Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 November 2018

Bertemu blogger Akak Too...

Alhamdulillah. Selepas beberapa tahun dapat bertemu semula dengan Dikmah @ Datin Rahmah  (blogger Akak Too).  Sayangnya blog yang banyak bercerita tentang kehidupan keluarga terutama anak-anak gadis Datin Rahmah ini sudah hampir setahun tidak dikemaskini...
Kami bertemu pada pagi Sabtu (3/11/2018) di kediaman Dikmah...

...bila makcik menghantar tempahan 6 bekas lontong dan 3 bekas bebola donut.  Makcik dan Dikmah kenal melalui blog lebihkurang 10 tahun yang lalu.  Bagaimanapun, kami jarang bertemu.  Kali terakhir makcik bertemu beliau lebihkurang 4 tahun lalu.  Sejak itu kami hanya bersapa melalui laman instagram atau whatsapp sahaja.  Mudah-mudahan persahabatan kami akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.  Aamiin.


Alhamdulillah, melalui perniagaan kecil-kecilan yang makcik dan anak usahakan, makcik dapat bertemu dengan kawan baru dan bertemu semula dengan kawan lama.  Apa yang penting, selain menjalin ukhwah mudah-mudahan masakan makcik memuaskan hati semua yang sudi membeli.

Sedap di tekak kita, belum tentu sedap di tekak orang lain.  Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat kita semua...

7 ulasan:

  1. Rindulah dgn akak. Suka baca blog dia.Tak pernah jumpa tapi selalu bertegur sapa melalui blog dulu dulu.Semoga Datin sihat sentiasa.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..indah susunan Allah kan kak...moga akak tetus sihat..perniagaan akak terus berkembang..silaturahim pun semakin kukuh.

    BalasPadam
  3. bila lah nk merasa ni kakcik... nk add no wassap kakcik la... mana tau dtg gatal teringin nk menerai hasil air tangan kakcik n anak... boleh wassap je....
    n mana tau kebetulan kakcik ada nganto area2 opis dana ni kan...

    BalasPadam
  4. Itulah kan KC .....indahnya bersilaturahim. Ohh patutlah saya tak berapa cam dengan blog Dikmah ni....
    Seronok pulak tengok KC berniaga...

    BalasPadam
  5. seronok dapat berjumpa sahabat alam maya ni kan...mesti banyak cerita yang diborakkan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com