Kawan-kawan kakcik

Ahad, 28 Mei 2017

Sedapnya asam pedas di ORDE HERITAGE, Kg. Baru...



Siapa peminat asam pedas?  Sekarang ini ramai yang boleh memasak asam pedas, tetapi rasanya mungkin tidak sama antara satu dengan yang lainnya...

Ini ada seorang peminat asam pedas - terutamanya asam pedas ikan.  Eh! ada ke asam pedas selain asam pedas ikan? Ada...siapa kata tak ada?

Ha... inilah peminat asam pedas tu...
Eh... di mana dia makan ni?  Nampak macam lebih dari satu
mangkuk asam pedas di hadapannya...
Amboiii...beriya-iyanya makan.
Boleh habis ke?

Mari makcik ceritakan.  


Pakcik ini makan asam pedas 'yang sangat sedap' katanya di Orde Heritage (mungkin jika ada yang mencari nama ORDE ini tidak akan jumpa dalam minggu ini kerana dalam proses penjenamaan semula).  Di mana pula letaknya gerai ini?

Gerai ini terletak di Medan Selera Jalan Haji Hashim, Kg. Baru, Kuala Lumpur. Tak susah hendak mencarinya.  Terletak bersetentang dengan kondominium Setia Sky Resindency.  

Nampak tak yang berwarna hijau itu?
Di situlah terletaknya Gerai Asam Pedas yang kita cari...
Jom masuk ke dalam.

Ha...inilah dia.  Sewaktu kami datang, papan tandanya masih
tertulis Asam Pedas Kampong Kampong. Yang penting cari
gerai No 8 dan 9.  Apa pun namanya, di situlah gerainya.

Mintalah apa sahaja asam pedas yang anda ingin makan.  Ada asam pedas ikan jenahak, ikan pari, ikan kembung, asam pedas ekor lembu, daging tetel mahu pun asam pedas udang atau sotong. InsyaAllah, permintaan anda akan disediakan.
Asam Pedas Ikan Jenahak

Asam Pedas Ikan Pari

Bukan setakat asam pedas, lauk-lauk lain juga ada disediakan. Antara yang mendapat sambutan dan menjadi sebutan adalah masak lemak daging salai.

Masak lemak daging salai yang pekat likat melekat.
Dagingnya dihiris nipis dan amat lembut untuk dikunyah.

Selain itu, terdapat juga lauk-pauk lain yang disediakan:

Sotong goreng kunyit
Daging goreng
Ayam goreng kunyit
Udang goreng kunyit


Selain dari asam pedas dan masak lemak daging salai, set nasi putih dengan ayam goreng kunyit yang hanya berharga RM5.00 serta diberi minuman sirap secara percuma.

Gerai ini sebenarnya telah lama beroperasi  dan dikenali denga nama Pondok-Pondok.  Walaubagaimanapun, di Medan Selera ini baru beroperasi selama 2 tahun.  Di bulan Ramadhan, gerai ini tetap dibuka pada sebelah petang.

Selain makan di gerai, anda juga boleh membuat tempahan penghantaran (tiada kos penghantaran dikenakan) seperti berikut :

- Tempahan minima 5 pax
- Tempahan dibuat melalui whatsapp 2 jam sebelum penghantaran
- Lokasi penghantaran sekitar Kuala Lumpur 
-Waktu penghantaran tempahan di antara jam 12tghr hingga 1 petang dan jam 7 malam hingga 8 malam.

Harga set makanan? Antaranya seperti berikut  (set adalah termasuk nasi putih, ulam timun dan sambal belacan serta sebelah telur masin):

- Set masak lemak daging salai - RM11.00
- Set asam pedas ikan jenahak - RM11.00
- Set asam pedas ikan pari - RM9.00
- Set asam pedas ikan siakap - RM9.00
- Set asam pedas daging tetel - RM11.00
- Mee bandung Muar - RM6.00
- Set nasi ayam goreng kunyit - RM5.00
- Set nasi sotong goreng kunyit - RM7.00
- Set nasi udang goreng kunyit - RM7.00

Untuk tempahan, bolehlah whatsapp ke nombor : 016-2073499 (En Azuddin)

Sekali lagi, sekiranya anda ingin menikmati sendiri hidangan yang dimasak panas-panas selepas anda membuat pesanan, datanglah ke

No : 8 dan 9,
Pusat Penjaja Selera Muda
Jalan Hj. Hashim
Kampung Baru
53100 Kuala Lumpur.

Eh... apa cerita pakcik yang makan tadi?  Habis ke dia makan.  Dia tu, kalau tak sedap, memang dia akan tolak ke tepi dan tak akan habis dia makan...


Ha... tu diaaaa...
Inilah pasangan suami isteri pemilik Orde
(Orde adalah dari bahasa lama yang bermaksud 'kebangkitan')
En Azuddin dan isteri beliau Pn Mazlen.  Semua masakan di sini, diolah resepinya oleh Pn Mazlen sendiri. Pekerjanya tidak dibenarkan mengubah apa-apa bahan masakan bagi menjamin rasanya tetap sama dan menepati piawaian beliau.

5 ulasan:

  1. Sedapnya nampak semua makanan tu

    BalasPadam
  2. Banyak gerai jual masakan asam pedas.
    Nak jumpa yang benar2 ump, tu yang susah sikit.

    BalasPadam
  3. Aduhai... sedapnya mak.. dalam claypot pulak tu...

    BalasPadam
  4. Sedapnya la...asam pedas..hui...kegemaran PC sekeluarga...

    BalasPadam
  5. Alaaaa...Asam pedas ngan udang kunyit tu menggoda kalbu la mak...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.