Suatu pagi, sekitar jam 4.00 pagi, aku yang tidak boleh lena dan suami yang baru terjaga dari tidur, keluar berdua untuk 'melawat kawasan'. Begitulah kami, sesekali bila mata tidak mahu lena, kami akan keluar dengan menaiki kereta untuk melihat suasana pagi di sekitar Ampang atau Kuala Lumpur.
Sambil berbual berdua, mata juga asyik memerhati suasana sekeliling yang biasanya sunyi sepi. Kadangkala kami singgah di kedai mamak yang masih buka sekadar untuk menghirup minuman panas. Terlihat juga anak-anak muda yang duduk-duduk dengan bungkusan minuman di atas meja dan telefon bimbit di tangan masing-masing. Walaupun beberapa orang, tapi masing-masing senyap menumpukan perhatian pada telefon sendiri.
Lebih menarik perhatianku pada keluarga (ibu bapa masih muda) dengan anak kecil di bawah 2 tahun pun masih melepak di kedai mamak pada waktu itu. Mungkin agaknya rumah mereka tidak selesa untuk didiami atau pun sekadar untuk mengisi perut yang lapar.
Satu lagi pemandangan yang mencuri perhatianku adalah mereka yang tidur lena di kaki-kaki lima. Ada yang tidur tanpa beralas apa-apa selain simen kaki lima itu. Ada juga yang berselimut dengan sehelai kain. Semuanya kelihatan nyenyak tidur mungkin sedang dibuai mimpi indah. Tak perlu pun tilam dan bantal yang empuk lagi selesa.
Aku? Ada tilam, bantal, selimut dan bilik berhawa dingin. Masih juga mata enggan lena apa lagi hendak menganyam mimpi.
Begitulah. Jangan fikir orang yang ada segalanya itu, bahagia hidupnya. Begitu juga sebaliknya...
selamat pagi isnin
BalasPadampatut selalu tengok kakcik berjalan-jalan waktu awal pagi...setelah mereka berpenat lelah dapat melelapkan mata mesti nyenyak tidurnya... bersyukur kita masih ada rumah yang selesa untuk berteduh
BalasPadamSangat betul..kerana segenap rasa dijiwa itu unik..kadang tidak mampu dipengaruhi dengan apa yang lengkap dimiliki kan kak..
BalasPadamkemewahan bukan jaminan kebahagiaan.
BalasPadamTapi kalau nak bahagia, kemewahan itu perlu
Rasa tersentuh baca post ni sebab kadang2 pun saya akan berfikir benda yang sama.
BalasPadamKadang2 tak payah keluar, bila baring atas katil je, fikiran terus terfikir to those who's unfortunate, yang tak ada apa yang saya ada. Betapa bersyukurnya saya.
Alhamdulillah, sy masih lena tidur, ada tilam, bantal dan selimut, buka tingkap luas2, cuma selalu diganggu dengan mimpi nak buang air kecil tapi tak jumpa bilik air yang ok, hahaha. Tapi, kalua terjaga 4 pagi, kebarangkalian utk sy keluar jalan2 tu macam tak mungkin aje, hehehe.
BalasPadamRajinnya kakcik dua orang keluar time tu
betul tu..kita rasa kita ada segalanya..tapi persoalan nya betul ka hahah
BalasPadamAllahu. dengan melihat sekeliling, banyak yg kita dapat kutip kan :(
BalasPadamRajinnya kakcik n abg bob keluaq pagi2 gitu...betoi tu... Kadang pusing kiri kanan tepuk bantal...mata masih segar bugar
BalasPadam