Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 Februari 2017

Makan-makan di Owlery Dine and Grind...

Tarikh : 10/2/2017 (Sempena hari ulang tahun kelahiran En. Suami, anak menantu belanja makan.  Terima kasih Along dan Kaklong) 

Tempat : Owlery Dine and Grind
               Taman Dagang Avenue
               Ampang, Selangor.

Kalau ikutkan aku, cukuplah beli makanan atau masak sendiri dan makan sahaja di rumah...

Jomlah tengok apa yang dipesan.  Aku cuma pesan teh O ais limau sahaja, makan aku tumpang-tumpanglah apa yang ahli keluarga pesan...


Hiasan comel.  Geram saja Qaid nak buat main.
Mujur ada sudut mainan untuk kanak-kanak, jadi
lekalah dia di sudut itu...

Sibongsuku yang semakin tinggi.

Zayyan ni ikut sikap Atuk yang suka sengih kot!

Teh O ais limau (dalam tiub di sebelah itu air gula)
RM8.00 - huhuhu

Buku Menu

Long Black (RM5.00)

Tiger Prawn Fried Noodle (RM18.00)

Asian Lamb Penne (RM20.00)

Owlery Sambal Fried Rice (RM18.00)

Pancrispy Norwegian Salmon (RM25.00)

Cheezy Spring Chicken (RM56.00)
Apake mehei bebenor?

Orang yang diraikan memegang Teh Tarik
(harga Teh Tarik RM5.00)

Gambar ini dirakam oleh Bangcik
(mak tak ada iPhone)

Ceasar Salad Grilled (RM17.00)

Qaid tiada dalam gambar sebab seronok bermain.
Angah pula memang jarang ada.  Waktu ini Angah
keluar dengan kawan-kawannya...

Semoga  Allah SWT membukakan seluas-seluasnya pintu rezeki buat anak-anak dan menantuku.  Semoga juga mereka menjadi insan yang tidak terpesona dengan rezeki yang dikurnia sehingga menjadi sombong dan bongkak.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin...


13 ulasan:

  1. huiih bonda..boleh tahan harga dia ek...kalau sedap takpe...hehehe

    BalasPadam
  2. allhamdulillah... seronok kakcik bila anak2 belanja... xpa janji senang hati... sedap2 makananannya... selamat hari lahir yer...

    BalasPadam
  3. kedai ni milik suami blogger safurara.. dkna pernah ke sana, menu tak mengecewakan dan berbaloi la dengan harga ...hihiiii

    BalasPadam
  4. alhamdulillah semoga makin murah rezeki along ngn isteri nya...

    semua nmpak menyelerakan tp mmg nape yg last tu mahal sgt, tp tak pelah sesekali apa slhnya kan kakcik

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah......selamat ulang tahun Bang!. Saya duduk kat Taman Cahaya pon tak tahu kedai makan kat Taman Dagang tu! Hahahahahaha...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah semoga panjang umur murah rezeki abg chik

    BalasPadam
  7. Aamiin..semoga bertambah murah rezeki anak2 kak cik

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama. Harga sedikit mahal tapi rasanya tak terbanding jasa ayahnda kerana itu Along dan Kak Long tak berkira.

    BalasPadam
  9. Moga dipermudahkan rutin harian kakcik dan keluarga.. Aamiin..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah..semoga makin murah rezeki anak menantu kakcik

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Ulang Tahun Abg Sado...moga sentiasa dirahmati. Tak perlah KC, mereka nak belanja senentara KC larat lagi. Mak mertua saya dah tak larat dah...
    Cantik gambo makanan tu KC. Style. Mee dia buat saya kecur ayaq liuq. Sedap tak KC mee tu?

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah syukur...moga anak2 dan menantu akak terus dilimpahkan rezeki..ameen..Qaid seronok bermain ya kak...tunggu Zayyan dapat kaki...mesti susah juga nak bergambar nanti..hihi..

    BalasPadam
  13. selamat ulangtahun buat suami kakcik. boleh tahan gak harganya tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com