Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 Januari 2020

Seketika di Padang Besar...

Isnin (30/12/202019) - suami bertugas pada hari ini.  Jadi, aku dan anak-anak, menantu serta cucu-cucu bercadang untuk jalan-jalan ke Padang Besar yang bersempadan dengan Thailand...

Berjanji dengan seseorang untuk menjemputnya di lobi hotel pada jam 8.15 pagi.  Jam 8.00 dia dah terpacak menanti. Malangnya yang dinanti itu hanya tiba pada jam 9.25 pagi!

Sementara menanti yang ditunggu, kita bergambar dulu.  Ah...biarlah orang nak kata apa.  Dah tua ke apa ke.  Suka hati kitalah kan?

Rupa-rupanya tempat membeli-belah di Padang Besar itu sedang diubahsuai.  Banyak gerai dipindahkan ke sini - Padang Waremart.  Baguslah juga. Lapang dan setingkat sahaja.  Tak perlu hendak turun naik tangga dan melalui kakilima yang sempit dan sesak.




Bawang Siam.  Sekilogram RM13.00.  Ambil gambar saja.

Jalan-jalan dan tengok-tengok sahaja.  Tidak membeli satu apa pun untuk diri sendiri...

...hanya biarkan anak bujang ini cari apa yang dia berkenan.

Dalam perjalanan balik ke hotel (memakan masa lebih kurang satu jam perjalanan), kami singgah di sini.  Lebihkurang jam 2.00 petang.  Orang punyalah ramai...

...hanya ini yang dapat diambil.  Alhamdulillah.

4 ulasan:

  1. tak suka betul jenis orang yang janji nak ambil tapi tak tepati masa... lagi lah bila berkaitan kerja...

    sekarang dah makin elok tempatnya ya kak, dulu dana pernah pergi tahun 2005 rasanya padang besar dia punya pasar tu panas, dan panjang... tak la nampak tersusun mcm akak tunjuk tu

    BalasPadam
  2. Baru ke sana. Sendat sangat keadaan di sana . Susah nak bernafas tgk lambakan jualan merata rata. Hrp2 tu cepatlah kerja pengubahsuaian tu.

    BalasPadam
  3. Cet... tak baik betul orang yang ditunggu tu janji dicapati. Sabar yolah.

    Tak ingat dah tahun bila Mrs.A sekeluarga pernah juga ke Padang Besar.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com