Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Mac 2018

Bertemu 'peminat blog'...

Tarikh :  11/03/2018 bertempat di Auditorium JPS Ampang.  Memenuhi undangan kenalan suami.  Ambil makanan dengan niat untuk dimakan, maka janganlah dipersia-siakan.

Dewan yang indah, tenang dan lapang.  Diiringi zikir puji-pujian terhadap Allah dan Rasulnya menambahkan kesyahduan.

Bagilah peluang makcik hendak berswafoto sekejap.

Saat makanan sudah dihabiskan dan ingin bangun untuk pulang, kami disapa oleh pasangan muda yang meminta izin untuk duduk bersama.  Wanita comel ini asyik tersenyum kepadaku.  Ketika aku bangun hendak bergerak, dia juga bangun menghulurkan tangan.  Dengan berbisik dia berkata, 'saya suka baca blog akak'.  Terkesima makcik tau...  Bagaimanapun, terima kasih buat Noor yang manis kerana sudi menyapa makcik.  Tak sangka, ada juga yang berminat dengan tulisan makcik yang penuh resah gelisah ini.  Iyalah, tulisan seorang pesara yang kini banyak masa dihabiskan di rumah sahaja.  Walau ada yang mencuit rasa, bukan semuanya sesuai dikongsi di dunia maya...

8 ulasan:

  1. salam alaik. waahhh, dalam diam ada peminat. hehe

    BalasPadam
  2. hehehehe
    untung peminat tegur
    btw nasi kenduri tu nampak sodap

    BalasPadam
  3. bulan ni banyak jugak dapat undangan ke majlis perkahwinan tapi tak pasti lagi dapat penuhi ke tak... huhuhu

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...secara tidak langsung bertambah rakan kan Kakcik..syukur..

    BalasPadam
  5. seronok bila ada org yg kenal menerusi blog kita kan..harap kenal yg baik2 je dan seronok kalau blog kita memberi manafaat utk pembaca..tahniah kakciknurseroja

    BalasPadam
  6. dana pun selalu ternanti2 kot2 blh terjumpa ngn geng2 blogger yg ddk area kl selangor nih....

    BalasPadam
  7. famous kakcik ni... semua orang kenal

    BalasPadam
  8. Nampak tak KC..... mmg ala ala retis tau KC ni hihi... Bila agaknya kita akan terserempak pulak ye KC hihi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com