Kawan-kawan kakcik

Isnin, 22 Jun 2020

Lebuhraya sesak semula...

Pandangan melalui cermin sisi

Pandangan hadapan

Pemberitahuan

21/06/2020 = 29 Syawal 1441, bersama anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan adik-adik bersama keluarga mereka, makcik ke Gerik.  Di sana ada kakak makcik dan keluarganya.  (Kakak sebapa berlainan ibu).

Sehari sebelumnya, kami bergerak dari Kuala Lumpur dan bermalam semalaman di Kuala Kangsar.  (Nanti cerita kemudian).  Balik dari Gerik ke Kuala Lumpur, kami yang menaiki 5 buah kereta, terperangkap dalam kesesakan di lebuhraya.  Tempoh perjalanan bertambah 2 jam (mujur tak 12 jam...hahaha).

Oh...semua orang mengambil kesempatan untuk keluar sarang selepas lebihkurang 3 bulan terkurung.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke rumah walaupun pinggang rasa nak patah...

9 ulasan:

  1. masing-masing dah mula balik kampung atau keluar bercuti kan kakcik...

    BalasPadam
  2. Sekarang dan terkini..asal ada waktu terluang masing-masing balik kampung dan keluar bersama keluarga kan kak.Tak dapat bayangkan aidiladha nanti.

    BalasPadam
  3. saya masih belum berkesempatan balik. done follow blog ni :)

    BalasPadam
  4. Masing2 nak lepaskan gian perjalanan rentas negeri

    BalasPadam
  5. Dah habis syawal ye kakcik. tp org tetap ambik peluang beraya dgn balik kg. tak kesah lah raya dah hanis. janji dapat jenguk kampung.

    BalasPadam
  6. Masa acu balik minggu pertama dibenarkan rentas negeri tu, highway lengang je.
    Tak banyak kereta macam ni.

    BalasPadam
  7. sekarang kalau hujung minggu je highway jadi sesak je kakcik. semua nak balik kampung walaupun sekejap je. Risau kot2 PKP ketat lagi lepas nih.

    BalasPadam
  8. Sebab itu saya balik ke kampung pada hari Jumaat, dan balik semula ke KL pada hari Isnin. Saya mengelak untuk masuk hiway pada hari Sabtu dan Ahad. Serik.

    BalasPadam
  9. Ialah sekarang balik kerja pun jalan dah jam macam biasa semula huhuhuuu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com