Kawan-kawan kakcik

Ahad, 4 Julai 2010

Hari ini...

Pagi-pagi lagi ke Hotel Noble, Kuala Lumpur bersama suami.  Jemput kawan suami dan keluarganya.  Hantar ke UM untuk pendaftaran anaknya.  Lebihkurang 3 jam di sana.  Selesai urusan, hantar mereka balik ke hotel.

Barang-barang keperluan semasa tinggal di asrama

Kolej Kediaman Kinabalu

'Berlagak' betul tuan punya Innova tu.. letak kereta sesuka hati saja
 

Sebelum balik ke rumah, singgah dulu makan berdua-duaan dengan suami.  Sebelum keluar tadi, dah masak serba sedikit untuk anak-anak.  Lepas makan, beli sejenis dua lauk untuk di bawa balik.

Sampai rumah, gosok pakaian.  Lepas Zuhur, hantar pula Angah ke Banting.

Sekarang - nak rehat sambil lunjur kaki atas meja depan televisyen!


28 ulasan:

  1. hehe.. lunjur kak.. jgn x lunjur.. pas tu layan kopok skali..ngeee

    BalasPadam
  2. Salam Maiyah..

    tak sempat nak lunjur pun.. ada tugasan lain pulak menanti. :(

    BalasPadam
  3. Puan memang layak mendapat rehat secukupnya...

    tapi kalu sampai kaki naik atas meja tu kira Puan sangat melampau. hehehehe amboiii mentang2 MEM BESO yerrr?

    BalasPadam
  4. Salam my dear sis..:):)

    Aduhaii..mengimbau nostalgia dulu2 kala..UM dlm kenangan.hehehe..
    dulu duk 3rd Kolej!!Kolej 'Janda'sebabnya..ramai siswi !!heheh..

    Pe2 moga KakCikS rest yaa..:):)

    BalasPadam
  5. Salam Azie..

    hari ini, saya merasa tersangatlah letih dan saya sangat memerlukan rehat. Memandangkan sebagai MEM BESO, adalah layak bagi saya mengeluarkan arahan2. Malangnya, saya juga terpaksa mengawasi 'pekerja2 saya' membuat kerja. Makanya, tidaklah dapat saya berehat dalam erti kata yang sebenarnya! huwaaaaaaaaaaaaaaa.......

    BalasPadam
  6. Salam Tinie sayang..

    Kiranya, kolej kelapan itu adalah sangat terceruk!

    (sekarang kakcik sedang lelah melayan perut yang kenyang akibat menghabiskan makanan yang tak habis dimakan oleh budak sepet!) :)

    BalasPadam
  7. selamat malam kakcik,
    tidur yang nyenyak malam ni, biar esok cergas dan ceria semula..
    hahahah..itu sebab kita kembang sebab kita penuh dengan perasaan 'sayang'
    *takpe nanti ibu habiskan - sayang nak buang, sayang kot basi,sayang membazir, sayang2222

    BalasPadam
  8. Rileks...rileks kakcik, jalan - jalan sambil makan. Follow je..

    BalasPadam
  9. Selamat pagi ibuintan...

    sekarang ni, jarang sangat kakcik tidur nyenyak.. sekejap2 terjaga. Apalagi bila Adik dan Bangcik tidur lewat. Sekejap2 terjaga dibuatnya.

    Bab 'tolong habiskan makanan'.. dah tanggungjawab mak pulak jadi 'ikan bandaraya'.. aduhai.. itu yang bila pakai kain, tahu2 tak boleh nak tarik zip!

    BalasPadam
  10. Salam Salmi...

    jalan-jalan memang kakcik suka. Tapi kalau tak ada tujuan tertentu, bosan juga. Makan pun... selera dah tak macam dulu.. :)

    BalasPadam
  11. lepas 10 minit....
    TV tengok cik seroja...
    :)

    BalasPadam
  12. Wah..sedapnyer kaki atas meja sambil tgk tv..

    apapun ,selamat berehat akak..semoga semuanya berjalan ngan lancar hari ni..

    BalasPadam
  13. Pn Dr.. tak sempat nak lelap. Berangan je nak tengok TV - tapi, kena salin baju kelawo - si Along minta tunjukkan jalan ke tempat dia nak pergi hari ni..

    BalasPadam
  14. Ms Lilies..

    berangan nak tengok Jangan Lupa Lirik, rupanya yang ada - Zombi Kg Pisang, tak tengok juga.. :(

    BalasPadam
  15. Donny..

    semalam punya rancangan dah hancusss.. harap hari ini lebih baik. :)

    BalasPadam
  16. kalau tak tolong tentu tak jumpa pintu masuk UM ...

    BalasPadam
  17. rehat .. kaki atas meja .. dok depan tv.. apalagi , tidurlah . haha

    BalasPadam
  18. Salam LiNda..

    cadangnay macam tu la.. tapi hasrat tak kesampaian.. :(

    BalasPadam
  19. lepas tu pegi Jln TAR ek..terserempak lak dgn acu..hehehee

    BalasPadam
  20. salam kak cik
    banting tu dimana?
    sya duk di TPG sini
    lain kali bolehlah jumpa.. ;p

    BalasPadam
  21. Salam Acu..

    itulah.. ada yang tak masuk dalam senarai tu... melayan budak sepet beli bola la... dengan acu tak semoat nak bergambo! :)

    BalasPadam
  22. Salam Angah..

    tahniah sebab kakcik jadi MEM BESO? :)

    BalasPadam
  23. Salam Sya..

    dekat tesco tu.. TPG tu otw ke Banting, kan? :)

    BalasPadam
  24. terserempak dengan acu???
    hahahah
    kecil sungguh dunia ni.

    BalasPadam
  25. Betul tu Vic.. tempatnya pulak? Semua House di tepi tandas! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com