendak menyapa?

pokok lada kepunyaan siapa
pokok peria kepunyaan kita
andaipun ada yang sudi menyapa
ikhlaskah dia mengurangkan derita?

Puteri rupawan mengidam rusa
sudah lama hasrat dipendam
adat berkawan tersinggung rasa
adat mana menyimpan dendam?

Mari direndam biji selasih
tambahkan sarbat janganlah lupa
rindu dendam tandanya kasih
dendam kesumat tandanya apa?




*** Subuh-subuh begini ilham pun tak ingin menjengah***


34 ulasan:

  1. Mari direndam biji selasih,
    tambahkan sarbat janganlah endah,
    rindu dendam tandanya kasih,
    dendam kesumat tandanya membasah..

    *ketawa

    BalasPadam
  2. en_me...

    tak faham la kakcik ni... *roll*

    BalasPadam
  3. me mintak maaf kakcik.. pantun merapu ntah apa2 tewww.. uhuhu

    Sebenarnya me nk ckp cam gini.. Dendam kesumat yang ada dlm diri harus dikikis. Ego yang tinggi harus ditundukkan.. kanns

    BalasPadam
  4. en_me..

    tak apa.. kakcik tak berdendam dengan en_me punnn... :)

    BalasPadam
  5. atau dlm pantun begini,

    Mari direndam biji selasih
    tambahkan sarbat lupalah jangan
    rindu dendam tandanya kasih
    dendam kesumat dirasuk syaitan..

    *abaikan pantun yg mula2 tewww.. uhuhu

    BalasPadam
  6. Nak kena jawab dalam pantun jugak kah?
    Hamba bukan begitu orangnya,
    maaf ler yer...


    Hati gundah jangan dilayan,
    baik layan bola.

    Bleh pantun gitu tak? :)

    BalasPadam
  7. en_me..

    (tak perlu rasa bersalah..) :)


    tambahkan sarbat lupalah jangan
    barulah enak juadah dimakan
    dendam kesumat dirasuk syaitan
    tandanya iman kena ditingkatkan :)

    BalasPadam
  8. Salam Azie..

    belasah je... :)

    hati gundah jangan dilayan
    lebih baik melayan bola
    eh.. tidak ke rasa meroyan
    pasukan disokong kalahlah pula...

    (sekadar suka-suka je.. sebab kakcik tak tahu apa2 pasal bola..) :)

    BalasPadam
  9. ada gak dendam nak makan belanja
    ada gak dendam nak makan belanja
    ada gak dendam nak makan belanja
    ada gak dendam nak makan belanja


    fush sama ujung pantun ini.

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik. Saya cuba jawab. Tetapi skill dah mula tumpul.

    Dari Kati pergi Kemensah
    bawa bekalan pulut kelapa
    saat hati dirundung resah
    ramai teman ingin menyapa.

    Pokok lada kepunyaan siapa
    pokok peria kepunyaan kita
    bila ada yang sudi menyapa
    usah disangsi, sudikan terima.

    Puteri rupawan mengidam rusa
    sudah lama hasrat dipendam
    adat berkawan tersinggung rasa
    tidak teradat menyimpan dendam.

    Mari direndam biji selasih
    tambahkan sarbat janganlah lupa
    rindu dendam tandanya kasih
    dendam kesumat tandanya buaya!

    BalasPadam
  11. Salam Kanda AL>.

    terima kasih kerana sudi menjawab kesemua pantun saya. Oooo.. yang berdendam kesumat tu, buaya rupanya! :)

    BalasPadam
  12. saat hati dirundung resah,
    tiada teman hendak menyapa,
    nekad hati pada Allah,
    pasti nyaman walau bertapa.

    andaipun ada yang sudi menyapa,
    ikhlaskah dia mengurang derita,
    apa dikata tida mengapa,
    bila ketawa tahulah kita.

    adat berkawan tersinggung rasa,
    adat mana menyimpan dendam,
    adat didunia menanggung bisa,
    adat berdendam tak kunjung padam.

    rindu dendam tandanya kasih,
    dendam kesumat tandanya apa,
    rindu dendam kalau tak bersih,
    menjadi kesumat memburuk rupa.

