Kawan-kawan kakcik

Isnin, 26 Julai 2010

Nisfu Syaaban dan Fatwa tentangnya..

Artikel sepenuhnya di SINI

Assalaamu’alaikum w.b.t….. 

Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal?  Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut?  Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.
 
Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.  Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.
Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja?  Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala  sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb Sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)



21 ulasan:

  1. masuk lagi hari baru
    buku baru
    bagaimanakah amalan kita kan?

    BalasPadam
  2. mudah2 kita mendpt pahala di bln syaban ni.
    hari ni zue buka posa roti jala.

    BalasPadam
  3. Dan Ramadhan... akan ada makhluk Tuhan yang akan kecewa dan berlalu membawa diri...

    BalasPadam
  4. salam kakcik
    terima kasih untuk perkongsian ini

    BalasPadam
  5. Salam Semua..

    kakcik cuma berkongsi apa yang kakcik jumpa dan baca. :)

    BalasPadam
  6. salam kakcik..trime kasih atas info ini..mlm td surau sy pun buat 3 kali gak

    BalasPadam
  7. salam,

    tiada salah melakukannya dengan niat yang baik...

    BalasPadam
  8. salam kak cik..

    terima kasih share info ni...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...
    Bijaknya para ulamak yg memberi ilham/jalan/kaedah utk kita lebih mendekatkan diri dgn Allah swt..
    Ulamak adalah pewaris nabi...
    Berdasarkan perkembangan setempat dan sewaktu yg berkenaan..para cendiakawan Islam (ulamak) memikirkan kemaslahatan umat Islam dan gejala yg edang & bakal dihadapi..
    Lalu keluarlah amalan2 yg tidak dilakukan dizaman Rasul SAW..spt?
    *Majlis sambutan ulang tahun kelahira Nabi kita..
    * Majlis Tahlil..
    * dsb..nya..amalan kebaikan..demi mendidik umat Islam diakhir zaman..
    p/s- perpecahan pendapat umat ini adalah Rahmat selagi tidak bercanggah dgn 'syariat'.. Terimalah dgn redha pada pendapat yg dipersetujui dan hormatilah sekiranya bercanggah.
    Ramai orang suka mempertikaikan masalah 'furuq'..tetapi mengabaikan masalah pokok..perkara2 yg jelas terang2 bertentangan dgn tuntutan agama bahkan merosakan syariat itu sendiri..tetapi disebabkan selari dgn tuntutan naluri ...everything keep under carpet.. contohnya? lihat lah disekeliling..terlalu banyak contohnya..
    teman suka menampilkan satu contoh sebagai persoalan utk kita renungkan bersama..(maaf kakcik membebel sikit)
    Amalan agama baru:
    Biasanya ada tangkapan dari orang ramai dan pencegah maksiat sekiranya ada melibatkan pasangan yg berkhalwat atau bersenderama..dan sewaktu dgnnya..
    TAPI kenapa tidak manjadi kesalahan bagi mereka yg melakonkan babak yg seumpamanya seperti berpegang2 tangan dgn bukan muhrim..? siap berpeluk..? bahkan ada yg bercium dan melampirkan sebahagian besar barangan berharga buat tatapan..kenapa benda2 begini dibiarkan..kenapa segala macam yg seumpamanya diluluskan dan ditayangkan..walhal benda lagu nilah yg menjadi sumber pendidikan utama kepada anak2 dan remaja kita..tidak heranlah saban tahun bertambah dgn mendadak sekali hasil haram mereka...
    Ada mana2 sumber dari hadis nabi ..kerja buat mereka ni..???
    * Bila ada usaha amalan baik..maka akan timbul pula suara2 yg seolah-olah cuba menjadi penyelamat.. alhamdulillah.
    Tapi ..adakah mereka ini yg mengambil berat ttg perihal rasulullah yg bejaga malam sampai bengkak kaki..??? Adakah sunnah ini contohnya sudah menjadi amalan harian yg biasa2..???
    Beramai-ramai orang datang kemasjid dan surau pada malam Nifsu-syaaban adalah satu usaha yg bagus...sbb bukan senang kita nak mengajak manusia utk mengimarahkan masjid..biar merek adatang beramai2 ..sbb juga kalau nak datang sorangs tu depa malu dan segan wal hal nak pi beli nombor 4 digit dan sewaktu dgnnya tak de pulak segan dan malu..!!!
    Dalam yg ramai2 datang menghidupkan majlis nisfu syaaban @ yg sewaktu dgnnya mesti ada yg terbuka hati utk datang lagi menunaikan solat fardu lainnya secara berjemaah...
    Disinilah kebijaksanaan para ulamak mendidik dan mentarbiah secara langsong dan tidak langsong..
    TQ kakCik kerana meberi laluan.

    BalasPadam
  10. banyak tul ari nie semua org bagi info ye kak cik temasuklah kak cik gak angah banyak terjah blog org semua berkenaan ngan syaaban alhamdullila.. mudah2an sampai hujung nya..


    selamat berpuasa...

    BalasPadam
  11. dulu khamis malam jumaat no prob baca yasin mahgrib siap makan lepas isyak namun kini... sunnah wal jemaah merangkumi 4. 1. quran, 2.hadis 3. ijmak ulamak 4. qias.

    biasalah benda baik dikira bidaah & dihalang daripada buat. konsert maksiat diberi permit.

    orang melayu mudah melatah. as'kum dikata akom jew. later salam padahal syiah.

    entahlah, pengaruh yahudi so strong sampai semua kelam kibut. nama pun akhir zaman.

    p.s. tok nenek kita nikah tak perlu consent mahkamah pun. sikit demi sedikit fahaman zionis telah diterap dalam minda kita. jadi jangan cakap kita telah merdeka padahal ditawan oleh israel secara tak langsung.

    BalasPadam
  12. ramai yang dah terkeliru sejak sekian lama, syukurlah perkatra ini sedang diperbetulkan oleh banyak pihak termasuklah Kakcik Seroja. Terima kasih

    BalasPadam
  13. Di surau tempat saya buat ceramah Palestine malam tadi

    BalasPadam
  14. Salam sayang kakcik . Moga sihat hendaknya disamping keluarga .

    N3 yang menarik .. suka . Tambah ilmu didada ..

    BalasPadam
  15. Bahan ilmiah yang sangat bermutu. Terima kasih KakCik kerana sudi berkongsi.

    BalasPadam
  16. Lama tak melawat blog Kak Cik, rupa-rupanya dah pindah. Semoga Kak Cik sentiasa sihat sejahtera.

    BalasPadam
  17. Terima kasih kak cik kerana berkongsi entry yang penuh informasi ni.
    Hmm.... sekurang2nya dapat berkongsi ilmu baru.

    BalasPadam
  18. 2*p.s. bila buat benda nabi tak buat, kira bidaah tapi bila buat nabi buat cam poligami dipanggil "alah itu nabi" & "kahwin ikut nabi, lain cam babi" so fikir2lah sendiri yok... yang hairannya dulu nikah tak perlu izin mahkamah, tapi tak pulak kira bidaah sekarang, kan? kira guna islam kot dan & citarasa masing2 jer sebenarnya, habis crita!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com