Kawan-kawan kakcik

Ahad, 20 Jun 2010

Cuti cuti Terengganu Bhg. 2

Balik dari Pulau Kapas, kami masuk ke bilik untuk mandi dan solat.  Kemudian bersiap-siap untuk ke Kuala Terengganu yang jaraknya cuma lebihkurang 18km dari Marang.

Mercu tanda Marang

Mula-mula singgah sebentar di Masjid Tengku Tengah Zaharah...

Kemudian terus ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.  Malangnya tak sempat merakam gambar di Taman Tamadun Islam yang menghimpunkan replika masjid-masjid tersohor dari seluruh dunia itu.  Adik dah 'mengelupur' kelaparan!

air apa ni?  khabarnya didatangkan dari Iran dan berharga RM4 setin.

mentang-mentang yang ambil pesanan tu perempuan cantik, semua mata memandang kepadanya...

Lepas makan, terus balik ke hotel untuk solat dan tidur.  Semuanya dah keletihan.  Esok paginya, selepas sarapan di hotel, kami terus daftar keluar.  Singgah sebentar di Pasar Marang untuk 'melihat-lihat'.  Perjalanan ini untuk melihat tempat orang sahaja dan bukan untuk membeli belah. 

 Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang


Disebabkan semalam tak sempat pergi ke Pasar Besar Kedai Payang, kami berpatah semula ke Kuala Trengganu.

Bas yang lain dari yang lain

 Pasar Besar Kedai Payang

Macam-macam adaaaaa...

Jangan kata Adik, Along pun tak pernah tengok telur penyu...

dah lama tak jumpa 'gelembung buaya' ni...

Dari pasar tersebut, perjalanan balik diteruskan.  Singgah di tepi jalan untuk beli sata (tak jumpa di pasar tadi).  Singgah makan tengahari di Cherating.

Dua beradik ni asyik tidur dalam perjalanan..

makan nasi kukus ayam berempah

kesian kambing-kambing ni... dah tak ada rumput nak dimakan agaknya...

Lepas makan terus bergerak balik.  Singgah di Hentian Temerloh untuk solat dan beli apa yang patut untuk mengalas perut...

burger ini berharga RM4.00
  
ikan patin buah RM12.00 seketul, patin biasa RM7.00... tapi, mungkin jauhhhh lebih murah dari harga ikan kat restoran artis tu...
 
   
Alhamdulillah.. selepas perjalanan yang panjang, kami selamat sampai di rumah jam 4.30 petang.

24 ulasan:

  1. Alhamdullilah...

    Berakhir perjalanan dengan selamat .
    Walaupun penat tapi puas kanns...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum
    Cepat berbenor cuti ni kokcik, ate mcm kokcik ni lagi pulak, byk nak diponggah dan selongkor sbb esoknya bebudak dah nak mola skolah. Dua minggu cuti skolah ni tegahse skejap benor.

    BalasPadam
  3. Wa'alaikummussalam..

    ate mana nok mbuatnye Yop.. nasib le teman doh siapkan baju sekolah deme daghi awei lagi.. idokle tegocoh2 nok ngosok bagei.. esok teman ada seminar saghi suntuk.. eimok.. penat beno ghasenye!

    BalasPadam
  4. salam kakcik.

    seronoknya bercuti dengan famili. indahnya tanah air kita. macam2 jenis makanan ada. itu yang selalu orang melayu miss kalau melancong keluar negara.

    tapi saya dua minggu cuti ni tak kemana-mana sebab anak yang tahun 6 tu ada tuisyen dan saya sendiri nak periksa.

    BalasPadam
  5. Salam..
    aduh..seronoknya jadi Kak cik, merata dapat berjalan..rasanya baru lagi baca blog Kak cik ke Sabah...tahu-tahu dah ke Kuala Terengganu...

    Bercuti dengan anak-anak dan keluarga memang seronok....

