Kawan-kawan kakcik

Rabu, 23 Jun 2010

Ju.. awak dah gemuklah....


kalau aku segemuk ini, apa pula teguran yang akan kuterima, ya???


Siapa yang tak mahu kelihatan anggun.  Tapi.. kalau untuk itu aku terpaksa 'mengikat perut' dan akan membawa kepada kesakitan akibat kekurangan zat dan perut sentiasa masuk angin.. apakah ada yang sanggup 'memikul' kesakitan ku itu???

Sejujurnya... aku dah malas nak memikirkan  fasal  bentuk tubuhku.  Selagi baju yang kusarung masih muat, kiranya sudah cukup bagus.  Aku dah pernah berhabis ribuan ringgit memasuki pusat pelangsingan badan.  Tapi, kalau tak 'makan bersukat', tak akan mana kurusnya...

Sekarang ni, cuma pastikan makan berpada-pada.  Makan waktu lapar dan berhenti sebelum terlalu kenyang.  Jangan apa ada di depan mata, semua nak 'dirembat'.  Apa yang penting, mudah2an kesihatanku sentiasa baik.





32 ulasan:

  1. salam kak.

    kan saya baru cuba produk SD2. so far dah 6 hari ni takde rasa lapar. makan mcm biasa kecuali skip karbohidrat aje.

    InsyaAllah migrain pon takde minggu ni. member ofis pun perasan.

    lebih sihat lagi rasanya dan badan pun ringan.

    BalasPadam
  2. Salam Reen..

    Produk SD2 tu produk apa?? Nak juga kakcik cuba.. :)

    BalasPadam
  3. Biasalah manusia ada je yg nak ditegurnya...kalau kita kurus di tanyanya kita sakit ke.?
    Kita serupa....,(malas nak tulis balik ayat kakcik kat atas tu)
    Gambar kat atas tu cun je....ok dah tu.

    BalasPadam
  4. rasanya kita² ni semua kurang exercise, bab makan mungkin boleh kawal lagi... jom jogging kak :)

    BalasPadam
  5. Salam Salmi..

    itulah namanya manusia.. kalau tidak, tak ada modal nak bercakap gamaknya! :)

    BalasPadam
  6. Salam KOG..

    bab exercise tu yang ada 'lomah' tu... :)

    BalasPadam
  7. Salam Kak,

    akak boleh baca pasal produk tu kat sini.

    http://www.slimdiet2.net/


    kalau berminat nak beli, boleh beli kat saya; dapat murah sikit.

    BalasPadam
  8. Reen.. kakcik 'macam berminat' nak beli. Kakcik tengok kat website tu harganya RM144 setin.. kalau dengan Reen boleh dapat berapa? :)

    BalasPadam
  9. kurus pun tak bermakna sihat kakcik. saya gemuk, tapi setakat ini sihat. pening/selsema/batuk sikit2 tu, biasalah kan.

    p/s: apa yang di terperanjatkan sangat dek kucing di belakang orang tu ?

    BalasPadam
  10. Salam Kanda AL..

    sekurang2nya orang yang kurus (bukan kurus kering) sedap mata memandang.. :)

    a ah la kan.. apa pulak terperanjat beno kucing tu???

    BalasPadam
  11. Salam Kak,

    biasa orang bagi RM130-135 tapi saya boleh bagi RM115-RM120 special utk akak.

    Kalau akak jadi member byr RM50 wholelife harga RM108 jer kak.

    Nak share lagi lah kak.. sbb saya excited dengan perubahan kat diri sendiri ni.

    Memang tak rasa lapar lah kak.. Saya ni hantu nasi tapi dah enam hari ni tak jumpa nasi tak rasa apa..pulak tu tak sakit kepala. Dulu saya ingatkan sebab tak makan nasi sehari kepala sakit.. rupanya sbb sistem dalam badan ni jugak rasanya. Alhamdulillah. Suami saya suka hati bila tak perlu ke specialist pasal sakit kepala tu.

    BalasPadam
  12. Reen...

    nanti sms no hp Reen kat kakcik di nombor 0122830569, ya? Senang nak bincang. :)

    BalasPadam
  13. Salam Kak cik..