    ...tah hapa-hapa tah.

    BalasPadam
  13. kakcik...tak usah berdendam kerna buat hati rasa tak tenteram,
    ..tapi kalau dah terlampau gerammm,
    tentu nak tumbuk sampai lebam.
    Itu semua cucukan syaitan @ luahan perasaan @ tunjuk perasaan..

    BalasPadam
  14. Salam KakCik,

    Meh sini saya jawap;

    Dari Kati pergi Kemensah.
    Terjumpa Mat Saman Kati dengan KakEsah.

    pokok lada kepunyaan siapa.
    pokok peria kepunyaah kita
    Lada buat sos blackpepper
    ubat darah tinggi makanlah peria.

    puteri rupawan mengidam rusa
    sudah lama hasrat di pendam
    hasrat puteri mengidam rusa?
    Apa..? puteri mengandung ke..?

    Mari direndam biji selasih
    tambahkan sarbat janganlah lupa
    Bulan Ramadhan dah dekat ni..
    Buat air selasih campur sarbat pun sodap juga...

    ha..ha..ha... amacam kakcik..???

    BalasPadam
  15. suka baca idea2 kakcik...
    kalo sayala..hmmmm mmg out langsung huhu

    BalasPadam
  16. saat hati dirundung resah
    adakah teman hendak menyapa?
    zaman sekarang ada di kisah
    duka lara jiran tetangga


    mmm..susah jugak berpantun pantun ni yo.. ;p

    BalasPadam
  17. saya bab-bab berpantun ni memang tak pandai nak jawaab..

    BalasPadam
  18. tu sebab ada pepatah melayu kata, "buaya tak kan lupakan bangkai"

    BalasPadam
  19. ohooii...ari ni berpantun lak ye kakcik..hehe..bestt!!!

    BalasPadam
  20. alamak kakcik mendalam tul lak kakcik punya pantun nie

    BalasPadam
  21. Pergi ke kuala membeli kari,
    Berhenti singgah membeli pari,
    Kawan ketawa mudah dicari,
    Bila resah semuanya lari.

    Merdunya suara milik siapa,
    Cantik wajahnya cantik di hati,
    Kalau ada yang sudi menyapa,
    Mungkin petanda sahabat sejati.

    Terbang rendah si burung pipit,
    Bila disua ianya lari,
    Sedangkan lidah lagi tergigit,
    Dendam hanya memakan diri.

    Merdu amat Si Nuri bernada,
    Biarpun malam terus berkicau,
    Dendam kesumat bawa petanda,
    Hatinya hitam jiwanya kacau.

    BalasPadam
  22. aik... rasa dah komen pagi tadi...
    hilang pulak....
    *roll*

    BalasPadam
  23. Adoiiii... peninglah..

    kat luar nampak ada 22 komen.. masuk ke dalam, hanya ada 9 sahaja! :(

    BalasPadam
  24. Komen-komen dan jawapan-jawapan yang telah dibuat pun lesap entah ke mana.. :(

    BalasPadam
  25. Sya..

    taklah susah sangat.. cuma kalau taka ada ilham.. susahlah juga! :)

    BalasPadam
  26. Cikgu..

    kotak komen ni dah pandai 'menelan' agaknya! :(

    BalasPadam
  27. Chik Na..

    tak mengapa. Chik Na 'datang' pun kakcik dah suka sangat. :)

    BalasPadam
  28. Baby berry..

    syesyekali .. lepas gian :)

    BalasPadam
  29. Angah..

    ha.. kena menyelam baru jumpa tau.. :)

    BalasPadam
  30. Vic...

    pandai pun Vic berpantun.. cantik sekali.. kakcik suka. :)

    BalasPadam
  31. Pn. Dr..

    kotak komen ni perlukan ponstan agaknya! :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com