Kawan-kawan kakcik

Khamis, 29 April 2010

Aduhai isteri..

(sudah beberapa hari aku berfikir untuk mencoretkan catatan ini..)

Andainya suamimu seorang yang amat peramah, suka bergurau tak kira tempat dan masa (kadang-kadang tanpa mengambil kira situasi dan keadaan orang yang dibawa bergurau), apakah kau harus cemburu?? 

Engkau mengenali suamimu bukan sehari dua.  Bukan kau kenali dirinya selepas akad nikah sahaja.  Malah kau telah mengenalinya bagi tempoh puluhan tahun.  Betul - CURIGA KENA ADA.  Tapi, perlukan kau cemburu membabi buta?? 

Melihat suamimu beramah mesra (di hadapan khalayak dan juga dirimu sendiri) dengan wanita yang pertama kali dikenali, engkau sudah mula memuncungkan bibir.  Resah dan gelisah. Wanita itu bukanlah pula seorang gadis.  Wajahnya juga bukanlah secantik Dato' Siti (tapi, mungkin dia agak menarik berbanding dirimu!).  Wanita itu juga tidak mengenepikan dirimu semasa berbual dengan suamimu.  Tapi, cemburumu memungkinkan 'darah memancut dari ubun-ubunmu' yang telah keras itu.

Hanya kerana kau tidak menerima kad nama yang dihulurkan wanita itu (yang kebetulan lebih hampir dengan suamimu), kau menjadi cacing kepanasan.  Hingga kau sanggup mengeluarkan kata-kata 'kalau tak fikirkan penjara, dah lama saya tembak saja!'  Aduhai.... 

Mungkin kerana kau lebih mengenali suamimu, kau tahu sikapnya bagaimana.  Pantang berjumpa perempuan, tak kira gadis, janda, isteri orang - suamimu akan bersikap 'terlebih ramah'.  Itu dirinya yang kau kenali.  Jadi, pantau sahajalah suamimu itu.  Mengapa harus kau humbankan rasa cemburumu ke atas orang yang tak tahu apa-apa?  Renunglah kembali ke dalam dirimu sendiri.  Kau takut bersemuka dengan suamimu, tapi kau ganggu orang lain dengan karenahmu....

Aku 'letih' untuk menghadapi situasi begini.  Kalaulah aku juga bersikap seperti dirimu... entah bagaimanalah suamiku hendak memacu kehidupan sebagai ketua keluarga dan perlu sering ke sini ke sana..

gambar sekadar hiasan

25 ulasan:

  1. bestnya isu kakcik pagi ni..saya nak tengok komen oranglain dulu.Nanti karang saya komen lagi ye kakcik.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Wan..

    wah.. nak baca komen orang lain dulu, ya? :)

    BalasPadam
  3. kakcik. catatan di atas tadi silap eja.

    "orang yang terlalu kuat cemburu adalah orang yang tidak punya keyakinan diri"

    BalasPadam
  4. Dalam hal ini wanita juga yang menjadi mangsa dan pemangsa....

    Yang untung? lelaki lah jugakkkkk.....

    Sabarrrr...

    BalasPadam
  5. Kanda AL..

    susah juga berhadapan dengan orang yang cemburu buta ni.. lepas tu, 'mengacau' orang lain yang tak ada kena mengena...

    BalasPadam
  6. Azie..

    tu la pasal.. yang lelaki tergelak terkekek-kekek, yang perempuan menjeruk rasa...

    BalasPadam
  7. salam kakciks..

    Allah dah janjikan perempuan yg baik utk lelaki yg baik ..
    isteri yg baik utk suami yg baik.dan sebaliknya..Allah lah yg telah tetapkan jodoh kita.. dlm kes di atas banyakkan lah berdoa . mohon Allah pelihara suami kita drpd kelakuan yg tidak baik . kerana Allah jua lah yg Maha Mendengar doa hamba2nya.

    ulasan drpd seorg surirumah ajer

    BalasPadam
  8. satu entry yg bagus untuk acu jadi kan pegangan bila bergelar isteri satu ari nanti..tq kak

    BalasPadam
  9. Salam Ummi..

    itulah.. kadang2, kita melebihkan nafsu dari akal lalu syaitan pun meniupkan api agar marak membakar kewarasan... Moga2 Allah melindungi kita dari segala sifat dan sikap yang tidak elok..

    BalasPadam
  10. Acu sayang..

    Acu pun dah kenal lama dengan Mr EE kan?? Jadi Acu dah tahu dia macamana.. janganlah hendaknya, selepas 'bersama' nanti, rasa macam baru kenal pulak.. Jadikanlah apa yang berlaku di sekeliling sebagai panduan dan pedoman. Laut memang selalu bergelora, jadi pandai2lah kita mengemudikan bahtera..

    BalasPadam
  11. Salam KakCik ..
    Jika siisteri sedar dari dulu akan kelemahan suaminya (yg suka aje melayan semua perempuan kononnya being 'peramah'), siisteri perlu juga pantau mana tau benda yg selamanya biasa tetiba bertukar jadi luar biasa.

