Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 Jun 2010

Bertemu kawan lama.

Kami pernah tinggal sebilik di Flat PKNS, Kg Baru selama 1 atau 2 tahun (aku tak berapa ingat) lebih 25 tahun yang lalu.  Kami juga pernah berkereta ke Singapura bersama-sama.  Kami berkongsi pelbagai cerita zaman muda-muda.  Kami berpisah bila dia berhenti kerja untuk menyambung pengajiannya di UKM.  Dia kemudiannya berkahwin dengan teman lelakinya yang memang kukenali.  

Bertahun-tahun (berpuluh tahun, sebenarnya) tiada berita tentang dia walaupun sejujurnyanya jarang sekali aku melupakannya.  Aku cuba menjejakinya melalui google, facebook dan juga melalui talian telefon yang mungkin tertera di Online White Pages TM.  Semuanya menghampakan.

Baru-baru ini, seseorang menegurku melalui FB.  Bertanyakan apakah aku ini Nor yang dulunya tinggal di Flat Kg. Baru.  Sekiranya benar, dia meminta aku menjawab melalui FB juga.  Diterangkan juga akaun FB itu milik anaknya kerana dia sendiri belum membuka akaun FB.  Setelah dua tiga kali berbalas mesej, sahlah dia adalah insan yang cuba kujejaki selama ini.

Rupa-rupanya dia telah menjadi seorang pendidik.  Anaknya pun sudah 5 dan semuanya telah menginjak dewasa dan 3 yang teratas sedang melanjutkan pelajaran di IPT.  

Ketika aku mengikuti suami ke Kuantan dan seterusnya ke Cherating - Sabtu lepas, dalam perjalanan pulang, kami singgah ke Temerloh untuk bertemu dengan dia dan keluarganya.  Malangnya, aku tidak membawa kamera untuk  merakamkan sebarang gambar.  Kameraku dibawa Along yang ada program pada hari yang sama (suruh bawa kamera lain, tak mahu - kamera cenonet aku juga yang dikehendakinya..).

Gambar ini kuambil dari FB dia - Norizan Jamaluddin.  Masa memisahkan kita dan masa juga menemukan kita semua atas izinNya.  Semoga ukhuwah yang kembali bertaut ini akan terus berpanjangan ke akhir hayat kita.  Zan.. aku sayang kat ko macam masa kita muda-muda dulu juga... :)


6 ulasan:

  1. mesti banyak rahsia kakcik yang dia tahu

    BalasPadam
  2. Salam Zeq.. nak berbesan dengan siapa?? ;-)

    BalasPadam
  3. Salam Abu Muaz.. lebihkurang macam tu lah.. tapi, semuanya cerita lebih 25 tahun dulu.. :)

    BalasPadam
  4. Seronoknya dapat berjumpa rakan yang telah lama terpisah... Nida pun ramai rakan yang terpisah yang terlalu ingin Nida nak jumpa..

    FB ni ada bagusnya juga.. tapi alangkah indahnya andai ianya bukan dari hasil tangan Zionis :(

    BalasPadam
  5. Salam Nida..

    memang seronok dapat bertemu semula dengan teman2 lama, tambah2 lagi yang pernah bersama berkongsi suka duka. :)

    Sekarang dah ada FB yang diusahakan oleh orang Islam (khabarnya) iaitu Milatfacebook. kakcik dah cuba mendaftar tapi macam tak berjaya - nanti kakcik nak cuba lagi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com