... buat pertama kalinya selepas bergelar seorang pesara, makcik berpeluang ke luar negara atas izin En Suami. Sebelum itu, paling jauh pun kami berdua berpeluang ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah Umrah.
Kenangan sewaktu di Tanah Suci. |
Kebiasaannya, bila makcik meminta izin dari pakcik untuk mengikut kawan-kawan bercuti, pakcik akan kata : 'sabar, nanti ada rezeki kita pergi bersama'. Tapi setelah bersara, mungkin ada rasa belas di hati pakcik kepada makcik (kalau dalam Malaysia, semua negeri hingga ke Sabah dan Sarawak pakcik sudah bawa makcik menjelajah).
Bila adik angkat makcik ajak bercuti ke Ho Chi Minh City, pakcik lantas memberi izin. Maka pada tarikh ini di tahun 2015, makcik pun sampai ke Ho Chi Minh City seperti catatan di sini :
Di tahun 2015, beberapa kali makcik berpeluang ke luar negara. Selepas ke Ho Chi Minh City, makcik ke Beijing, Bali, New Delhi (3 kali) dan Kashmir. Dalam perjalanan-perjalanan itu, hanya dua kali bersama pakcik. Selebihnya hanya bersama kawan-kawan.
Selepas tahun 2015, dunia makcik kembali hanya di rumah. Sesekali pakcik bawa (tidak lagi sekerap dulu kerana beliau juga sudah kurang ke luar daerah) mengikut beliau. Hanya di Semenanjung.
Di hati kecil makcik, masih ada rasa ingin untuk 'ke mana-mana'. Namun menyedari kemampuan kewangan dan kesihatan yang terbatas, makcik pasrah dengan segala aturan Allah.
Ada izinNya, adalah. Terutama untuk ke Tanah Suci semula...
Dah kenapa tu makcik? |
Kiranya dah keliling dunia jugak tu KC, saya lagilah kemana pun tidak....
BalasPadamSaya sebenarnya teringin jugak KC nak ke luar negara ni, tp mengenangkan masih ada mak yg dah tua, kalau dulu arwah mak mertua saya sakit, saya laki bini agak berat sikit nak berjalan jauh, takut berlaku apa apa, menyesal pulak seumur hidup...
lama tak nampak makcik tudung pepel tu...insyallah bonda,kalau diizinkan,mana tau ke sana lagi..lebiu bonda
BalasPadamInsyaAllah kak...ada rezeki..akak sekeluarga boleh sama-sama berziarah..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadaminsha allah ada rezekinya
insyallah, ada rezeki nnti tu kakcik melancong ke luar negara ngn cik abg yek....
BalasPadamWah dah banyak tempat juga yang dilawati.
BalasPadamAllah dah aturkan cantik pejalanan kita ni sebenarnya
BalasPadam