Kawan-kawan kakcik

Isnin, 16 April 2018

Dia tetap ibu...

...walau siapa pun kamu
sama ada seorang kuli
atau seorang yang berjawatan tinggi
darjatnya tetap di atas kamu

tak perlu kau suarakan apa-apa
dia tahu apa yang kau rasa
dalam debar yang menggoncang dadanya
dia tahu apa yang tidak kena

jangan sembunyikan dukamu
kerana dia membacanya dari riak wajahmu
bercahaya atau redup sinar matamu
sekilas pandang dia akan tahu

saat kau bergembira ria
dan seketika kau lupakan dia
namun dia tetap bahagia
kerana sukamu adalah sukanya juga

bila kau berduka dan berpatah kembali
tidak dia ambil kesempatan untuk memerli
kerana di setiap detik yang berlari
anak-anaknya tetap sijantung hati

6 ulasan:

  1. tetiba teringat kat arwah mak.. huhuhu

    BalasPadam
  2. setuju kakcik..... anak2 ttp tak penah di lupa kan seorang ibu... cuma kadang anak2 je yg lupa ibu nya yg satu tu

    BalasPadam
  3. Ibu mmg sayangkan anak... tp anak belum tentu sayangkan ibu mcm ibu sayangkan anak.. betul tak KC.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com