Pergi ke seberang dengan berenang
tidak perlu disediakan rakit
bila sudah biasa senang
diuji susah pastinya sakit
Air tasik kelihatan tenang
tidak setenang air di lombong
dari susah menjadi senang
jangan pula bersikap sombong
Anak sendiri pasti disayang
anak orang tidak ditolak
harta yang ada jangan ditayang
kelak nanti menjadi riak
Usah ketawa terbahak-bahak
orang melihat tidak selesa
harta yang ada bukanlah hak
hanya pinjaman dari Yang Esa...
Tapi kat dunia ni orang ukur kedudukan kita melalui pangkat dan harta.
BalasPadamCuma kita kena faham bahawa itu semua adalah pinjaman semata.
agree
BalasPadamberistighfar selalu bila kekadang timbul perasaan riak..
BalasPadamBetul tu kak...
BalasPadamLayang-layang terbang melayang
Ragam zaman sekarang bukan kepalang
Sayang seribu kali sayang
Siapa tiada harta tidak dipandang
Walau pun ketawa terbahak bahak
BalasPadamAda cuak didalam dada
Harta yang ada itulah hak
Jaminan hidup generasi muda
Tak pandai nak berpantunlah KC...
BalasPadamBetul KC harta yg banyak bukan hak mutlak kita. Bila bila masa Allah boleh ambik.
Apa yg penting kita kena sentiasa beringat...
Semoga kita dijauhkan dari sifat sombong, riak dan penyakit2 hati yang lain..
BalasPadamDugaan masa susah/miskin selalu buat kita dekat denganNya... bila diduga dengan kesenangan.. paling takut kita jadi lalai, leka dan lupa...
Usah ketawa terbahak-bahak.
BalasPadamSaya tak ketawa pun. Hihihi.
totally agree kakchik.... kadang bila kaya makin payah nak jaga hati, nak sedekah dengan ikhlas, nak zahirkan rasa syukur dihati dengan apa yang Allah beri
BalasPadamYelah KC....dunia ini pentas ujian, kaya ke miskin ke mmg semuanya ujian. Cuma ujian tu berbeza pada setiap orang
BalasPadam