Sebenarnya, aku sendiri tak pasti bagaimana mahu mencoretkan apa yang bermain-main di benakku saat ini.
Kebelakangan ini, dapat kurasakan (atau sebenarnya aku yang teramat perasa!) kehadiranku di dunia maya ini, tak lebih dari 'penyesak ruang'. Kedatanganku sebenarnya langsung tidak dialu-alukan. Walaupun pada asalnya, aku ke sini hanya sebagai pelarian - yang ingin menyepi dan membawa diri sendiri. Bagaimanapun, kehadiranku kiranya disedari dan aku punya teman-teman tersendiri. Yang sudi menyambut salam dan sudi berkongsi cerita.
Tapi ... tiba-tiba, semuanya menjadi seolah-olah sepi. Bagaikan berada dalam satu terowong yang panjang dan gelap tanpa sebarang bunyi atau cahaya. Andainya ada lintasan angin, ianya tak lebih dari angin yang menerbangkan debu-debu beracun yang boleh menyesakkan dada dan melumpuhkan deria.
Aku tahu dan amat insaf, bahawa aku bukanlah manusia sempurna dan tak akan pernah sempurna. Pasti ada salah silapku di sini sana yang mana mungkin membuatkan orang lain menjadi jengkel dan 'geli geleman' hatta untuk menyebut namaku. Malangnya, aku sendiri sama sekali tidak mengetahui apakah salah atau silap yang telah kulakukan! Puas aku berpusing, merenung kembali dan mencari sisa-sisa yang mungkin telah kucicirkan di mana-mana. Aku hampa! Tiada yang kujumpa. Bukan beerti aku menafikan yang aku telah melakukan kesalahan. Cuma, sebagai manusia yang alpa - aku gagal mengutip sebarang ingatan tentang apa yang memungkinkan aku disisihkan.
Mungkin juga agaknya, ada jurang antara lembah dan gunung. Antara sungai yang lesu dan tawar dengan laut yang ganas dan masin. Atau, mungkin juga permata tidak sama sekali dapat diadun dengan kaca! Wallahuaklam... Hanya Dia juga Yang Maha Mengetahui.
Sekali lagi - AKU TAK PERNAH SEMPURNA.
Sekali lagi - AKU TAK PERNAH SEMPURNA.
Kenapa ni kakciks? Tiada siapa yang sempurna di bumi Allah ini. Kuatkan semangat, usah difikirkan sangat setiap yang melanda. Saya dan kawan-kawan lain akan sentiasa menemani kakciks secara maya.
BalasPadamSalam Aida..
BalasPadamentahlah.. mungkin dah dekat 2 bulan tak ke pejabat.. fikiran pun semakin 'ketat'.. :(
Terima kasih kerana sudi jadi kawan kakcik. :)
Ha...ah..tiada salah nya ..saya baru je nak kenal kenal ngan kak cik ni..Tak pa jika ada ketidak sempurnaan tu apa salahnya jika kita saling memperbetulkan nya .ye dok.(Ayat konon konon power la ni.)
BalasPadamTQ kak cik..saya ni malas menulis tapi rajin merayap blog orang.
Salam kak wan..
BalasPadamitulah yang kakcik harapkan.. andainya ada salah silap (yang mungkin sama sekali kakcik tak perasan), tolonglah tegur-tegurkan untuk kakcik perbaiki sikap dan tingkah laku..
Segalanya kabur sekali...
BalasPadamTidak pernah terdetik di hati saya menganggap Kak Cik sebegitu. Kita kawan-kawan bukan lawan-lawan..
Sekurang-kurangnya Kak Cik masih boleh gumbira dan bersyukur masih ada keluarga dan insan2 yang menyayangi...
Salam Azie..
BalasPadamsekadar luahan hatiku yang gelisah.. iya, kuakui, aku masih punya kawan-kawan dan keluarga yang menyayangi diriku..
semua orang tak sempurna kak...tapi acu tetap sayang kakcik... ;-)
BalasPadammmm...jenuh fa cuba fahamkan, apa agaknya yg kakcik cuba sampaikan (al maklum le, setiap ayat kakcik tu dalam benor maksudnya, tersembunyi sana sini). Ke ada orang yang dah mengecikkan hati kakcik. Ater kalopun dia perangeinya gitu, usah le dilayannnnn...yo nye le dia. Bukan apa kakcik, dalam donia ni, ghamei benor oghang yang raser dia le cerodik, dia le bijok, dia le betoii...
