Kawan-kawan kakcik

Ahad, 18 Julai 2010

Kita tak minta musibah

tapi .. ia datang tanpa diduga
datangnya tanpa dipinta
datangnya mungkin memberi ingatan
atau sekadar membuat kejutan

kadang-kadang kita lemah dalam menghadapi
tapi Tuhan Maha Mengetahui
dia hilangkan cahaya mentari
dan digantikan dengan pelangi
biarpun tiada membawa kehangatan
tapi bisa mendatangkan ketenangan

mudah-mudahan kita menjadi insan yang tabah
walau bukan sedikit airmata yang tumpah
oranglain sekadar dapat memberi pandangan
tapi kita bagaikan di awang-awangan

semoga berkat sabar dan redho
Dia mengurniakan kita ganjaran yang tak terjangka


28 ulasan:

  1. kdg2 terlepas jugak keluhan...
    kenapala asik kita yg kena...
    tp cepat2 sedar diri...
    kalo diuji...tandanya kita masih diingatiNya...masih disyangiNya...
    itu lebih baik dr xdpt apa2 dariNya...

    sebab tu sabar tu penting walau kdg2 sabar tu makin tipis :D

    BalasPadam
  2. salam kak cik...

    hanya kesabaran di hati dan redho Allah yg dipinta

    BalasPadam
  3. Salam kak Cik,

    sebagai manusia yg normal, kadang sy pun tertanya jugak kenapa sy selalu diduga dengan berbagai dugaan. Tapi semakin musibah menimpa ia membuat sy semakin matang, alhamdulillah sekarang ni kalau ada musibah pun sy boleh menghadapinya dengan tenang, sebab sy belajar untuk segalanya dengan redha............. hehehehe.

    BalasPadam
  4. Salam..
    Rahmat Allah tidak diketahui
    banyakkan amalan hingga ke dinihari
    tanpa keluh kesah timbul di hati
    agar mendapat kasih sayang Ilahi.

    BalasPadam
  5. salam.

    asyik-aqsyik kakcik...
    berbisik asyik
    ...tandanya nak berjaya.

    BalasPadam
  6. hujan rintik2
    rahmat..

    kita tak boleh lari dari celah celahnya...kena juga
    lalu basah..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wbt
    Ate kokcik oi, mun kita dah ditimpe musibah, byk2le bersabor, beristighfar dan sebut قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ tapi yg teman menyinga sesangat ni bila pembaca berita sesedap je nyebut pktaan bahasa `taufan mengganas`, `kemarau menjahanamkan`, `hujan meranapkan` dsbnya seolah2 Allah SWT tidak ada kuasa menurunkan bala atas perbuatan2 manusia....

    BalasPadam
  8. teringat lagu sweet charity.... MUSIBAH.

    kita baru hadapi musibah kecil.lagi besar musibah kita terima, lagi kasih tuhan pada kita.

    syurga tu kan mahal maharnya!

    BalasPadam
  9. Salam Kak Cik,


    Semoga kita tabah jika ada musibah mendatang. InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. salam kak cik
    ida teramat yakin..setiap musibah yg kita terima pasti ada hikamh yg menanti...setiap ujian yg diturunkan pasti ada hikmah yg menanti..yg penting sentiasa bersabar dan berdoa.

    BalasPadam
  11. Salam my lovely kakCikS..:)

    Semmgnya musibah itu bukan dipinta
    Namun dgn izinNya..ia dtg jua..
    Terkadang tertewas dek dugaan yang menerjah..
    Namun..
    Jauh di sanubari
    seribu pengharapan agar ada sinar yang menanti..:):)
    & ketabahan itu ada bersama jua...

    BalasPadam
  12. Ms Lilies..

    setiap kali dugaan melanda, kita pasti akan teringat kepadaNya. Tapi, kalau ingatan itu ingatan yang merupakan kesalan mungkin beerti kita menidakkan kasih sayangNya terhadap kita. Andai segera kita sedar, bahawa Dia ingat pada kita dan segera memohon keampunanNya, maka rahmatNya takkan lari dari kita. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  13. Salam Ummi..

    tiada kasih yang lebih hebat dari kasihNya. :)

    BalasPadam
  14. Salam Aidah..

    Tahniah kerana Aidah segera sedar bahawasanya kita diduga kerana Dia Mahu Tahu bahawa kita mampu menanganinya dugaan itu. :)

    BalasPadam
  15. Salam Acik..

    andai kita memohon dengan rendah hati,
    sesungguhnya kasih Dia tidak bertepi :)

    BalasPadam
  16. Salam Cikgu..

    pasti ada kejayaan kalau kita tidak berputus asa dari berusaha dan sentiasa mengharap rahmatNya. :)

    BalasPadam
  17. Zeq..

    biarpun basah, dihujung pasti ada kering. :)

    BalasPadam
  18. Wa'alaikummussalam Yop..

    teringat suatu ketika dulu, ustaz yang mengajar ada menyebut... sedapnya manusia mengatakan 'cuaca buruk'... seolah-olah menidakkan kejadiaan yang diciptakanNya. Tapi, itulah.. manusia hanya inginkan yang elok yang cantik tapi lupa mengucap syukur. Bila ditimpa sesuatu yang menyakitkan.. tahu pula berkeluh kesah menyalahkan....

    BalasPadam
  19. IM..

    bukan senang hendak senang dan bukan susah hendak susah, kan? :)

    BalasPadam
  20. Salam Reen..

    Insya Allah. Semoga juga redho Allah tetap bersama kita. :)

    BalasPadam
  21. Salam Ida..

    betul.. kita tidak akan mendapat buah sebaik menanam pokok. Malah pokok tersebut juga tidak akan tiba-tiba mengeluarkan bunga. Kita kena bersabar membaja dan menjaganya demi untuk mendapatkan hasil yang baik. Andai dibiarkan, dia tetap mengeluarkan bunga dan buah (dengan izinNya) tapi mungkin tak sebagus dengan hasil yang kita usahakan sesungguh hati. :)

    BalasPadam
  22. Salam Tinie sayang..

    Insya Allah, kalau kita sabar dan redho, akan ada sinar sebaik ribut menghilang. :)

    BalasPadam
  23. nice ....'
    mungkin jugak musibah itu... kerana nak mengejutkan kita yang leka dibuai mimpi.... kan..

    BalasPadam
  24. sid adenium..

    mungkin juga - kalau tak dikejutkan, lena kita bertambah panjang.

    BalasPadam
  25. org kata hanya berkat kesabaran yg bole menampung hidup ini

    BalasPadam
  26. Angah..

    sabar itu kena disertakan dengan taqwa. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com