Kawan-kawan kakcik

Rabu, 14 November 2018

Jantung bengkak dan paru-paru masuk air...

...asalnya pergi ke bahagian kecemasan hospital kerana semput dan kesukaran bernafas...

Tiba di bahagian saringan, pembantu perubatan bertugas mendapati pernafasanku 'ketat sangat'.  Terus di bawa ke ruang athma untuk diberi sedutan hydrocort (betul ke ejaan tu?).  Sambil itu sibuklah pembantu perubatan dan pegawai perubatan mengambil bacaan tekanan darah (180/103) dan memasang jarum di tanganku (ini satu lagi masalah, selepas 5 ke 6 kali cucuk, baru dapat urat yang betul - lebam sana sini tapi aku dah biasa).

Selepas ambil sedutan gas, masih belum reda kesakitan dada.  Lalu aku diberi katil untuk berbaring (masa itu hari Sabtu 10/11/2018 jam 10.30 malam).  Kemudian dilakukan ujian ECG dan disorong ke bilik x-ray.  Darah juga diambil.

Suami yang menghantar, aku suruh balik dulu kerana aku terdengar yang aku mungkin akan dimasukkan ke wad.  Ujian ECG agak cantik tetapi ujian x-ray, agak mengejutkan.  Jantungku sedikit bengkak dan paru-paruku ada banyak air.  Sejenis ubat dimasukkan dan aku dipasang tiub untuk mengalirkan air kencing. 

Jam 4.30 pagi (Ahad 11/11/2018) aku disorong ke wad.  Sepanjang malam langsung tak boleh melelapkan mata hingga ke siang.  Isnin (12/11/2018), aku minta keluar wad.  Sebeban ubat dibekalkan.  Dan dari tarikh ini, nampaknya aku sudah mempunyai jadual temujanji yang berulang-ulang di hospital...

Sesungguhnya hargailah waktu SIHAT sebelum tiba waktu SAKIT walaupun bagi yang mengikuti blog ini, pasti tahu bahawa tahap kesihatanku sentiasa turun naik.  Tak mengapa, Allah mahu aku sentiasa ingat padaNya kerana aku ini manusia yang sering lupa...

12 ulasan:

  1. Moga rutin kakcik dipermudahkanNYA dan moga cepat sembuh hendakNYA.

    BalasPadam
  2. Banyakkan berehat kakcik..Semoga kesihatan kakcik bertambah baik.

    BalasPadam
  3. Semoga mak cepat sembuh..sama ngan SA mak..tapi SA lebih pada uncontrolled Hypertension dan effect jantung sedikit...

    BalasPadam
  4. Allah, dana dh pernah rasa kakcik, masa msk ward tahun lps tu... badan bengkak2 sbb masalah tu la... sampai skrg ikut followup doktor... moga kakcik cpt sihat ya... sama2 kita jaga kesihatan ya kakcik

    BalasPadam
  5. Allahu..bila cucuk banyak kali tak jumpa urat...tu..sakitnya subhanaAllah.Sihat itu nikmat..sakit itu juga nikmat...nikmat yang kadang lebih luar biasa..moga kakcik diberi kesembuhan dan kekuatan..aamin,

    BalasPadam
  6. Maa Shaa Allah kakcik, syafakillah ya semoga Allah bagi kesembuhan selepas ni
    Banyakkan berehat kakcik ya..

    BalasPadam
  7. Semoga cepat sembuhnya.
    Kena makan ubat ikut jadual.

    BalasPadam
  8. Semoga kakcik kembali sihat.. Dan dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  9. Semoga Kak Cik cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan...aminn

    BalasPadam
  10. kakcik,sakit kita hampir sama,saya ada masalah jantung jugak,air berkumpul kat kaki,perut,paru2
    dok tunggu pihak spital call utk interview
    utk dapatkan bantuan dari tabung kebajikan..mau amik masa bertahun..

    BalasPadam
  11. Moga cepat sembuh ye KC... jangan ngelat makan ubat tu
    Saya takut nak ke sepital KC. Saya takut nak melalui ujian ujian tu semua....
    Memanglah KC, dah beralih tempat tidokan.....

    BalasPadam
  12. sian kat mak...mak jaga diri ye...sakit tu tanda Allah sayangkan kita...mak sabar byk2 tau, makan ubat..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com