BalasPadamadapun kita ni sumer, masin masin (masing2) ada kelemahan, Rasulullah s.a.w je yang semporna dan maksom.
Haaa...kalo kita ni tak semporna, dan berazam nak memperbetoikan kelemahan kita, itu teman setuju le. Moh kita bermuhasabah diri. InsyaAllah.
Okay. Udah tu kakcik, usoh dilayan rasa libang libu tu.....kalo kita rasa kita dah buat yang terbaik, bior le org nak kata apa.
Betul kata mereka tu kak Cik. Tak ada siapa pun yang sempurna di dunia. Kita masing2 ada kekurangan dan kadang2 kekurangan diri kita ini yang menjadikan kita unik dan diterima kawan2 kita yang lain.
BalasPadamKak Cik tak pernah pun membuatkan kami jengkel. Kak Cik terlalu banyak berfikir barangkali... Mungkin kesunyian dan keseorangan di rumah membuatkan kak cik mula berfikiran negatif. Kak Cik kan seorang yang optimis maka itu teruslah bangkit ceria. Kerana bila kita optimis kita akan rasa seluruh dunia sedang bersama2 dengan kita mengejar matlamat hidup itu.
mmg tiada yg sempurna...itulah yg dinamakan manusia. klu dah trlalu baik/perfect/bagus sgt dah nak mengalahkan nabi pulak.
BalasPadamyg penting kita perbaiki diri kita dgn harapan tidak menyakiti hati dan perasaan org lain.
Acu.. kakcik pun sayang dengan Acu :)
BalasPadamFa sayang..
BalasPadamiyele gamoknye.. bile doh lame duduk sensorang, macam2 le yang datang dalam pikioran ni.. ape2pun, kakcik memang sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan dan janganle endoknye kakcik menjadi oghang yang sentiasa ingin menilei-nilei kelemahan oghang lain. Betoi tu, hanya Rasulullah saje yang maksom.
Salam Vic..
BalasPadamkakcik ingin menjadi orang yang selalu optimis, tapi sebagai manusia biasa, adakalanya kakcik kalah juga pada perasaan. Terima kasih kerana sudi bersama kakcik. :)
Salam Zue..
BalasPadamapa yang Zue catatkan itu memang benar..
Salam Kak Cik,
BalasPadamTiada siapa yg sempurna dibumi Allah ni. Hanya org yg perasan dia sepurna je rasa dia sempurna. Takpe2 sy sentiasa akan menemani kak cik di alam maya ni. Sabar ye kak cik
Salam Aidah..
BalasPadamterima kasih kerana sudi menemankan kakcik di sini :)
Salam Kak Cik...
BalasPadamTiada manusia yang sempurna... namun setiap manusia ada kelebihan dan kekuatan diri masing2....andai seorang membenci kita namun sejuta yang menyayangi kita
Salam Nida..
BalasPadammudah2an sahaja ada yang sudi menyayangi seikhlas hati...
Salam Kakcik.. iskh.. asal nada bunyi sedy jek nie? sebagai manusia biasa kita tk mungkin sempurna sepenuhnya. yang penting perlu sentiasa optimis, bombastik mr lobaloba... ahaks. Senyum sokmo eh. :)
BalasPadamSalam Cyana.. baca komen Cyana memang buatkan kakcik tersengih lebar! :)
BalasPadamSalam! Kokcik,
BalasPadamJauh bebenor kokcik pelesapah! Teman bab puisi tersirat dan tersurat ni benak bebenor! Ate kokcik ni macam jauh hati je! Gamoknya ada yg terbuku dihati kokcik! Ngenangkan anak2 kokcik ke? Ate kalor kita yg dah tue ghente ni dah tak mandang, usoh le dighisor, Allah SWT Yang Maha Memelihara, kita seghahkan segala2nya mun kita dah tak ada! Kalor ituler yg kokcik pikiorkan! Ate kalor dipikirkan hei org, isyyy Allah SWT nyughuh kita selamatkan diri kita dan keluarga kita dulu. Byk2 istighfar dan solat malam kokcik, tenangkan hati.
Salam Yop..
