Pertama kali mengenali wanita yang 'pangkat' anak kepadaku ini semasa kami sama-sama bercuti ke Bali pada 2015. Dalam tahun yang sama, kami bercuti bersama lagi ke Kashmir. Selepas itu adalah beberapa kali kami bertemu.
Baru-baru ini beliau telah membuka peniagaan di restoran yang diberi nama Rumah Makan Rizqi Ibrahim. Nama yang diambil semnpena nama anak sulungnya yang kini berusia hampir setahun.
 |
Semoga peniagaan yang Nadia jalankan akan terus berkembang maju sehingga mampu membuka cawangan nanti. InsyaAllah. |
 |
Antara hidangan yang disediakan adalah nasi ayam. |
 |
Nyamannya minum air kelapa. |
 |
Di hari lain, kami bertemu lagi di restoran Nadia. Malangnya makcik tak dapat berlama-lama kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. |
 |
Hidangan belum sampai, kita bergambarlah dulu. |
Rumah makan Rizqi Ibrahim ini menyediakan hidangan seperti nasi ayam penyet, nasi kerabu, nasi ayam, sup dan lain-lain lagi. Ia terletak betul-betul berhadapan dengan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kg. Bharu, Kuala Lumpur.