Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 30 November 2018

Bangunlah Adib...

Muhammad Adib bin Mohd Kassim

bangunlah Adib
lawanlah kesakitan itu
kau masih muda dan bertenaga
saat ini tidurmu diiringi doa
dari keluarga dan entah siapa-siapa
kami tak pernah mengenalimu
kau juga tidak mengenali kami
namun kau telah peruntukkan hidup dan nyawamu
untuk berbakti

bangunlah Adib
bangun bukan untuk melawan
bangun bukan untuk mencari kesalahan
tapi bangun untuk terus menabur bakti
bangun untuk menjadi insan berjiwa murni

bangunlah Adib
dengan izin Ilahi
kau pasti kuat untuk terus berlari
ajarkan kami akan hikmah atas apa yang terjadi...

7 ulasan:

  1. Amin YaRabbal Alamin.
    Touching poem nih!
    Ya Allah kurniakanlah kesembuhan buat saudara seislam kami saudara Muhammad Adib bin Mohd Kasim.

    BalasPadam
  2. Aamin...aamin..aamin..
    Untuk sambung berbudi,,untuk masyarakat dan pertiwi..moga hujungnya nanti setiap peluh yang keluar itu menjadi sedekah dan ibadah.

    BalasPadam
  3. entahlah kakcik..macam2 hal berlaku kat negara kita sejak akhir2 ni...makin hari manusia makin hilang kemanusiaannya

    BalasPadam
  4. Sedihkan KC.... Moga Adib akan pulih dan sihat macm sebelum ni. Insyaallah

    BalasPadam
  5. Adib kuat.. Moga cepat sembuh & dipermudahkan semua urusan..

    BalasPadam
  6. khabarnya dah conscious kan. sedar dah tu. alhamdulillah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com