Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 Ogos 2017

Apakah nama hidangan dari Sarawak ini?...

Minggu lepas pakcik menghadiri mesyuarat di Kuching (minggu sebelumnya di Tawau dan Kota Kinabalu).  Tidak seperti tahun-tahun dahulu, selalunya makcik mengikut ke mana pakcik pergi. Tapi sejak zaman GST bermaharajalela ini, makcik redho sajalah ditinggalkan. 

Kalau perjalanan dalam Semenanjung dengan menaiki kereta, kadang-kadang pakcik bawa makcik bersama.  Tapi selalunya untuk menjimatkan masa, pakcik naik kapalterbang di waktu pagi untuk pergi dan balik waktu petang/malam hari yang sama kalau mesyuarat itu di Kedah atau Terengganu.

Eh...melalut pula.  Sebenarnya makcik nak tunjuk gambar hidangan yang pakcik makan sewaktu di Kuching (dia hantar gambar ini melalui whatsapp).  Selain dari sayur midin itu, yang lain-lain makcik tak pasti nama hidangannya.  Ada sesiapa boleh beritahu makcik apakah nama makanan itu?  Sajalah makcik nak tahu...





Eh...yang bersusun di belakang itu botol apa? 😡😡

17 ulasan:

  1. Salam Kak Cik. Sangat cantik header blog Kak Cik ni. Simple, menarik & terserlah kebahagian.
    Tentang makan tu...tak tau lah tak kenal pun kecuali sayur midin tu ja...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & salam pagi rabu sis kak cik

    dah tukar heading blog baru ya

    Hehe

    Lauk sarawak nampak sedap tu

    BalasPadam
  3. kita pun tak tau apa makanan tu bonda,ni nak kena tanya orang sarawak ni...hehe

    BalasPadam
  4. Gambar yang 1st tu ikan bilis gonjeng fresh goreng garing, gambar ke3 ikan masak dengan terung dayak (terung masam)

    BalasPadam
  5. Nampaknya orang Sarawak kena beri penjelasanlah.

    BalasPadam
  6. SA kenal pucuk midin je mak sebab semalam dah up citer pasal pucuk midin.,.yg lain2 biar org Sarawak yang jawab

    BalasPadam
  7. yg mule2 tu mcm ikan masin je kakcik

    - pastu udang msk nestum rasanya
    - ni mcm tomyam tp mcm campurannya lain2..
    - midin klu tak kenal mmg lah

    heheheh yg belakang tu btl hiasan mungkin hehehhe

    BalasPadam
  8. Tak tahulah, Kakcik. Macam Kakcik juga, cuma tahu sayur midin tu aje sebab pernah tengok rancangan travel Mat Dan mencari sayur midin di pasar kat Sarawak ^_^

    Tapi gambar pertama tu macam sedap aje. Bukan ikan bilis ke tu?

    BalasPadam
  9. Yg atas tu macam ikan masin bulu ayam ek KC...
    Ni kalau Mia Kassim baca ni harus dia bagi detail nama masakan siap dengan resepi sekali hihi

    BalasPadam
  10. kenal ikan masin goreng tu jee..huhu..

    BalasPadam
  11. Yang ketiga tu macam tom yam...hihi...

    BalasPadam
  12. ikan masin bulu ayam pun sedap kakcik

    BalasPadam
  13. rindunya nak makan sayur pucuk midin tu kakcik
    sewaktu zaman kanak2 pucuk ni la yg biasa arwah mak masakkan sbb takde lauk lain

    BalasPadam
  14. Dah lama tak pergi sarawak

    Kali terakhir dulu sampai kat miri

    Hehe

    BalasPadam
  15. Saya selalunya tak tau nama2 makanan.. yang saya tahu makan je hahai

    BalasPadam
  16. semua saya tak tahu hahaha anyway singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.