Kawan-kawan kakcik

Khamis, 29 Mac 2018

Bertemu blogger 'Pangkin Nenek'...

Buat macam mana pun, tak boleh nak 'tutup' wajah makcik yang bulat itu...

Terima kasih Kak Rose @ Kak Yon atas undangan
Menerima undangan dari Kak Rose pemilik blog Pangkin Nenek untuk menghadiri majlis akikah cucu beliau pada hari Sabtu 24/3/2018.  Undangan dibuat melalui pesanan peribadi (PM) di facebook.

Hari yang sama juga, anakku ada temujanji di hospital.  Jadi, tidaklah pasti sama ada undangan dapat dipenuhi atau tidak.  Kak Rose kata, tak mengapa datang lambat asalkan boleh bersua.  Lagi pun jarak rumahku ke Shah Alam tidaklah jauh mana.  Memang saban waktu kami (aku dan suami) berulang ke sana.  Lagi pun pejabat suami memang di Shah Alam dan universiti tempat anakku belajar juga di Shah Alam.

Kak Rose, wanita yang peramah dan sangat lemah lembut orangnya.  Pertama kali bersua bagaikan sudah biasa berjumpa.  Sedangkan selama ini hanya bertegur sapa di dunia maya.  Di usianya awal 60an, beliau masih sihat dan nampak jauh lebih muda dari usianya.

Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan Kak Rose seisi keluarga.  Selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi.  Doakan agar kami juga dapat menyusul ke sana lagi...  

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah...dapat berjumpa...dua2 cumil...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kedua-duanya blogger feveret ana, Kak cik pernah bersua di SBB 2017 yang lalu, KY pun pernah undang ana ke majlis di rumah nya tahun lepas namun belum diizinkanNya bersua muka.. cantik kakak-kakak kesayangan ana ni..Alhamdulillah

    BalasPadam
  3. Salam mak ... alin pun ada terima undangan aunty yon melalui PM FB gak (FB Mak ALin) tapi selepas hari kejadian baru mak alin perasan undangan tu ... kalau tak bertemu kita

    BalasPadam
  4. Bagus KC ni.... rajin bersilaturahim....
    Moga ukhwah yyg terjalin akan terus berkekalan hingga ke jannah...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com