Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 September 2017

Hargailah teguran yang diterima...

...kadangkala kita terlalu dikuasai oleh ego diri.  Bila orang tegur, walaupun teguran itu betul (apalagi kalau tidak betul), pantas sahaja  hati kita berdetik mengatakan orang itu 'menyibuk sahaja'. Janganlah begitu, orang menegur tanda ambil berat (ada pula yang kata 'tiada siapa yang suruh ambil berat.  Suka hati akulah')

Cuba sesekali kita membuat teguran dan teguran kita tidak dipeduli malah ditambah dengan jelingan benci.  Apa kita rasa?  Mesti terasa hati, kan?  Tidak salah kita bermuka manis bila ditegur walaupun hati hanya Tuan Yang Maha Mengetahui...

Suatu hari, aku ke pasaraya.  Seperti biasa aku akan bawa bersama beberapa beg untuk mengisi barang yang akan dibeli nanti.  Beg-beg itu aku 'sumbat' ke dalam satu lagi beg yang agak 'cantik' dan sekali lihat macam beg tangan.  Kebiasaannya juga, aku akan gantungkan beg itu di troli barang. Telefon bimbit dan beg duit aku simpan dalam poket seluar yang aku pakai.

Tiba-tiba seorang wanita Cina yang berpakaian agak seksi menegurku dengan suaranya yang lembut 'is that your bag?'. Bila aku jawab 'yes', dia terus berkata, 'don't put like that.  It's dangerous'. Aku hanya senyum sambil mengucap 'thank you'.  Aku ambil beg itu dan menyandangnya di bahu. Pasti dia puas hati kerana tegurannya diterimabaik.  Beberapa kali sewaktu berpusing-pusing dalam pasaraya itu, aku terserempak dengan wanita tersebut.  Melihat aku menyandang beg berkenaan, dia tersenyum.

Beg itu tidaklah begitu berharga, tapi menggembirakan hati wanita tersebut lebih berharga.


Inilah begnya... (^_^)

9 ulasan:

  1. saya juga tak teragak2 menegur kalau saya lihat ada yg akan membahayakan. Kadang2 bukan terimakasih yg diberi tapi jelingan yg diterima...kepoci tak saya.Seorang ibumuda leka membelek barang disupermarket dgn anak diletak di troli utk bayi tapi tak dilekatkan talipinggang keselamatan. Aduhai..kita yg tgk yg cemas sdg ibu relax saja. Apapun..keselamatan bayi lebih penting dari takut dianggap kepoci. So makcik ni pun tegur.
    Lain is history.

    BalasPadam
  2. lebih2 lg bila dia menegur dgn lembut tak salah kalau kita ikutkan... selagi benda tu tak salah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah ada yang perihatin...dia tidak tahu apa yang kita tahu...maksudnya akak dah simpan hp dan wallet dalam poket seluar..tapi rasa tanggungjawab dia tu yang harus dipuji..mengibgatkat dan akak pun bertindak positif..alhamdulillah..bila kita menghargai kita juga akan dihargai.

    BalasPadam
  4. tegur-menegur tanpa prejudis dan kepentingan peribadi, this is good.

    BalasPadam
  5. insapnyer...
    tak terpikir mengikut teguran juga boleh seronokkan orang lain..Selalu cikgu tegur just cakap tq tapi x buat pun..kalau kawan tegur memang kiter akan jawab balik...betullah sebab ego...astaghfirullah...huhuhu

    BalasPadam
  6. bagus juga bila ada yg prihatin kat kita ni ..
    kdg2 kita ni cuai tak teringat ...
    mrs pip dtg melawat #afbdotmy

    BalasPadam
  7. Tegurlah secara yang paling berhemah.
    Supaya teguran kita akan dianggap sebagai 'ambil berat' bukan 'kritikan'

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum,

    saya pun pernah kena tegur macam puan, berdetik gak dalam hat, awat lak.. tp bila pk blik terus menghargai niat baik dia..hehee

    BalasPadam
  9. Betul tu....mesti dia suka sebab KC dengar cakap dia kan. Walaupun padahal dalam beg tu cuma beg nak letak barang barang je hihi... Tak salah membahagiakan org lain walaupun dengan sekecil kecil perkara ye KC

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com