Kawan-kawan kakcik

Rabu, 7 Julai 2010

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Angah

hari ini - 7/7/2010, Angah sudah berusia 20 tahun.  Satu angka yang menunjukkan kematangan.  Tapi bagi mak, Angah masih seorang anak yang perlu mak beri perhatian, beri perlindungan dan kasih sayang.  Itu akan mak lakukan selagi hayat dikandung badan.  Insya Allah.

Mak tak minta sesuatu yang di luar kemampuan Angah untuk memberikannya.  Mak (dan Ayah juga) hanya mahu Angah mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.  Kami hantar Angah menuntut ilmu untuk masa depan Angah sendiri.  Lupakanlah dahulu tentang awek atau pun teman wanita.  Apa yang perlu Angah kejar adalah masa depan yang gemilang.  Cinta tanpa wang dan kerjaya tak mungkin mengenyangkan perut yang lapar.  Kasih tanpa ilmu dan pegangan agama serta sedikit sebanyak bekalan dunia, tak mungkin dapat membina mahligai impian yang kukuh dan bercahaya.

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang Ke 20,  Angah. 


14 ulasan:

  1. SAlam:)

    Selamat ulangtahun kelahiran buat Angah !
    Semoga jadi anak yang soleh yang sentiasa mentaatiNya dan jua kedua ibubapa...
    Hargailah sentiasa kasih sayang ayah&bonda dan semoga Angah success dalam kehidupan ini...:):)

    Utk my dear KakCikS..:)
    Semoga doa & harapan seorang ibu dimakbulkanNya & semoga akak sentiasa bahagia dgn segala2nya..Amin..:)

    BalasPadam
  2. Salam Tinie Sayang...

    terima kasih atas doa yang dititipkan. :)

    (hanya anak-anak harta yang kakcik ada)

    Semoga Tinie sihat dan sejahtera selalu.

    BalasPadam
  3. Selamat panjang umur Angah.Jangan hampakan harapan ayah dan ibu. Masih banyak liku menanti diperjalanan hidup ini.

    BalasPadam
  4. Salam Abu Muaz..

    betul tu. Tapi, kadang2 anak2 ni, tak faham apa yang kita katakan..

    BalasPadam
  5. Perjalanan masih jauh.
    Cabaran masakini makin hebat.
    Semoga Angah sentiasa dipelihara olehNya.

    Happy Birthday!

    BalasPadam
  6. Terima kasih Pn. Sri...

    jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi oleh anak ini.. semoga segala liku, gunung dan lembah dapat dilaluinya dengan tabah dan cekal sehingga mampu berdiri gagah di puncak jaya.

    BalasPadam
  7. selamat ulangtahun untuk Angah.. semoga doa kedua ayah dan ibu diterimaNya dan Angah berjaya di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  8. Happy Birthday buat Angah.. kalaulah Angah baca entry Mak nie, baru dia tahu betapa tingginya harapan Mak. Sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak2. Semoga Angah akan mengingati segala ajaran Mak & Ayah.

    20 tahun tu masa anak2 nk meneroka dunia.. penting utk Mak & Ayah selalu memantau agar anak2 akab berada di lantasan yg baik. InshaAllah.

    Doakan yg terbaik buat Angah dan keluarga. Amin

    BalasPadam
  9. Salam ibuintan..

    terima kasih. Amin. :)

    BalasPadam
  10. Salam Cyana..

    bergenang airmata kakcik baca coretan Cyana. Tiada ibubapa yang waras yang tak inginkan kejayaan anak-anak mereka di 'sini' dan di 'sana'. Bukan untuk diri kami, tapi untuk diri mereka sendiri. :)

    BalasPadam
  11. salam. kelmarin blogger.com pening. saya pun ikut pening.

    kepada angah, pesan pakcik,

    "wang tidak jamin bahagia, tetapi tanpa wang, jamin tak bahagia"

    untuk mendapat wang perlukan ilmu. untuk menguruskannya perlu ilmu dan untuk mengekal dan menambahkannya juga memerlukan ilmu.

    jadi buat masa ini fokuskan kepada menuntut ilmu.

    BalasPadam
  12. Salam Kanda AL..

    memang blogger.com semalam terminum racun tikus!

    Angah.. baca apa yang Pakcik Hamzah tulis tu. Mak juga bersetuju 'fokuskan kepada menuntut ilmu'. :)

    BalasPadam
  13. Happy Birthday 20th..to Angah dah besar dah anak bujang mak ni....

    BalasPadam
  14. Salmi..

    walaupun dah besar, belum boleh kahwin! hehehe...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com