Kawan-kawan kakcik

Selasa, 20 April 2010

Air Asia

Baru sekejap tadi aku terbaca catatan seseorang kepada Air Asia di facebook.  Beliau menghamburkan kemarahannya kepada petugas di bahagian bagasi  syarikat penerbangan tambang murah tersebut.  Beliau yang baru balik dari bercuti ke Indonesia mendapati beg berharga RM200 yang baru dibelinya telah dirosakkan kuncinya. 

Aduh.. kenapa jadi begitu, ya?  Bimbang juga, kerana aku bersama ES, Adik dan Bangcik akan menggunakan lagi perkhidmatan penerbangan itu pada Khamis dan Sabtu nanti.  Harap-harap kejadian ini tidak terkena kepada kami dan kepada penumpang lain juga.

32 ulasan:

  1. tu sebab kadang-kadang saya lebih suka bawa sebagai "hand luggage" .. kecuali benar2 terpaksa.

    BalasPadam
  2. Kanda AL..

    kalau tak banyak yang perlu dibawa, oklah.. kadang2 macam2 yang nak di'heret' :)

    BalasPadam
  3. Zeq.. nak saman, kena buat report, kena ada bukti.. lepas tu macam2 karenah perlu dihadapi.. sudahnya, yang menyaman kalah.. masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya terbuang - yang disaman tetap senang lenang..

    Dan.. kerana malas menghadapi segala yang tersebut.. yang bersalah terlepas begitu sahaja.. :(

    BalasPadam
  4. Salam my lovely KakCikS..:)

    Begitulah bila tiada amanah dgn kerjabuat..maka sukar utk mereka menlaksanakan t/jwb dgn sempurna..:(
    aduhaiii...macam2..

    BalasPadam
  5. Hmmm... dah banyak kali dengar berita ni Kak Cik. Pernah kawan hilang satu beg sorong yang semuanya berisi souvenir untuk relatives. Menangis dibuatnya.

    BalasPadam
  6. Salam Tinie Sayang..

    betul.. andai diri tidak dipasak dengan rasa amanah dan tanggungjawab.. maka tak terlihat hak orang itu adalah haram bagi kita untuk mengambilnya..

    BalasPadam
  7. Vic.. pertama kali kakcik naik Air Asia ke Langkawi, masa tu Adik kecil lagi.. satu beg yang berisi 'peralatan' untuk Adik, tak ikut kami naik penerbangan tersebut... Memang dapat semula akhirnya, tapi sementara menanti ketibaannya, terpaksalah beli yang lain dulu..

    Semoga perkhidmatan mereka semakin baik dari hari ke hari..

    BalasPadam
  8. x bertanggungjawap tul le dorang

    BalasPadam
  9. Maiyah.. kalau mereka bertanggungjawab, tak adalah rungutan macam tu, kan? :)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah so far tak pernah lak terjadi kepada chik na dan keluarga walaupun kami selalu berulang alik KUL-KB

    BalasPadam
  11. kak cik

    Last sekali naik air asia pada tahun Jan 2008.
    Benci sebab dalam kapalterbang tu bising sngat macam pasar. Terutama kalau balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur.

    Menyampah gile, meluat, muntah darah tengok perangai dia orang ni. Nak check-in berebut, pastu kat Gate berebut, nak masuk plane berebut, nak turun berebut, nak gi counter Imigresen berebut, nak ambik lugage pun berebut.

    Ditambah pulak bau nafas depa ni busuk giler

    sekarang kalau balik kampung Yangon atau ke Sabah Sarawak brunei Jakarta Bangkok Pnom Pehn naik MH je

    P/S: چينا memang perangai macam tu kot????

    BalasPadam
  12. Salam! Kokcik,
    Isyyh kokcik oi, apa yg penting sekali kokcik sekeluarga seronok melancong. Ate kalor dah macamtu gaye nye maneler pihak Air Asia nak mbuatnya. Yang berceratok tu ghamei bebenor, ate kalor dah pecah/ghosak ke beghape kupang sangatlah, anggaplah tak ade rezeki! Yang ghisornye, larva letusan gunung beghapi tu sampei cacor terkolap org2 Eropah dibuatnya.