    Biar badan gemok asal ...abang sayang...
    ada orang kurus langsing tapi dah jadi janda...
    ada orang kurus langsing tapi masih belum kahwin...
    ada orang kurus langsing tapi hatinya busuk...
    biar gemuk tapi hati bahagia....

    tapi kalau kak cik nak tahu saya sekarang guna slim patch.. walaupun taklaa slim tapi badan rasa ringan dan sihat... sakit lutut pun dah hilang..
    Yang bagusnya...kalau produk makan mesti tak habis..tapi yang ini tampal je...kat kaki bila tidor..

    BalasPadam
  14. Salam Ros..

    hahaha.. kakcik setuju 300% tu.. janji abang sayang - itu yang penting! :)

    BalasPadam
  15. tak semesti nye gemok tu tidak anggun kak...yang penting kita pandai menggaya kan sesuatu pakaian tu kita akan nampak anggun walau pun kita gemuk..hehehe

    tapi kan kak,tak kisah lah gemuk ke kurus ke yang penting ada lah kesihatan...jangan kerana nak kurus kita pula jatuh sakit...

    just enjoy to b yourself...

    BalasPadam
  16. Salam @cu Sayang..

    kakcik juga setuju dengan kenyataan @cu tu.. yang penting, kita gembira dengan kehidupan ini. :)

    BalasPadam
  17. kakcik..nengok dalam gambar ngan 'bangcik' di atas tu...okey je
    saya pun terasa juga badan dah naik semula ni selepas stop arobik..nak mula semula yang liat tu..
    bab makan ubat untuk kurus ni saya tak berani, takut ada side efek

    BalasPadam
  18. bdn sy pun makin mengembang.. tp xde le nk main blasah mkn bagai.. ops tp sesekali langgar gak ngeeee

    BalasPadam
  19. kakcik

    hehe suka baca semua komen2 kat atas

    saya ni jenis suka makan tapi takut gemuk..
    lepas makan selalu menyesal...

    BalasPadam
  20. salam,

    jangan rembat je apa yang ada di depan mata....macam gapi saya..

    BalasPadam
  21. Salam..
    Acik tak pernah cuba program perlangsingan. Sebelum ni acik memang kurus tinggi, tp sekarang dah makin berisi kata kawan2... tp apa pedulikan selagi kita masih sihat dan hubby tak komen apa2..positif je.

    BalasPadam
  22. Salam ibuintan..

    hehehe.. tu gambar 3 - 4 bulan lepas. Skrg mcm dah naik sekilo dua lagi..Dulu kakcik minum teh heba. Lepas tu rasa macam ada kesan sampingan, kakcik stop la..

    BalasPadam
  23. Salam Maiyah..

    ada masanya selera memang tak boleh nak sekat2... :)

    BalasPadam
  24. Salam Datin El..

    kakcik pun teramatlah suka makan... :)

    BalasPadam
  25. Salam Cikgu..

    hehehe... kalau makanan yang kakcik suka, kakcik belasah je.. :)

    BalasPadam
  26. Salam Niza..

    itu yang penting.. hubby suka! orang lain bercakap tu.. pekakkan je! :)

    BalasPadam
  27. salam kakcik, makan kakcik..jangan tak makan.
    tapi pastikan makan kurangkan lemak, kurangkan kolesterol, kurangkan gula..
    kalau betul cara makan, bukan saja badan sehat tapi boleh maintain...

    BalasPadam
  28. sidia sebelah muda lagi heee..

    risau terampas oleh org

    BalasPadam
  29. salam,...lama tak jenguk... kak cik sihat??..ke memang dah 'sihat' macam artikel atas nih??...hehe...gurau jek....

    BalasPadam
  30. Salam Kak Pah..

    Makan memang kena makan... tapi mungkin juga sebab banyak sangat 'duduk dari berjalan' menyebabkan kadar pembakaran dalam sisitem tubuh amat lemah. Lemak pun dengan bersukaria berkumpul di mana-mana bahagian yang disukainya sedangkan makan tidaklah sebanyak mana.. :)

    BalasPadam
  31. Salam Zeq...

    wei wei weiiiii.. siapa kata dia masih muda??? dah melebihi setengah abad tau.... hehehe.. :)

    BalasPadam
  32. Salam Daud..

    patutlah semalam seharian kakcik teringat kat Daud.. rupanya Daud nak 'datang'. Sebenarnya kakcik tengah terfikir-fikir 'alamat rumah' Daud. Syukurlah Daud datang, boleh kakcik masukkan balik alamat tu. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com