    Cemburu = proaktif tu perlu.

    BalasPadam
  12. Seorang penceramah terkenal pernah berkata, resipi utama dalam berumah tangga ialah kepercayaan dan kesetiaan. Wanita boleh aje berlagak tidak kisah di atas sikap lebih ramah suami asalkan ada jaminan kesetiaan daripada suami. Sebenarnya sama ada kita sedar atau tidak, rasa cemburu sebenarnya datang dari rasa gusar dan kurang yakin terhadap suami @ diri sendiri.

    Tak percaya... cuba bayangkan suami terlebih ramah dengan nenek tua yang bertongkat. Sikit pun kita tak jeles kan? Sebabnya...kita yakin suami takkan terpikat dengan nenek tu, dan yakin diri kita lebih baik dari nenek tu. Betul tak?

    Hehehehehe...

    BalasPadam
  13. Salam CS..

    di sebalik apa yang baru berlaku itu, kakcik rasa mungkin ada perkara lama yang terpendam yang kakcik tak tahu.. jadinya, pendaman itu telah menjadi dendam yang membarah dalam hati siisteri sehingga keluarnya ayat ' .... saya tembak...'. Malangnya, siiteri melepaskan api dendamnya untuk membakar orang lain...

    BalasPadam
  14. Vic..

    jika direnungkan, ada benarnya apa yang Vic titipkan itu.. Tapi, zaman sekarang.. dengan nenek pun ada lelaki boleh tergoda! Don't play play bak kata PCK... :)

    BalasPadam
  15. Alid..

    cerita isteri yang cemburukan suaminya, tapi hamburkan kemarahan pada orang lain... :)

    BalasPadam
  16. Salam! Kokcik,
    Teman ni kokcik, tak dapat nak cakap apa2 pasei hati ompuan ni, lagi kita yakinkan deme lagi cacor hati deme. Ape yg teman belajor, elok diam jeler, itupun kot2 nyemedang je yg tak kene. Yang penting, kami lelaki ni jagalah segala keperluan hidup anak2 dia. Munidok, oi mak tuan lagi menyambor....

    BalasPadam
  17. Salam Yop..

    ghasenye takde pompuan yang tak cembughu dengan suami.. tapi, biole bepade2.. takkanle sampei nak senyum dengan oghang lain pun tak buleh! Tumpo ES teman tu kalo teman buat ghope itu - die dah le jenih terlebih ghamah juge oghangnye...

    BalasPadam
  18. cemburu tu adalah biasa cuma kalo ada rasa ragu2, perlu siasat dlu, jgn main serang.. nnti kita yg menyesal

    BalasPadam
  19. Salam Maiyah..

    kakcik setuju tu.. silap2 serang nanti sendiri yang malu.. kan? :)

    BalasPadam
  20. Salam..
    Cemburu buat org jd tak waras. Kalau hati tenang dan kuat ingat pd Allah, setiap langkah akan lebih berhati2 dan tak akan lukakan hati siapa2. Rasanya kena byk ishtifar dan berselawat utk elak gangguan syaitan yg suka jika sesama manusia bergaduh..

    BalasPadam
  21. Salam Niza..

    orang yang kuat cemburu ni, kadangkala kita cakap macam mana pun, tak akan memberi bekas kepadanya.. yang dia tahu iktkan rasa marah yang tak bertepi...

    BalasPadam
  22. salam kakcik...komen member member keatas tu bagi hemat saya semuanya benar belaka.Cew..Wah (bagi saya perasan sekejap)dan saya amat bersependapat dgn vic@diana.Betul tu..antara kepercayaan terhadap kesetiaan suami @ kelemahan diri sendiri.
    Bagi diri saya Alhamdulillah ha b adalah seorang yang penyegan dan kurang peramah orangnya amat berlawanan dgn saya jenis yg tak tau malu ni..keh3..(kata ha b )
    Layan ajela..kakcik teman tu..dia cuma nak melegakan perasaan je.@ lebih afdal suroh dia doakan suami dia banyak2 setiap kali lepas solat drpd duk kacau kakcik tak bertempat.

    BalasPadam
  23. Salam Kak Wan..

    kakcik pun berharap dan berdoa agar suatu hari nanti dia akan sedar untuk tidak menyusahkan orang lain dengan sikapnya itu. Biarlah dia bersemuka sahaja dengan suaminya untuk meleraikan segala kekusutan.

    BalasPadam
  24. Salam kakcikseroja,

    Seorang lelaki, akan menilai perempuan dari pelbagai sudut, tidak hanya pada rupa, gaya, bentuk badan dan sebagainya. Jika dihadapan anda dia berkelakuan begitu, tak mengapa. Itu tandanya dia ikhlas dan memahami anda bersikap terbuka.

    Jika dia berdiam dan bersahaja, itu lebih bahaya. Mungkin dia sedang berpura-pura. Untuk isteri, anda lebih memahami suami anda. Jauh manalah terbangnya bangau "tua" akhirnya dibelakang kerbau "kesayangannya" jua di bertenggek...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com