Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 14 Mei 2010

Langit

terpampang di pandangan
tak tercapai dek tangan
tak terjangkau dek fikiran...


Nasi Lemak TPCA

Teringat nak makan nasi lemak yang dijual di Medan Selera, Hospital Kuala Lumpur. (Lebih dikenali sebagai Medan Selera TPCA).  Tapi, tidak dinyatakan pada suami.  Bukankah isteri yang baik tidak akan menyusahkan suami??? (konon-kononlah..). 

Dah namanya suami isteri.  Hidup bersama pun bukan baru sehari dua atau setahun dua.  Sudah nak masuk 24 tahun.  Tahu-tahu suami menghalakan kereta ke arah Kampung Baru, melalui MRR2.  Selalunya, kami akan keluar melalui Jalan Loke Yew.  Sampai di Medan Selera, kedai pun belum buka.  Baru pukul 6.15 pagi (ayam pun belum bangun tidur).  Tunggu sampai 6.30.  Dapatlah juga makan nasi lemak yang penuh dengan kolestrol ni.  Terima kasih suamiku.


Khamis, 13 Mei 2010

Teramatlah sesaknya...

Keluar dari pejabat (dijemput suami) jam 5.30 petang. Sampai rumah jam 7.10 malam. Masuk saja, adik mengadu lapar. Tergesa-gesa masak nasi goreng bodoh dan telur hancur. Siap saja, azan maghrib berkumandang. Sempat juga tengok penghujung siri terakhir Adamaya.


Tiga kali lampu bertukar hijau, baru lepas

Dari Jalan Loke Yew, masuk ke Jalan Hang Tuah. Sesak juga.  Sempat ambil gambar pintu Penjara Pudu yang tak lama lagi akan dirobohkan.

Kepala pun dah sakit. Rehat dululah. Kalau rajin, esok-esok boleh sambung bercerita.