Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 Jun 2010

Petang Semalam


Balik kerja (Along jemput) bawa budak sepet ni pergi Hospital di Kampung Baru.  Jalan sesak, ada pokok tumbang berhampiran Masjid Kg. Baru.  Dengarnya (tak pasti sebab tak pergi tengok dekat-dekat) ada Mercedes kena hempap.

Budak sepet ni dah seminggu batuk (dah kurang) dan selsema (belum baik lagi).  Dah siap urusan budak sepet, tunggu pula ayahnya tiba.  Nak periksa kandungan darah.  Along balik dulu (itupun hampir pukul 7 baru dia tiba rumah - sampai tak sempat nak pergi mengajar mengaji di rumah orang).

Urusan ayahnya selesai lebihkurang jam 7 petang (malam?). Kandungan kolestrolnya tinggi!. 

Terus balik.  Jalan masih sesak.....

Hari makin gelap.....

Pakcik ni sempat pulak 'berposing'.....
 

Sampai di rumah, dah Maghrib.  Makan???  Along dah siap beli... :)


6 ulasan:

  1. kolestrol tinggi..
    samalah kita, tapi liat makan ubat, minum teh pegaga saja, skarang dah stabil balik

    BalasPadam
  2. Ibuintan.. kakcik sendiri, Alhamdulillah.. tiada masalah kolestrol ni. Cuma suami kakcik tu.. bukan tahu nak berpantang ke apa, yang dia tahu - pantang jumpa! :)

    BalasPadam
  3. Salam kakcik...sama la mak saya kolestrol tinggi....tapi pantang jugak...pantang nampak....gheheheheh

    BalasPadam
  4. sejuk hati bila tengok Along dah belikan lauk ye kak...

    BalasPadam
  5. Alimaz.. itulah masalahnya.. bila sakit mengeluh.. makan tak tahu nak jaga! :(

    BalasPadam
  6. Reen.. Alhamdulillah.. harap2 dia akan terus menjadi anak dan abang yang sentiasa bertanggungjawab .:)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com