Kawan-kawan kakcik

Rabu, 23 Ogos 2017

Hendak ke mana tu makcik?...

Hendak ke mana tu makcik?

Ooooo... makcik nak naik MRT

Jom ke Sg Buloh.
Dari Taman Pertama Cheras, tambang
cuma RM1.10 sahaja untuk pesara.



Satu jam perjalanan sehala untuk menikmati pemandangan.
Tapi bila masuk terowong, tak nampak apa-apa.  15 minit
juga perjalanan dalam terowong tu.

Eh...pakcik dah bawa jalan-jalan pun masih masam muka juga?

Hanya hari cuti (atau bila pakcik bercuti), barulah kami dapat 'jalan-jalan'.  Bukanlah ke tempat yang jauh.  Hanya meluangkan masa berdua di luar rumah.  Pergi bersarapan (sudah beberapa minggu ini, kami bersarapan di Naan Corner kerana ada pelbagai pilihan dengan hanya membayar RM5.00 seorang) dan kemudian fikir hendak ke mana.  Lalu setelah sepakat, kami menaiki MRT hanya untuk melihat-lihat ke Sg Buloh dan berpatah balik.  Itu sahaja.  Kami gembira dengan cara kami dan InsyaAllah tidak menyusahkan sesiapa...

9 ulasan:

  1. sernok jgk kan jln2 gitu kakcik, ngn harga tambang murah mrt lak pagi2 msh lenggang....

    kakcik kene bergaya mcm pakcik la, tgk pakcik nampak muda ngn tshirt n jean gitu....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak cik

    RM1.10 untuk pesara dan warga emas ya

    Memang jimat tu

    BalasPadam
  3. wah.. RM5 seorang tu harga buffet ke?

    sy dah lama tak naik MRT, LRT dan sebagainya.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..betul apa yang akak dan suami lakukan...nikmati masa berdua dengan santai...

    BalasPadam
  5. Dari Pertama ke Sg Buloh, RM1.10 aje? Eh, hari tu saya dari Pertama ke Muzium Negara kena RM1.50 tau.

    Oppsss.... saya bukan pesara walaupun itu dah separuh harga tak silap. Lambat lagilah kalau nak tunggu jadi pesara untuk dapat kemudahan tu semua. Hehehe!

    Dapat jalan-jalan berdua pun best apa, Kakcik. Untung Kakcik tau suami bawa jalan-jalan naik MRT. Suami saya dia boleh pi dulu dengan kawan baiknya naik MRT percuma hari pertama. Mengamuk saya 24 jam lepas tu ^_^

    BalasPadam
  6. Saya pun ada perancangan nak ke Sg Buloh naik MRT KC...tapi belum kesempatan nampaknya.
    Oklah tu KC, tak kacau orang pun. Sementara masih sihat dan kuat ni jalanlah selagi boleh...

    BalasPadam
  7. Kalau mak abah SA duk KL rasanya diorang pun buat benda yang sama mak...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com