Kawan-kawan kakcik

Khamis, 24 Jun 2010

Adik dan durian



Malam kelmarin budak sepet ni nak makan durian..

Sebab dah malam, permintaannya tidak dilayan. 
Bagaimanapun masa balik kerja semalam, aku dan suami
 singgah di gerai jual durian

beli sebiji durian berharga RM11.00

inilah isinya (memang berbaloi)

bila budak sepet balik dari sekolah, dari pintu dia dah melompat
terhidu bau durian.  Tak sempat buka baju, terus 'menghadap' durian


habis separuh dia makan

Mak dia yang sedang berpuasa, tengok saja.  Mak dia pun suka makan durian, tapi ayah dan abang-abangnya tidak berminat.  Nasib baik tak habis si adik makan.  Waktu berbuka, dapatlah si emak merasa durian tu.  Tapi hanya 2 - 3 ulas.  Rupa-rupanya budak sepet tunggu mak dia berbuka untuk sambung makan durian tu.  Licin 'dikerjakan'nya....

Adikkkk... adikkkk... suka betul makan durian.




26 ulasan:

  1. halamak kak chik..terliurnya tgk durian...

    BalasPadam
  2. Salam Khai..

    hehehe.. beberapa hari lagi, jenuh la Khai tengok (dan boleh makan juga) durian.. :)

    BalasPadam
  3. salam kakcik...
    huihhhh sedap btl nampaknya durian tu...

    BalasPadam
  4. Salam Ms Lilies..

    memang sedap dan baunya pun sangat mengancam! :)

    BalasPadam
  5. tengok cara anak akak makan tu memanglah buat orang lain terliur dah..

    sedap sangat tu..

    BalasPadam
  6. Salam Reen..

    memang bersungguh betul dia makan. :)

    BalasPadam
  7. Salam Kakchik..

    wow durian !
    Jangankan sebiji, sebakul pun saya boleh habiskan . ekeke

    See... sukanya adik mata sepet nie makan durian . Sibbaik tinggalkan utk emaknya . Alahaii..

    BalasPadam
  8. Salam LiNda..

    kakcik pun sangat sangat sangat suka makan durian.. tapi, kenalah mengalah dengan anak, kecuali ada lebihan! :)

    BalasPadam
  9. Salam pn Dr..

    eh..eh.. tak perasan pulak.. mata kakcik ni sepet ke tak, ya? :)

    BalasPadam
  10. kakcik kenalah cari besan yang ada dusun durian yang luas.

    sayangnya saya tak ada dusun durian.

    anak lelaki bongsu saya pulak, bau durian pun tak suka.

    BalasPadam
  11. Salam Kanda AL..

    kat kampung kakcik, ada beberapa batang pokok durian di belakang rumah.. tapi sekarang, kampung itu telah ditinggalkan. :(

    Kalau ikut macam abang-abangnya, waktu kecik memang mereka suka makan durian, tapi bila telah remaja - terus tak suka.

    BalasPadam
  12. IM selalunya beli durian yang sudah dibuka dan dipek siap-siap.

    gerenti tak mangkar atau terlebih masak.

    RM11 tu durian jenis D berapa? Nak juga cari bila ziarah Akhaml di STB, Taiping nanti...

    BalasPadam
  13. kakcik

    anak2 saya kurang minat durian kalu beli seronok makan sorang2 hehe..

    BalasPadam
  14. Salam IM..

    kakcik pun tak tahu jenis D berapa. Durian kampung kot! :)

    BalasPadam
  15. Salam Datin El..

    anak kakcik sisepet tu saja yang buat masa ni 'cukup gila' dengan durian. Mak dia pun sama! :)

    BalasPadam
  16. Untungnya sisepet tu..boleh makan durian sedap tu sorang - sorang je.

    BalasPadam
  17. Salam Salmi..

    abang-abang dia siap tutup hidung lagi. Dia selamba kodok je makan sensorang. :)

    BalasPadam
  18. Salam...
    Tinie pun suka jugak durian nihh..tp tk leh makan selalu!!!:):)

    BalasPadam
  19. Salam Tinie..

    orang kata durian ni 'panas'. Betullak kut.. sebab kalau makan banyak, bibir jadi kering tekak jadi perit. :)

    BalasPadam
  20. kak, sy pun fanatik ngan durian nih ngeee.. slagi x abih slagi tu dok lyn.. jgn x percaya...

    BalasPadam
  21. Salam Maiyah..

    eh.. kakcik percaya.. sebab kakcik pun penggemar durian. :)

    BalasPadam
  22. hmmm..saya pun terliur la tgk durian tu... dah 2 minggu idamkan durian tapi disebabkan tak berapa sihat..hubby tak mo belikan ;-)

    BalasPadam
  23. Salam Chik Na..

    tunggu sehingga betul2 sihat dulu.. takut 'berbalik' demam bila makan durian tu.. :)

    BalasPadam
  24. kak..
    sedapnya durian
    sya pun posa nih...

    BalasPadam
  25. Sya..

    ari ni kakcik tak posa.. Insya Allah, sambung balik minggu depan. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com