Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 Mei 2010

Hidangan Petang Semalam


ringkas sahaja - nasi, telur dadar, ayam goreng madu + sos lada hitam, sambal belacan dan ulam timun. Tiada yang berkuah (kicap pun boleh jadi kuah, kan?) (hehehe.. dasar mak yang pemalas!). Yang penting, bila anak-anak balik dari sekolah dalam keadaan lapar, makanan dah siap.  Sampai rumah pun dah pukul 6.00 petang, siap masak lebihkurang 40 minit kemudian.  Belum sempat nasi betul-betul masak, Adik dah sampai.  Anak Jawa (panggilanku untuk Adik dalam bab makan) tu, bila balik dari sekolah, mesti nak makan nasi.  Bila ada sambal belacan, lagilah bertambah-tambah seleranya.  Bangcik pula sampai kat rumah pukul 7.00 lebih. 


nota hati :  terima kasih kepada Along yang memberi sejumlah duit belanja buat mak, sempena Hari Ibu. 

14 ulasan:

  1. skodeng sambil...jilat bibir...jauh sangat

    BalasPadam
  2. Zeq...jangan jilat skrin komputer dah le! :)

    BalasPadam
  3. hish, kita tak breakfast lagi ni..rasa nak gi caghi nasik pulak...hehehehe

    Kakcik tengah memerhati ke tengah mengintai tu!!! :D

    BalasPadam
  4. Fa.. kalau kita jumpa selepas ni, kakcik yakin.. Fa mesti dah kurus, kan?? Huhuhu.. bila kakcik nak mengurangkan berat badan ni??? Kena jumpa DOKTOR ke??? (^_^)

    Pssstttt.... Kakcik tengah 'melihat' tu.. :)

    BalasPadam
  5. ni mmg makanan cara org jawa.
    kering tapi mesti pedas.

    zue x ada kuah pun x apa janji ada sambal belacan. anak2 pulak mesti ada kuah.

    mlm tadi zue masak gulai ikan kembung dan sambal sotong dan salad.

    BalasPadam
  6. kakcik, bagi saya hidangan tu dah lumayan dah tu.Anak dan suami tak cerewet tentang makan tapi kita yang kekadang nak bagi yg vogue utk mereka.
    sehabis malas biasanya goreng nasi dgn ikan masin je.kalo lapar berpinggan jugak dimakannya.
    p/s tq,kakcik bagi idea utk lauk tghari ni.

    BalasPadam
  7. salam kak cik...walaupun simple nampak sedap...

    BalasPadam
  8. Salam Zue.. Kakcik tak berapa 'tahan' makan makanan yang pedas-pedas.. Nanti, air mata, air hidung semua meleleh.. Adik tu mungkin ikut ayahnya.. suka sambal belacan. Tak ada kuah pun tak apa. :)

    BalasPadam
  9. Salam Kak Wan..

    Alhamdulillah, kakcik pun bersyukur sebab suami dan anak-anak tak begitu cerewet bab makan ni. Cuma, sesekali kami akan menjamu selera di luar. Kalau nak masak yang beriya-iya, kena tunggu hari cuti (taklah beriya mana pun sebenarnya) :)

    BalasPadam
  10. Salam Alimaz.. Alhamdulillah. Kalau beli kat luarpun, kadang2 tak berbaloi, kan? Lebih baik masak sendiri, biarpun ringkas - janji puas hati. :)

    BalasPadam
  11. Salam! Kokcik,
    Itupun kighe dah baguih, semuanya menyelerekan wpun ringkeh. Kalau teman ni masak, kokcik, kighe `wajudah` (Aseikan siap udah). tapi dalam pada itu, cubalah seknike jenama perencah yg ada kat `GIANT` atau `mydin` samaada keluaran `nyonya` ke `maggi` ke, `brahim`s ke, `babas` ke! Cube je, kot2 tak lalu makan, tong sampah ade!

    BalasPadam
  12. Salam Yop..

    teman ni, kalo datang angin nak masak.. kejap je jadinye.. tapi bila terlebih bitamin M tu.. lemah longlei je ghase badan.. :)

    BalasPadam
  13. acu semalam dinner nugget je
    punye la pemalas..hahahaha

    BalasPadam
  14. Janji kenyang dan perut tak masuk angin, kan @cu? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com