Kawan-kawan kakcik

Ahad, 20 Jun 2010

Cuti cuti Terengganu

Perjalanan bermula 6.30 petang.  Tiba di rumah adikku Nora di Kuantan jam 9.30 malam.  Sebab Nora tak ubah bagaikan adik kandungku, aku tak segan silu memberitahunya yang aku amat letih dan mahu terus tidur!  Suami dan anak-anak, pandai-pandailah bawa diri. :)

Selepas sarapan (susah-susah saja Wan - suami Nora belikan sarapan, sedangkan dia pun baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur jam 2.30 pagi) kami bergerak menuju Marang.  Singgah sebentar di Masjid Kg. Rantau Abang .



Tiba di Marang jam 10.30 pagi, terus daftar masuk ke Seri Malaysia.  Kami dah tempah 2 'bilik keluarga' (family room) dari minggu lepas lagi.  

 Seterusnya kami ke Jeti untuk menempah tiket ke Pulau Kapas.  Tambang untuk 6 orang dewasa dan seorang kanak-kanak bagi perjalanan pergi balik sebanyak RM195.00 perlu dibayar.

Perjalanan dari Jeti ke Pulau Kapas dengan menaiki bot laju hanya mengambil masa lebihkurang 15 minit sahaja.

eh! apa dah jadi dengan bot ini?

Di Pulau Kapas, kami menyewa bilik di Rumah Panjang Makcik Gemuk untuk beberapa jam.  Bayarannya RM40.00 untuk tiga orang.  Disebabkan kami bertujuh (Bob - kawan Angah, ikut serta dalam percutian ini), bayaran untuk menggunakan air dikenakan sebanyak RM2.00 untuk setiap orang yang melebihi 3 orang - jadi keselurahan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM48.00.

Waktu yang lain-lain pergi mandi-manda dan melakukan aktiviti di pantai/laut, aku tak ikut (jadi tak ada gambar) sebab cuaca terlalu panas dan aku pun sedang sakit kepala.  Aku tinggal di bilik sambil menikmati nasi kerabu...

Sedang enak menikmati nasi tersebut, tiba-tiba....... alamak! bulu tengkuk dan bulu romaku meremang daaa..... Seekor ular kecil (memang kecil - hanya sebesar batang putik kapas @ cotton bud dan sepanjang lebihkurang satu kaki) meliuk-liuk masuk melalui pintu dan menegakkan kepalanya tidak jauh dari tempat aku duduk!  Disebabkan takut.. iya, aku mengaku aku memang sangat takut! aku tidak teringat pun untuk mengambil gambarnya..

Aku teringat pesan orang, kalau ular masuk halaulah ia keluar secara baik.  Jangan terus dibunuh (ingat aku berani ke nak membunuhnya???  Gila kau..)  Aku pun 'bercakap' kepada ular itu.. 'tolonglah keluar.. dengan nama Allah, tolonglah keluar.. aku takutttttt'   Ular itu pun meliuk-liukkan badannya ke hadapan sambil menegakkan kepalanya.  Perlahan-lahan aku menuju ke pintu dan melompat keluar! 

Aku nampak seorang budak perempuan selang beberapa pintu dari bilikku.  Aku tanya sama ada bapa atau abangnya ada dalam bilik.  Bapanya datang menjenguk dan kemudian bergegas memberitahu pekerja resort.  Tidak lama kemudian, seorang budak lelaki datang 'memunggah' bilik.  Habis tilam dan katil dipunggahnya.   Nyata ular itu telah tiada.  Tak teringat pulak nak ambil gambar masa EDY buat kerja tu.  Kata EDY, sebelum ni, tak ada pulak orang komplen pasal ular masuk bilik.  Lagipun, kata EDY ular kecik tu tak bahaya.. Isyyyyyyy... bahaya tak bahaya aku tetap takuttttt.....

Walaupun telah pasti ular itu tiada lagi.. aku tetap takut nak duduk sorang-sorang dalam bilik!  Bila suami dan anak-anak balik dari laut, mereka terus membersihkan diri dan mengisi perut.  Kemudian kami berkemas-kemas untuk balik.  Sayangnya bot yang ditunggu lambat pula tibanya....



Bersambung ............

18 ulasan:

  1. salam kakcik. ada berapa siri kisah-kisah ni?

    BalasPadam
  2. salam..
    Ular lagi kecil, lagi la bisa..
    Cantik gambar resort tu, nampak tenang je.

    BalasPadam
  3. Emm...seronoknya gi p.kapas .Nanti semuanya itu kan jadi kenangan.

    BalasPadam
  4. Salam Abu Muaz..

    Insya Allah dua siri sahaja termasuk siri ini :)

    BalasPadam
  5. Salam Niza..

    memang tenang, sebab penghuni chalet kebanyakannya sedang mandi manda.. :)

    Sekecil mana pun ular.. kakcik tetap takut.. eeeee...

    BalasPadam
  6. Salam Salmi..

    kakcik harap anak2 kakcik terutama bangcik dan adik boleh menceritakan semula pengalaman mereka nanti.. :)

    BalasPadam
  7. slam kakcik,
    bestnye pergi pulau, tenang dan damai sajakan..
    tentu anak-anak seronok dengan pengalaman mereka

    BalasPadam
  8. salam kak cik seroja
    wah..seronoknya bercuti...=)
    salam kenal n ziarah ye..

    BalasPadam
  9. Salam ibuintan..

    kakcik pun berharap mereka akan seronok dengan pengalaman yang mereka lalui.. bagi kakcik, apalah sangat... :)

    BalasPadam
  10. Salam cheqna..

    terima kasih kerana sudi menziarah kakcik dan selamat berkenalan. :)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum wbt
    Ate dah balik ke sini ghopenye? Sakan bebenorle kokcik meghayor. Teman ni kokcik, kalo nak bersantei, idakler sampei ke mana2`chalet` cuma teman sogheh cepiau2 sebelah mak teman kat Teluk Kecik, Sg.Pinang Besar kat Pangkor. Nak lebih meriah lagi, duduk2 le sane ngikut nelayan2 nangkap ikan sampei ke Pulau2 Sembilan dan pulau2 kecil sekitarnya. Lebih kurang mcm P.Kapas yg kokcik tunjuk kan tu le! Nak jimat kokcik....

    BalasPadam
  12. kalo sy pun gerenti melompat dr krusi roda hehe.. ular x bisa pun tp tekejut tu yg bisa bonar huhuu

    BalasPadam
  13. Bercuti sakan kakcik nampaknya. Tentu best kan

    BalasPadam
  14. salam kakcik..
    bestkan cuti2 kat terengganu ni...tapi ida tk dapatlah ke pulau kapas..belum ada rezeki lagi..

    BalasPadam
  15. Wa'alaikummussalam Yop..

    aghi tu suami teman tu pegi mencadat sotong dengan kengkawannya kat Pulo Kapah tu. Masa tu, teman baghu je lepah operet, jadi idok le ngikut. Kighenye suami teman macam mayo utang le mawok teman ngan anok2 tu... :)

    BalasPadam
  16. Salam Maiyah..

    hehehe.. tu la pasal.. bisa tak bisa.. yang penting.. takutttttt... :)

    BalasPadam
  17. Salam Aida..

    Alhamdulillah.. seronok juga.. yang tak laratnya, bila balik.. penat! :)

    BalasPadam
  18. Salam Ida..

    kami pergi pun sekejap saja.. mungkin lain kali pergi lama sikit. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com