BalasPadaminile gaye teman.. kalo ati doh ghase kaco bilo, teman cughohkan dengan caghe menulih. Dulu2, ateh keghotah.. le ni doh canggih.. teman taip pulok kat blog teman ni.. Iye, sebenonye tak ade yang lebih afdal selain daghi mengadu kepada Dia.. cuma teman malu.. teghase betapa kecik dan hinanye dighi ini memintok2 tapi tak peghonoh membeghi... :(
nape ni kak, apa yg sy terlepas nih.. x mau fikirkan sgt.. jaga kesihatan
BalasPadamSalam my lovely sis..KakCikS..:)
BalasPadamKakCikS....
Walau apa jua...KakCiks sentiasa di hati...Tidak pernah jauh.....Walau mungkin kesibukan membatasi..Namun dirimu sentiasa ada di hati ini...:):)
................sis...sayang selalu........:):)
Moga sis kembali ceria!:):)
Salam Maiyah..
BalasPadamtak terlepas apa-apa.. cuma belon panas je dah terbang ke langit.. hehehe.. :)
Salam Tinie sayang..
BalasPadamterima kasih kerana 'meletakkan' kakcik di hatimu... sangat terharu rasanya.. semoga ada peluang untuk kita bertemu suatu hari nanti. Dan janganlah hendaknya pertemuan itu menjadi noktah kepada suatu perhubungan... :)
tumpang baca kak cik..keluhan hati yang ikhlas..
BalasPadamsempurna...
rasanya tiada yang dakwa dirinya sempurna.
Kak Cik ))))))
BalasPadamsaje je panggil ...
chik na masih setia mengunjungi kak ciks.. jangan la berluka lara :-)
BalasPadamSalam Zeq..
BalasPadamada juga orang yang sedar dirinya tidak sempurna, tapi lebih menuding kepada ketidaksempurnaan orang lain.. :( (semoga kita tidak begitu)
Yopppppp.. (ish.. tersedak teman!) :)
BalasPadamSalam Chik Na.. terima kasih :)
BalasPadamsamalah kita ...
BalasPadamApa yang sama tu Alid??? :)
BalasPadamkak cik syg..
BalasPadamsedih baca coretan hati kakcik ni..punyai mksud yg tersirat...
namun kita serupa saje..bagi ida kakciklah yg terbaik dn sgt perihatin..
ida ingat dulu ms ida tk muncul beberapa hari di blog kakcik mencari no hp ida dan menghubungi ida bertanya khbr..ida sgt terharu ms tu..
ida mintak maaf andai ida jrg2 dpt singgah di tempat kakcik..kakcik sentiasa di hati wlupun kita jrg dpt nersembang.
Salam Ida.. coretan Ida membuatkan kakcik sebak.. apa2pun, kesempurnaan itu memang bukan milik kakcik.. :)
BalasPadamSalam! Kokcik,
BalasPadamSubhanAllah! Isyyy kokcik ni byk2 le kita bersyukur kpd Allah SWT krn limpah rahmatah Nya beri kita bernafas setiap detik. Nun dibelakangkan kite, ghamei lagi yg ghedat melaghat hidupnya kokcik!Kita ni hanyalah hamba, satu2nya senjata yg kita ada ialah kesabaran! Mudah2an Allah akan tunaikan juga kalau tidak didunia, InsyaAllah diakhirat kelak..
Salam Yop..
BalasPadamiyelah .. ghamei lagi yang idop deme melaghat dan mendeghite.. tapi, kan yop.. kalo kite ghase tesiseh.. memang senok dade.. tapi tak pe.. kite tetap ade DIA.. gamoknye sebab bulan pun ikut gerhane, itu yang tak semiak jadinye kepale teman ni...
salam perkenalan..mintak lalu ye...
BalasPadamkelemahan itu lah yang membuktikan kita ni manusia kak...asalkan jangan terlalai dalam mencari kesempurnaan dan jangan berselindung di sebalik kelemahan...
Salam Puspawangi.. silakan..
BalasPadamindah kata2 puspa itu :)
Salam Kakcik seroja,
BalasPadamJika begitu kesahnya gelora minda puan, ajak abang pegi umrah, tentu akan terhakis sedikit ruang persangka diri di hati anda itu..
Salam Hj. Zed..
BalasPadamkeinginan tu memang membara, namun kemampuan belum ada!