Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Februari 2018

Aku dan hospital...

...setiap tahun, pasti ada tarikh di mana aku akan menginap sehari dua di wad hospital.  Setakat ini, aku memang 'menginap' di hospital swasta kerana menggunakan kemudahan insurans sama ada di bawah nama suami atau anak keduaku (yang dibiayai oleh syarikat tempat mereka berkhidmat).

Ada juga yang bertanya kenapa aku asyik keluar masuk hospital?

Agak-agaknya hendak jawab macam mana?

Baru- baru ini, aku mendapat ilham untuk menjawab begini : 'aku keluar masuk hospital kerana aku tak mampu hendak keluar masuk Cong Codei (hotel)'... hahahaha...

Minggu lepas, aku diserang batuk dan lelah yang teruk.  Sampai termuntah-muntah.  Anakku yang berada di bawah, mendengar bunyi nafasku yang sangat kuat dari dalam bilik air tingkat atas.  Malamnya, suami bawa ke hospital di Kg. Baru.  Doktor suruh aku masuk wad kerana selepas dua kali menyedut gas, dadaku masih 'ketat'.  Suami minta doktor buat surat rujukan ke hospital yang berhampiran dengan rumah kami.

Doktor pesan agar aku terus ke hospital yang dipilih.  Bagaiamanapun kerana degil dan banyak urusan rumah yang hendak dibuat, hanya esok paginya aku ke hospital tersebut. Anak keduaku menghantar aku ke hospital...

Pertama kali masuk ke wad kecemasan disediakan sarapan.
Kerana tekanan darah agak tinggi, maka wajiblah ubat ditelan.

Memang masalah besar bila hendak mencari uratku
untuk dicucuk jarum.  Mujurlah kali ini doktor
bertugas 'pandai' mendapatkan urat walaupun
bertabur darah mengotori cadar.

Saja-saja ambil gambar dari tingkap...



Untuk alas perut...

Bekal yang disediakan oleh anak ketigaku

Sempat menonton 'Mann'

Inilah jumlahnya untuk penginapan 3 hari 2 malam
(tak akan mampu sekiranya kena bayar sendiri)

10 ulasan:

  1. Semoga cepat sembuhnya.
    Ngalahkan hotel 10 stars

    BalasPadam
  2. hospital hospitality looks good, but bill scare, get well soon!

    BalasPadam
  3. semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa..
    sabar ye kak.

    BalasPadam
  4. Kalau diikutkan tak ada siapa yang nak masuk hospital kan Kakcik..doanya pun nak sihat sentiasa..tapi siapalah kita..ujian Allah nak beri..moga kesihatan kembali pulih...

    BalasPadam
  5. semoga cpt sembuh yer kakk..semoga Allah lindungi kita semua... dulu2 pernah jugak warded hosp KPJ Kajang 10 hari..total bil pun dlm 16k gitu...alhamdulillah ade insurans incek hubby.. kalau nak bayar sendiri, mmg tak mampu la... huhu

    BalasPadam
  6. jaga kesihatan makan minum kak... semoga akak sentiasa dilindungiNya

    BalasPadam
  7. Mampu tengok tak mampu nak menginap di tempat macam tu.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com