    BalasPadam
  6. Salam Kanda AL..

    sebagai ibubapa, memang seronok kalau dapat menggembirakan hati anak2. Dulu masa saya kecil2, memang susahlah nak keluar dari 'kepompong'. Tapi, kalau ada peluang dan duit lebih, emak akan pastikan dapt membawa saya naik bas sekurang2nya seminggu sekali! Masa tu, berapa sen lah tambang bas.. tapi setakat itu kemampuan orang tua saya. Malangnya, saya tak sempat nak bawa emak ke tempat yang diidamkannya. Semoga roh mak aman di sana.

    BalasPadam
  7. Salam Ros..

    baru tahun ini rasanya kakcik banyak 'berjalan jauh' bersama suami dan anak2. Rezeki yang Allah turunkan memang berbagai bentuknya dan kadangkala tidak terduga. Alhamdulillah.

    Kakcik bukan ke Sabah, tapi ke Sarawak.. :)

    BalasPadam
  8. Saya ngidam nak jalan-jalan macam tu. Kalau dapat oversea ke hehe. Tunggu anak-anak besar sikit kot

    BalasPadam
  9. sedapnya... kalau dapat makan seafood.. dapat pulak sotong segar2 kat tganu tu.. slurpppp mmg sedap...

    BalasPadam
  10. kakcik... mmg rezeki berjalan melimpah ruah tahun nie...syukur. Sure leby seronok bercuti dengan family sndri, tmbh lg menggembirakan anak2.. itu satu pengorbanan besar bg ibu bapa. hmm. owh..selamat hari bapa kepada en BOB..

    BalasPadam
  11. kenapa kakcik tak ke kg.losong.tak bawa balik keropok lekor ke?

    BalasPadam
  12. Aslmkm.
    Kak G berkunjung balas yg tertunda ni :) TQ ya.
    Hmmm seronok cuti bersama famili. Kak G pun, Alhamdulillah, dah cover sampai ke Kelantan juga ... Kak G paling suka di Awana tp anak & suami malas berulang pergi sbb jalanraya tu.
    Sekarang keje di Sarawak?

    BalasPadam
  13. Salam Aida..

    syukur Alhamdulillah dapat bawa anak2 'jalan2 tengok tempat orang'. Oversea??? hmmmm..... mungkin kalau ada rezeki. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  14. Salam Rina...

    cadangnya suami kakcik nak juga beli ikan segar dari sana.. tapi, bila tengok harga lebihkurang dengan KL.. tak jadi la pulak! :)

    BalasPadam
  15. Salam Cyana.. Alhamdulillah.. nampaknya tahun ini ada rezeki bawa mereka 'jalan2'. Selalu berangan je nak ke sana sini.. tapi, bila tak dirancang.. jadilah pulak! :)

    BalasPadam
  16. Salam Salmi.. kakcik lalu je kat Kg Losong. Beli kopok lekor kat Pasar Payang tapi.. :)

    BalasPadam
  17. Salam Kak G..

    hehehe.. kakcik dah tolak tawaran ke Sarawak tu. Sekarang masih kekal di tempat lama.

    Jalan ke Pantai Timur memang 'agak menakutkan'. Selalu sahaja buat hati jadi kecut (tapi sekarang L/raya PLUS terutama kawasan berhampiran Bkt Tagar juga 'menyeramkan').

    Semoga kesihatan Kak G kian baik. :)

    BalasPadam
  18. Salam Kak Cik,

    Bila tarikh perjalanan Kak Cik tu..?

    Saya ke P. Redang minggu lepas, dari 13 Jun - 16 Jun, sambung di Kemaman hingga 18 Jun.

    Merayau juga ke tempat2 yang Kak Cik ceritakan tu...

    BalasPadam
  19. Salam Isa...

    kakcik ada 'di sana' pada 18 & 19/06. kakcik ada baca pasal kedai Western Food yang Isa cerita tu.. tapi, tak tahu nak cari! :)

    BalasPadam
  20. best nye kakcik...dah lama acu tak ke Terengganu...emmm..nk kena plan dgn kakak2 nie bercuti ke sana lak..

    BalasPadam
  21. Salam Pn. Dr...

    penyu menangis siapalah yang tahu?? :)

    BalasPadam
  22. Salam @cu.. sesekali bercuti memang seronok, tambah pula kalau ada 'peruntukan'.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com