Kawan-kawan kakcik

Selasa, 22 Ogos 2017

Sejak bila makcik minat sukan?...

Selamanya makcik memang tak pernah berminat untuk menyertai apa sahaja jenis sukan.  Janganlah ajak makcik bersukan.  Memang tak akan menjadi,  Jangankan bermain bola jaring, lari 100 meter pun makcik 'tak pandai'.  Begitu juga rentak tarian, jangan diajak makcik berpoco-poco apa lagi berzumba. Memang langkah sumbang sahaja yang akan tersumbang...

Tapi itu tidak bermakna makcik tidak boleh menjadi seorang penyokong.  Bila nama Malaysia dibawa ke persada antarabangsa atau dunia, makcik yang tak tahu apa-apa tentang 'bola', boleh duduk di hadapan televisyen menonton dari awal ke akhir perlawanan.  Makcik hanya tahu tentang 'gol'. Bila gol dijaringkan, makcik boleh bersorak riang atau mengeluh kecewa.  Sokongan makcik kepada peserta atau pasukan Malaysia tidak akan berbelah bahagi.

Walaubagaimanapun, bila peserta atau pasukan Malaysia kalah, tak adalah pula makcik nak memaki hamun  pasukan lawan.  Adat pertandingan, mesti ada yang kalah dan ada yang menang. Sebaliknya, kadangkala marah dengan pasukan Malaysia yang kalah.  Tapi, cuba makcik yang berada di tempat mereka.  Bila kalah pastinya kecewa. Mana ada orang bertanding hendakkan kekalahan.  Jadi, sebagai penyokong, makcik tidak mahu menjadi penyokong yang membawa rebah.  Sepatutnya terus berbangga dengan mereka.  Berikan mereka semangat agat bangkit semula walaupun mereka tidak sedar pun kehadiran kita...

Makcik sayang negara makcik.  Makcik sokong segala yang baik. Yang tidak baik, walaupun makcik nampak dan rasai, diam-diam makcik doakan agar segeralah yang tidak baik itu berubah.  Andai tidak mahu juga berubah, semoga ia dapat ditukar kepada yang lebih baik.  namun ia bukan perkara mudah. Sesuatu yang 'besar' tak akan terdaya dialih oleh seorang sahaja.  Maka semua orang perlu bersatu hati.  Sama ada menyokong yang baik atau mengubah yang tidak baik...

Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Sekian, sebuah catatan merapu yang mungkin tiada siapa yang berminat untuk membaca atau memahaminya...

11 ulasan:

  1. Kakcik,kita sama dalam satu kapal. Tak boleh bersukan,tak tahu menari walau step yg simple mimple pun. Saya punya 2 kaki kiri. Tapi saya tahu beri sokongan bila pasukan Msia beraksi. Dan memberi sokong dalam apa2 yg membawa keburukan adalah tidak disukai..)

    BalasPadam
  2. tak minat gak sukan tapi kalau lumba lari tu pernah jer join..bola tampar, bola jaring semua tu memang tak pernah main hahaa

    BalasPadam
  3. Betul tu, majulah sukan untuk negara, sama2lah kita sokong untuk kemajuan pasukan negara kita..

    BalasPadam
  4. samalah ngn kakcik, dana sejak ada sukan sea nih, kt umah bukak channel 802 astro arena, terjerit2 nengok bila malaysia lawan... kalau menang hepi kalah kite kecewa tp takpe lenkali blh cuba lg... tentu mereka yg bertanding dh buat yg habis baik kan...

    tak suke bila tgk ada pengulas yg lebih2 mengkritik bila malaysia tak dpt gold, cuba yg mengkritik tu masuk bertanding... mana ada org nk kalah kan...

    BalasPadam
  5. Bab kata KJ, masa sukan aje lah kita boleh bersatu... huhuhu

    BalasPadam
  6. saya pun dari kecik tak pernah bersukan...sebab ada penyakit athma dari kecik, sebab tu sampai sekarang mmg tak reti bersukan, tapi kalau ada game yang melibatkan Malaysia di peringkat antarabangsa of coz saya pun jadi penyokong ikut sama menjerit kat rumah tu...hahaha...

    BalasPadam
  7. Zaman sekolah PC suka bersukan...tapi sekarang naik tangga pun mencungap kak..betul..mana baik kita sokong moga kebaikkan itu berterusan...moga sukan menyatukan.

    BalasPadam
  8. Saya pun bukan orang yang bersukan sangat tapi kalau pasukan Malaysia bersukan memang saya sokong..

    Yang tak bestnya, sepatutnya sukan ni merapatkan hubungan tapi bila tengok bila bersukan asyik nak bergaduh je.

    adat bersukan la, kalah menang, kena terima dan perbaiki semangat kesukanan

    BalasPadam
  9. Apa2 acara sukan yang dipertandingkan kita tentulah sokong team Malaysia

    BalasPadam
  10. Saya pun tak minat sukan walaupun dulu 'ahli sukan' juga. Alahai, setakat lari 100m, 4 x 200m, 4 x 400m jerk. Jaguh daerahlah kononnya. Tapi sekarang ni tengok sukan pun saya malaslah, Kakcik. Acara pembukaan Sukan SEA baru ni, suami saya je sibuk suruh saya tengok, saya sibuk mengemas rumah! Malas ler!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com