Kawan-kawan kakcik

Rabu, 25 September 2019

Dugaan belum berakhir...

(Isnin = 23/9/2019)...satu-satunya kereta yang kami ada, dilanggar dari belakang 😣
(Mangsa) Terperosok hingga menyebabkan beberapa sistem elektroniknya tidak berfungsi...

(Pemangsa) Hanya patah nombor plet

Berbincang

Laporan susulan di IPD Petaling Jaya pada waktu malam

Ini kisah yang  kukongsikan di facebookku...

PERMUDAHKAN URUSAN ORANG, ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA.

Susulan kemalangan yang kami alami semalam :

Sebaik sahaja menyedari kereta kami dihentam dengan kuat dari belakang, kami terpinga-pinga seketika.  Aku pandang ke depan, tiada apa-apa pun.  Rupa-rupanya belakang yang kena. 

Kereta memang sedang berhenti kerana kesesakan jalanraya.  Suami turun dari kereta sambil buat isyarat tangan 'apa dah jadi?'.   Tengok gayanya yang hanya berbaju 'pagoda' ketika itu, sekilas pandang orang akan fikir dia seorang 'apek'.

Apek kereta yang melanggar kereta kami datang menjenguk ke dalam kereta kami.  Sebaik dia melihat aku, itulah yang terpacul dari mulutnya ' eh...you Melayu ka? '.

Selepas beberapa ketika berbincang dan untuk mengelakkan kesesakan berlarutan, kami bergerak ke destinasi masing-masing.  Kereta Mr Lim (Apek itu) hanya pecah nombor plet sedangkan kereta kami terperosok bahagian belakang hingga menyebabkan sensor yang berkaitan sistem elektronik kereta seperti sistem kuncinya tidak berfungsi.

Mr Lim setuju agar suami membuat tuntutan insurans dan sama-sama membuat laporan polis.

Cerita Mr Lim pada mulanya dia sangat risau sekiranya berlaku pergaduhan.  Tapi bila dia melihat suami datang kepadanya dengan tenang dan senyum sebaik berlaku kemalangan, ' saya rasa sangat lega dan hilang takut' katanya.

Petang semalam, suami membuat laporan  di Balai Polis Trafik Pandan Indah tetapi diminta pula ke Balai Polis IPD Petaling Jaya.   Sampai di sana, polis yang bertugas di pintu masuk memberitahu 'sistem offline'. 

Mendengar itu, suami menelefon Sarjan wanita yang telah menetapkan temujanji pada jam 9 malam.  Sarjan itu memberitahu, boleh berjumpa.  Disebabkan masih awal, suami solat Isyak dulu di surau IPD tersebut.

Urusan seterusnya berjalan lancar dan Mr Lim pun datang sama membuat laporan.  Alhamdulillah.

Cuma sekarang,  bila kereta masuk bengkel, apa kenderaan yang kami ada? 😢.

Mungkin beberapa jemputan kenduri hujung minggu ini pun tidak dapat dihadiri. Untuk ke pejabat,  suami mungkin boleh menumpang kereta anak kami...

9 ulasan:

  1. Haiya itu apek main phone kah..Jalan jem pun boleh sondol kereta depan..hehe

    BalasPadam
  2. Itulah kakcik, kita dah berhati-hati..tapi kecuaian orang lain kena jugak. Dah takdir. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  3. apek tu takut lah kakcik bila sekarang ni banyak kes pukul kat jalan raya, tp nasibla apek kakcik yang berpagoda tu cool je orangnya.Moga di permudahkan semuanya kakcik, teringat masa kereta myvi saya kene langgar keadaannya lagi teruk sampai nak gerak pun tak boleh. Sebulan lebih jugakla kami gunakan kancil untuk ke mana-mana.

    BalasPadam
  4. nasib baik mangsa dan pemangsa bkn jenis panas baran...

    BalasPadam
  5. Selagi ada toleransi.. InshaAllah menjadikan banyak urusan mudah. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah segalanya mudah.... Cuma nak tunggu repair tu..patah la kaki

    BalasPadam
  7. oohh bab eksiden ni bila baca jadi saspen, ingatkan jadi gaduh besar ke ape. Huhuhu

    Alhamdulillah semua selamat. Kak bsabar dulu ye sementara kereta masuk bengkel, insya Allah ada hikmah nya tu.. done follow sini #1173

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com