Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 Julai 2010

Hari Pendaftaran

yang datang berbagai gaya
yang mendaftar rata-ratanya orang muda

ada yang datang bertiga
ada yang datang satu keluarga

mendaftarnya seorang
yang datang sepuluh orang
dia seorang cuma berlenggang
yang lain tukang angkut barang

sibapa berbaju batik
siibu bertumit tinggi
sianak bermuka selamba
sibuk bersms sesama rakan sebaya

ramai yang mengheret beg pakaian
ada juga yang tolong angkat baju dipenyangkutnya
(aku agak dia anak manja - baju seluar siap bergosok semua)

ada yang membawa mop dan baldi
(mungkin sebelum ini  di asrama dia jadi tukang cuci)
ada juga yang mengepit bantal busuk

macam-macam gaya
macam-macam gelagat
tapi aku tahu
mereka datang dengan niat yang satu
ingin menimba ilmu
bakal menjadi orang yang 'berakal dan berjaya'

anak-anakku
tetapkan niatmu itu
kamu kemari bukan sekadar membawa maksud hati
kamu menggalas harapan dan impian

jangan nanti sebulan dua di sini
kamu mula berubah hati
niat suci menjadi daki
kelak tangismu tiada yang peduli!



29 ulasan:

  1. salam,

    selamat menuntut ilmu...
    hari yang membengkrapkan bapa dan ibu,
    huuu...

    BalasPadam
  2. hebat kakcik....
    pelbagai ragam hari pendaftaran.
    ingatkan waktu daftar di sekolah rendah saja beragam....sampai ke U pun jadi begitu.

    BalasPadam
  3. Salam Acu..

    anak kakcik kat kolej je.. :)

    BalasPadam
  4. salam kak cik lama rasa tak singgah sini..sorry baru sempat terjah blog kak cik

    tahniah kak cik anak study mana???

    BalasPadam
  5. Salam Cikgu..

    segalanya perlu disediakan dan tentunya memerlukan wang.. moga2 tidak dipersia2kan oleh anak yang 'tahunya ada' saja..

    BalasPadam
  6. Salam Abu Muaz..

    manusia dan ragam tak dapat dipisahkan walau di mana jua pun. :)

    BalasPadam
  7. Salam Angah..

    tak mengapa.. singgahlah bila ada waktu terluang. :)

    BalasPadam
  8. salam kakcik
    memacam ragam memacam gaya kan?

    BalasPadam
  9. Salam Sya..

    memang berbagai gelagat dapat dilihat. :)

    BalasPadam
  10. salam baby berry..

    ada pengalaman di hari pendaftaran tak? :)

    BalasPadam
  11. salam kakcik...

    kelakar jek teringat masa saya masuk uni, mak hantar bwk baldi.. haha.. then mak nk balik... terus nangis.. opps!! first tyme berpisah la katakan..sbb tu smp skrg pun tiap2 bulan balik jumpa mak. hehe

    BalasPadam
  12. Salam Cyana..

    Happy anniversary.. Orang masuk asrama mesti bawak baldi, kan? Kakcik ngan Abg Bob gi anto anak En Ismail Sarawak tu ke UM.. dia ambil course bio science.. :)

    BalasPadam
  13. same la kite kak chik adik amy baru tipon nak tue nak nie adoi...

    BalasPadam
  14. Salam Amy..

    biasalah kan? kalau tidak dengan ibu bapa, mereka minta dengan saudara yang boleh 'memberi apa yang diminta' Mudah2an mereka tak lupa bumi tempat mereka berpijak..

    BalasPadam
  15. salam kakcik.

    sedap sungguh seloka/gurindam kakcik ni. sarat dengan nasihat dan ingatan. cantik ayatnya disusun untuk menterjemah gelagat manusia dihari pendaftaran. terasa gian pula saya nak bergurindam.

    teringat pulak ke laman yang satu tu. apa khabar agaknya dia.

    BalasPadam
  16. Salam kanda AL..

    saya baru habis mengarang pantun berangkap2 atas permintaan seseorang untuk dibuat persembahan waktu majlis 'perpisahan kerana bersara'. Susah juga sebab saya tak kenal langsung orang yang nak bersara tu.. saya karang dan emelkan pada seseorang itu... pindalah mana yang patut atau tak patut :).

    Jomlah kita bergurindam.. kesian kat rumah yang terbiar tu. :(

    BalasPadam
  17. amboi... sambil nganto anak mendaftar..
    sempat lagi cari idea bergurindam...
    mmg ibu yg serba boleh tul kak cik ni.

    BalasPadam
  18. Salam Vic..

    bukan anak kakcik tapi anak kawan.. jadi, kakcik ada banyak masa memerhati! :)

    BalasPadam
  19. Itu memang pemandangan biasa hari pertama mendaftar ke IPTA/IPTS. Kadang2 nak gelak pun ada.

    Saya tiap kali hantar anak utk hari pertama buka sem, kami pergi berdua jer, takda nyer nak angkut sebijik rumah.

    Anak saya paling simple, tak pernah ada bantal busuk, never has kusyen ker bear ker. Frame gambar famili pun tak pernah ada...

    BalasPadam
  20. Azie..

    macam2 ragam yang ada.. tapi.. kakcik suka tengok anak2 China - siap bawa air mineral berbotol2. Ada yang berpakaian tersangat kemas, ada yang macam nak pergi tengok wayang - hanya jeans dan kemeja T. Hanya bawa teddy lebih besar dari badan sendiri pun ada! :)

    BalasPadam
  21. teringat zaman saya mendaftar dulu2...hehehe..

    macam2 ghupe org jumpa :)

    BalasPadam
  22. jom .. kakcik jual, saya beli. tak caya, cuba !

    BalasPadam
  23. lupa pulak nak puji rumah baru .. teringat pulak saya kat laman yang ditinggalkan bila melihat pokok sebatang tu !

    BalasPadam
  24. akan kelihatan seorang wanita jelita
    menulis nama pada setiap `harta' anaknya.

    I lah tu!!! hahaa....

    BalasPadam
  25. Ms Lilies..

    melihat ragam manusia.. boleh dikarang emnjadi cerita. :)

    BalasPadam
  26. Kanda AL..

    sekarang ni jiwa 'jiwang' saya agak merudum.. jadi belum datang semangat nak berpuisi. tak apa, nanti saya cuba juga. :)

    BalasPadam
  27. Pn Sri..

    Wanita jelita itu tidakkah teringat bahawa hartanya yang paling penting untuk ditanda adalah anak yang namanya sedang ditanda itu??? (apa punya ayat ni??) :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com