Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 April 2010

Kena tinggal lagi..

ES baru sahaja menaiki teksi menuju lapangan terbang untuk ke Kota Bharu, Kelantan.  Macamlah nak kena tinggal setahun..hehehe.. Insya Allah, malam nanti dia sampailah ke rumah semula.  Hujung minggu ini, dia nak mencandat sotong bersama rakan-rakan pejabatnya di Pulau Kapas, Terengganu pulak.  Hmmmm.. kalau aku tak sakit belakang, dah tentu aku ikut.  Pertama kali nak merasa pengalaman mencandat sotong.  Perjalanan dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang di sewa khas tentu akan membuatkan belakangku tidak selesa sama sekali.


Tak apa.. hujung minggu depan, aku bersama adik dan bangcik, Insya Allah akan ikut juga ES keluar daerah.  Ke mana?  Hehehe...

20 ulasan:

  1. Teringinnnnnnnn sangat nak merasa pengalaman mencandat sotong~!

    BalasPadam
  2. Vic.. nanti bila kakcik dah betul2 sihat.. kita pergi bersama, nak? :)

    BalasPadam
  3. awat tukaq jenuh kami taip.....nampak cengei boh rimau

    BalasPadam
  4. Salam Mama Munira..

    mana ada ghimau.. tu kan singa tu.. :)

    BalasPadam
  5. Salam! kokcik,
    Mencandat ni mancing ke kokcik? Kalor ketam tu buleh ler kite tangkoikan. Ate kalor yapun mencandat sotong, gamak2nya pakei umpan ape ye? Kalor dah payah bebenor kokcik, pakei je umpan gambor Agong kat merkeit.

    BalasPadam
  6. Salam Yop..

    sesekali ES teman tu nak bersuka ria (jangan sampei tak ingat anak bini udah le).. biole.. kaghang kalo teman melaghang atopun kighe nok ngeko je.. kate dek oghang kuin konterol la pulok! :)

    BalasPadam
  7. Kak Cik... seronok kan, ada peluang ikut (kata orang yg dengki, “membontot laki”).. hehehehe... eh apa salahnya, kan? Sambil berehat, sambil berbulan madu, mengerat kasih sayang. Tak gitu?

    hehehehe... Ujung minggu ni, saya pun ke luar daerah juga...

    BalasPadam
  8. Azie.. ni yang kakcik jeles tahap langit ke tujuh ni.. semua orang pergi outing... jalan2 makan angin... huhuhuhu.. nak ikut Azie naik cable carrrrrrrrrr.......

    BalasPadam
  9. Kakcik seroja

    Terima kasih melawat blog saya

    nanti jemputlah datang lagi ye

    Hujan emas di negeri orang

    betul tu

    Beberapa tahun di Yangon, Myanmar

    dan beberapa tahun di negara orang seperti

    Minessta, Toronto, New South Wales, Sydney, Wellington, Jakarta, Bangkok, Manila, Singapore

    macam macam pengalaman saya dapat

    Saya baru je bekerja KL(Kuala Lumpur) ini dalam sebulan lebih.

    Di Yangon, saya ke pejabat berjalan kaki sahaja.

    Tidak lah pening pening kepala nak menempuh jalan jem.

    BalasPadam
  10. Salam Sdr Alid..

    Alhamdulillah, ada peluang untuk Sdr melihat dan merasai pengalaman di tempat orang.. Kakcik melawat ke sana sini hanya melalui skrin di depan kakcik ni.. tapi, syukurlah juga.. tahu juga sedikit sebanyak ehwal dunia :)

    Insya Allah nanti kakcik singgah lagi untuk membaca catatan pengalaman Sdr. :)

    BalasPadam
  11. camne ye mencandat sotong tu.. sronoknya

    BalasPadam
  12. Salam! Kokcik,
    Heieh, biyor le Yop ES tu mengelewor skjap kokcik, ate kalor dingekor memanjang ghimeh juga ghasenya ye! Teman pun ghope tu, tapi cumanye teman ni tak beghape gemor nak `travelling`, lebih gemor pulak meghap kat ghomah baca2 buku atau kitab mane yg patut! Jenjalan ni Yong, byk mbuang masa dan melengitkan...

    BalasPadam
  13. Salam KakCik .. I datang nih tapi tak bawak buah tangan sebab buah tangan dah diberi kat anak singa tu, hehe. Kalau tak dia tak kasi masuh kesini.

    Rumah baru nih hasil make over 'orang atasan' ke KakCik? Rumah lama dah totally dirobohkan ke?

    BalasPadam
  14. Yop..

    biole melekit.. janji pueh ati .. duduk terpeghap je kat ghomah letih juga... ini badan teman doh makin lebo ni ha.. :) Kata oghang jauh berjalan luas pandangan.. mandang kat internet je tak sama dengan pandangan secara nyata, tak gitu?

    BalasPadam
  15. Salam CS.. mak oii.. nakal juga anak singa yang sedang lena tu ya?

    Blog lama tu masih ada.. Kakcik dah tersilap.. ada satu blog yang tak menjadi tu..itu yang menyebabkan kakcik dapat amaran.. bila kakcik nyahkan blog tu.. amaran tu pun dah hilang..Jadinya, blog lama tu masih boleh guna.

    Rumah ni kakcik bina sendiri. :)

    BalasPadam
  16. Kak Cik, Azie dah tukar url baru ni instead of yg lama tu... So tentu jarang dah nak masuk rumah lama. Kak Cik teruskan jer la aktif kat rumah baru ni...

    Tak kisah, asal saja masih sama2 gumbira...

    BalasPadam
  17. Azie.. kakcik pun rasa nak melepak kat sini saja.. rasa damai sikit.. rumah tu pun dah berat sangat!

    BalasPadam
  18. Zeq..

    tak ada apa nak dirisaukan.. singa (bukan rimau) tu tengah kenyang.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.