Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 September 2017

Makanlah, tapi biar berpada-pada...

...tambahan kita yang sudah di hujung usia
bermacam makanan sudah kita rasa
sesekali berlagak macam  orang kaya
sedangkan sedapnya setakat tekak cuma...

Sotong kangkung nama diberi
rasanya tidak seperti dahulu lagi
zaman sekolah kuterkenang kembali
sepinggan limapuluh sen sekarang mana nak cari

Jemput-jemput kucai kubuat sendiri
waktu rajin digoreng bulat sebiji-sebiji
namun rajin hanya datang setahun sekali
yang hendak makan pun diri sendiri

Daging korban banyak didapati
sudah tak tahu hendak masak apa lagi
rendang, sup mahupun kari
sudahnya digoreng bersama halia dan cili

Tilapia goreng idaman suami
sudah tentu di kedai makan ia dinikmati
hendak makan masakan isteri
pelbagai alasan yang dia bagi

Lele itu sebenarnya keli
yang ini jadi habuan siisteri
ada orang katanya geli
tapi bagiku sedap sekali

Entah apa mimpi di suatu pagi
hantu rajin menyapa isteri
maka terhasillah hidangan ini
untuk dimakan mereka yang sudi

Nasi lemak beras basmathi
bila masak panjang sekali
boleh tambah berkali-kali
kalau sedap boleh buat lagi

Seringkas ini lauk yang ada
tetap kusyukur pada Yang Kuasa
janganlah hendak mengada-ngada
kenangkan nasib pelarian sana...

9 ulasan:

  1. adui semuanya menggoda sangat kak. sedapnya nasi lemak basmathi.

    BalasPadam
  2. Semuanya nampak sedap
    Jemput2 kucai tu boleh dibuat daripada nasi sejuk menggantikan tepung gandum.

    BalasPadam
  3. Kakcik....jangan Kakcik...jangan......saya tengah dok cuba kontrol ni.....esok cuba cerita pasai Kakcik pi exercise ka.....posa ka....hahahahahaha...

    BalasPadam
  4. salam kak ita suka baca blog akak..dan pantun-pantun akak..selalu baca aje..ari kelakar lak pantun akak....terus nak komen...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah semua menyelerakan kak...

    BalasPadam
  6. Saya kalau buat nasi lemak pun suka guna beras basmathi KC. Sedap!
    Separuh org mmg banyak pantangnya, itu tak boleh, ini tak boleh, leceh jugak kalau mcm tu kan. Lele tu mmg faveret saya KC, cuma jarang masak sendiri hihi

    BalasPadam
  7. Daging korban tahun saya buat sup & gulai makan dengan kawan-kawan.

    BalasPadam
  8. Pantun saudari memang menarik,
    Membuat hati saya tertarik,
    Gambar makanan sangat cantik,
    baru makan, nak makan balik.

    BalasPadam
  9. Allah... gambar semuanya melaparkan... Sedap nampak semuanya mak :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.