Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 10 April 2021

Si Omot...

Makcik panggil dia Omot sebab masa baru-baru sibujang makcik ambil, makcik nampak dia sangat comot.  Sibujang bagi nama Maha (Maha apa makcik tak ingat.  Kucing sebelum ini dia bagi nama Muffin Mufasa - makcik panggil Katak sebab suka duduk macam katak.  Satu lagi Mehit Muezza, makcik panggil Mok atau Omok sebab dia gemuk).

Si Omot ini masa baru diambil, diletak dalam sangkar, dia tunjuk perasaan.  Bekas makanan, minuman dan pasir semua dia terbalikkan.  Lepas itu dia baring terlentang dalam sangkar dengan kaki terjulur keluar.  Tenaganya kuat.  Dia boleh renggangkan pintu sangkar dan lari keluar.  Bila dalam sangkar, dia akan terangguk-angguk menggigil dengan air liur meleleh dari mulutnya (takkanlah air liur keluar dari mata, kan?) sehinggakan suami makcik menyangka dia berpenyakit.

Satu hari, dia terlepas.  Puas dicari, tak jumpa.  Sampai macik masukkan dalam grup whatsapp jiran setaman.  Bila jumpa, dia lari dari bawah satu kereta ke kereta yang lain.  Beberapa jam juga hendak mendapatkannya semula.

Sejak itu, Sibujang tidak lagi meletakkannya ke dalam sangkar.  Dia pandai balik untuk makan minum dan berehat di hadapan rumah.  Tapi dia sangat garang.  Kucing lain tak akan dia bagi muka.  Semua dia hambat.  Kaki kami anak beranak juga dicakarnya   Anak-anak cucu semua tak berani mendekatinya.


Tengoklah betapa besarnya dia.



Kebelakangan ini dia sudah mula mahu bermanja.  Pantang pintu terbuka, dia akan masuk ke rumah.  Tapi kena pastikan tiada kucing lain di dalam.  Nanti akan jadi perang saudara. Dia seronok bila diusap dan diurut, tapi lepas itu dia akan cuba cakar atau gigit tangan kita! 
 
Muffin dan Mehit terpaksa mengalah bila Omot masuk.  Kenalah diletak ke dalam sangkar mereka.  Permaidani juga tidak boleh dihamparkan takut jadi tandas mereka.  Lagipun susah hendak membersihkan bulu yang melekat...

5 ulasan:

  1. haha..kiranya dia ni abang kawasan la walaupun baru datang.. memang jenis kasar la kot sampai tengah manja2 pun boleh gigit orang..

    BalasPadam
  2. hihihi.. memang masa ambil tu dha besar ke, kak cik?

    kat rumah sy berlaku jugak perang suadara, yg nyerangnya betina yg diserang jantan, huhu

    BalasPadam
  3. hehehhe muka pun gangster je nampaknya tu kakcik...
    kucing rumah dana pun suka gigit tangan dan kaki kita, tanpa mereka kata yg mereka sayang cuma kadang cara tu kasar hehehh

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Cik,
    Alhamdulillah, dapat juga menyambung semula aktiviti berblog ni, dapat juga jumpa kembali Kak Cik ni. Ini cerita miew yer Kak Cik. Cantik nampak miew tu..Dah besar kan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com