Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 31 Mac 2018

Aku tak kuat, tapi aku kena kuat...

kadangkala rasa hendak menjerit
menjerit sekuat-kuat hati
luahkan segala yang terbuku
muntahkan segala yang terpendam

tapi aku tetap begini
kupendam dalam diam
dengan kudrat yang sengaja dikuatkan
dengan tenaga yang sengaja diadakan

atas izin Ilahi
aku bernafas di setiap detik yang berbaki
apa sahaja yang aku tak puas hati
kuadukan kepada Dia Yang Maha Mengetahui

sungguh...
aku tak kuat lagi
sehingga aku terfikir untuk 'lari'
tapi ke mana harus aku pergi
membawa segala duka dan resah jiwa ini...

6 ulasan:

  1. Rasa lemah dan tidak berdaya itu ada kak....PC rasa ada pada setiap kita....cuma macam mana masing-masing mengatasinya...betul...dahulukan menfadu dan minta bantuan dariNya...

    BalasPadam
  2. Nak cakap apa ya kakcik. . Rasa "down" ni payah nak describe. Why not luahkan pd org yg neutral, tidak rapat... At least yg terbuku itu "lepas" Ringan sikit kot

    BalasPadam
  3. nak jatuh tersungkur tak salah, tapi jangan lupa untuk bangun semula. Allah tak pernah tggalkan kita

    BalasPadam
  4. indah bahasa.. terasa duka dan resahtu di hati yang membaca...
    semoga selepas ini semuanya ok...

    BalasPadam
  5. Mudah2an kekuatan itu hadir........

    BalasPadam
  6. Sabarlah KC.... Tengok sekeliling, renungkan wajah anak anak dan suami yg masih mengharapkan kita, moga itu menjadi penguat semangat KC...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com