    BalasPadam
  13. Salam Kak Cik,

    Cerita tentang bagasi ni sebenarnya mana2 flight pun sama gak. Semuanya bergantung pada nasib kita. Ada kawan naik MAS pun problem gak

    BalasPadam
  14. salam Kak,
    Saya setuju ngan Kak aidah. Dulu saya pernah naik MAS, tapi tak ingat either to Kelantan or Terengganu. Beg saya dan kawan telah diselongkar dan rasanya perbuatan pekerja kargo di KLIA. Salah kami jugaklah coz kebetulan both of us forgot to lock our luggage.

    BalasPadam
  15. Chik Na..

    iyelah kan.. nasib masing2.. kita pun tak jangka apa yang akan terjadi... :)

    BalasPadam
  16. Alid..

    sekarang ni bagusnya, AA telah menetapkan nombor tempat duduk.. Jadi , berebut2 tu dah kurang. Kalu nak tempah HOT SEAT, bayarannya lebih sedikit, tapi tak ramai yang mahu menempahnya. Malang pula.. sikap manusia.. tak mahu tempah, tapi bila nampak tempat tu kosong, tiada rasa silu berpindah tempat sehingga diarahkan ke tempat asal..

    (Kampung Alid kat Yangon, ya?)

    BalasPadam
  17. Yop..

    setakat ini, kalo teman ngeko ES tu.. bukannya melancong sangat.. ES sibuk dengan kerjanya.. kalau pergi berdua, kakcik tercongok sensorang kat nilik. Kalau ngan anak2, kakcik jadi penjaga deme.. Tapi, tak apalah.. kita pun tak mijntok bende yang tak elok tu terjadi, kan? :)

    BalasPadam
  18. Salam Aidah..

    kadang2, kalau tak kenagaya, naik bas pun boleh hilang beg. Betul tak? :)

    BalasPadam
  19. Salam FairyLilly..

    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Kalau nak ikutkan, kakcik jarang kunci bagasi kakcik. Sebabnya? Tiada apa yang penting - cuma pakaian. Tapi, iyalah.. orang kalau hati serong, dia bukan kira apa yang ada dalam beg tu.. Macam peragut juga, asal nampak orang bawak beg tangan, dia fikir ada duit.. padahal dalam beg tu, ada tuala wanita je!

    BalasPadam
  20. salam..
    Doalah pd Allah semoga sentiasa dilindungi drp niat jahat org. Kalau nk jadi juga, tu adalah ujian Allah pd kita. Semoga selamat dlm perjalanan..insyaAllah

    BalasPadam
  21. Salam Niza..

    betul.. kita ini tak lepas dari diuiji.. Cuma bagaimana kita menangani ujian - itu yang penting. Terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam
  22. Salam.Saya baru tengok rumah baru ni.Cantikkkk.

    BalasPadam
  23. Salam Abu Muaz..

    rumah ni ringkas je.. semoga rakan-rakan merasa tenang di sini :)

    BalasPadam
  24. salam kakchiks.
    erm nasib baik pembantu saya tak alami masalah macam ni.kalau tak mesti susah kami nak hantar dia balik guna AA ni..

    BalasPadam
  25. kakchik

    Waa...gambar ni lah yang best, kalau kalau gambar Singa tu...takutttttttttt

    Di Yangon, kampung isteri, dia orang Myanmar. Saya orang Malaysia. Anak = PanAsia (belum lahir lagi)

    :)

    BalasPadam
  26. Salam Qaseh..

    Alhamdulillah, syukurlah.. :)

    BalasPadam
  27. Alid..

    alaaa.. setakat singa tidur, apalah yang nak ditakutkan..

    ooo.. patutlah berulang ke sana, kg kat sana rupanya.. :)

    BalasPadam
  28. combi selalu kakcik tp takde barang berharga dlm tu jadi biarkan jer.kalau luggage yg mahal dan cantik lebih baik bawa ke dlm kapal.kalau tidak mmg rosak sbb bergesel :(

    BalasPadam
  29. Combi..

    kalau barang berharga, seboleh2nya memang bawa naik bersama.. kecualilah kalau berat sangat! :)

    BalasPadam
  30. Salam Kakcik,

    Selalu juga mendengar cerita begitu, apa yang perlu kita semua harus berhati-hati dengan barangan berharga kita sendiri.

    BalasPadam
  31. Salam Hj. Zed..

    betul tu.. kita kena menjaga dan menyayangi hak kita sendiri.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.