Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 12 Mei 2017

Cencaru sumbat kelapa...

Assalamu'alaikum, Salam Jumaat dan Salam Nisfu Syaaban...

Sementara menanti ilham yang lebh baik untuk dikongsikan di sini, aku kongsikan dulu gambar ikan cencaru sumbat kelapa yang aku masak tengahari semalam :

Sebenarnya, anak-anakku lebih suka makan sambal kelapa
yang disumbat itu berbanding dengan isi ikannya.

Nak resepi sambal kelapa itu?

Mudah sangat.

Kelapa parut secukupnya
Cili api / cili merah ikut kepedasan yang disukai
Beberapa biji/ulas bawang merah
Sedikit air asam jawa
Garam

Tumbuk semuanya di dalam lesung batu
hingga sebati.  Lepas itu sumbat saja
ke belakang ikan cencaru yang telah
dibelah itu.  Goreng dalam minyak
panas yang banyak hingga garing.

15 ulasan:

  1. kami satu family panggil ikan sumbat. sedap!

    BalasPadam
  2. Sedapnya alahai Kakcik. Semalam saya dapat makan ikan bakar cicah sambal belacan. Pergh... meletup nikmatnya tau!

    Bolehlah next time buat ikan sumbat kelapa ni pulak!

    BalasPadam
  3. amboii sedap nya kakcik!
    tq share resepi blh masuk wish list time puasa nanti =)

    BalasPadam
  4. saya suka makan ikan jaket bare back ni. ibu_suri nantilah yang komplen...

    BalasPadam
  5. Boleh dicuba ni..terima kasih kak share..

    BalasPadam
  6. Ana singgah dan follow blog mak. Ana dr group AfBian.

    Sedap nya mak. Mak ana selalu juga buat menu ni. Makan sgn sambal cili memang tak tgk yg lain. Kalau tgk masa puasa boleh jd terliur.

    BalasPadam
  7. dana paling tak suke bt menu nih, sbb lps grg ikan tu minyak jd kotor...
    tp sesekali kalu teringin bt jgk sbb sedap hehehehe

    BalasPadam
  8. Sedapnya...tertelan air liur tengok pic ni...tak pernah cuba buat lagi..ngap je pernah...nnt leh try buat... :)

    BalasPadam
  9. Hmmmmm nyum nyum
    Terasa garingnya kelapa yg digoreng...
    Mmg nak cuba nanti
    Terima kaseh kakcik share resepi

    BalasPadam
  10. wahhh kembung jadinya ikan2 tu yer... terimakasih kak cik, bg resepi, dah lama tak buat, resepi kelapa tuh pun dah ingat2 lupa

    BalasPadam
  11. sedapnya...boleh cuba nanti..kak chik,tumpang tanya.kak zakie purvit mana?lama dia menyepi.kutlah akak tau.

    BalasPadam
  12. ehhh festime tgk kelapa disumbat dalam ikan...klu adik2 suka boleh try buat ni..

    BalasPadam
  13. Sedap ni... arwah mak saya dulu lepas sumbat buat kuah sambal gaul sekali dengan ikan, memang sedap ni...

    BalasPadam
  14. sedapnya makan dengan kuah kari dan sedikit ulam

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.