Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 Disember 2015

Boleh percaya ke pada Google+ yang beribu-ribu ini?...

Aku baca catatan Pakngah Al Lavendari yang ini : http://al-lavendari.blogspot.my/2015/11/apa-kelebihannya-kalau-kita-mendapat.html , aku pun menyibuk sama menyemak catatan-catatan lamaku. Inilah hasilnya :



Nampak tak Google+ yang hampir 6000 tu.  Yang satu itu pula lebih 800.  Tengok boleh, percaya jangan.  Sebabnya?  Bukaan (page view) untuk setiap catatan itu hanya ada beberapa ratus sahaja. dari mana pula datangnya perkongsian Google+ sampai beribu-ribu, kan?

Hentam sahajalah labuuuu...

Kashmir - edisi terkenang-kenang...

Gambar-gambar ini diterima melalui whatsapp, jadi sudah tentu bukan aku yang merakamkannya. Mungkin dari kamera atau telefon Zura, Nadia, Lina, Zubair (yang telefon Yan sentiasa ada padanya) atau Iyra...

Senyum-senyum juga tapi telefon tetap tak lepas dari tangan dan pandangan...

Zura yang sentiasa ceria dan menceriakan.  Sayangnya gambar ini agak goyang, mungkin tukang rakam sedang lapar kot...

Di Pari Mahal - satu-satunya hari yang aku tidak berjubah sewaktu di sana...

Nampak sangat aku berjalan senget gara-gara hendak mengimbangkan kakiku yang sakit...


Cantik daun ini...

Kesejukan...

Sama tua agaknya bangunan di belakang itu dengan usiaku...

Teman sebilikku - Lina dan Yan...

Terima kasih Lina sebab sudi mengurut kaki mak yang sakit...


Peace yoooo...

Dua-dua ada masalah kesihatan, namun syukur kerana Allah beri kami kekuatan - mental dan fizikal...

Berangan bukan kena bayar, kan?...

Gambar ini sah-sah Zubair yang rakamkan...

Kenapa menjeling tu Lina?...


Tengok gambar ini pun boleh senyum mengingatkan keceriaan Zura...


Kami juga ceria...

Terima kasih Nad sebab bagi mak duduk tepi tingkap...

Cantik latar belakang tu, kan?...

Nad niiii... lembu itu pun dia nak usik! Hehehe...

'Cantik rupamu tidak bermakna bila kau tak mampu menjaga harummu'...
(Terima kasih Zura untuk gambar ini)

'Mak tahuuuu...banyak khasiatnya teh saffron ni tauuuuu'...

Hahaha... pandai Zura curi ambil gambar ni!
(Apa-apa pun, powerbank tu sangat penting tau)

Selasa, 1 Disember 2015

Nampak tua sangatkah aku?...

Gambar-gambar berikut dirakam di satu jamuan makan yang dianjurkan oleh Kumpulan Hospital Pantai Lembah Klang/Selangor.
Tarikh : 26/11/2015
Tempat : Kuala Lumpur Golf and Country Club

Ada orang kata, aku kelihatan seperti mak kepada suamiku.
Tua sangatkah wajahku itu?
Orang nak bagi makan pun, dia boleh tarik muka lagi!
Mana tak nampak tua!!
Berangan ke Yeop?
Pandai pun senyum!