Kawan-kawan kakcik

Khamis, 2 Februari 2017

Bila sawah menjadi tasik...

ikan sungai kulitnya bersisik
dibuat gulai tambah kerisik
bila sawah menjadi tasik
hati pesawah pasti terusik

masak gulai janganlah cair
kelak tidak berbeza dengan bubur
biar sawah digenangi air
tetap berdoa padi akan subur

nasi dimasak dah hampir hangit
akibat diri asyik berangan
melihat mendung di dada langit
hati di dalam turut terkesan

masa berpantang pakailah bengkung
agar ia mengempiskan perut
jika begini air bertakung
berapa lama ia kan surut

timba air dari perigi
disimbah terus ke atas api
ujian tetap datang dan pergi
tabahlah pesawah dalam menghadapi


...sepertimana mendungnya cuaca dalam gambar-gambar di atas, begitu juga sendunya hatiku di saat ini...

9 ulasan:

  1. Sabar sajalah dalam hati bila tengok keadaan macam ni. Betul2 dah jadi tasik tu

    BalasPadam
  2. bila cuaca mendung, boleh rasa yg mood kita juga turut mendung...
    Semoga semuanya baik2 aja kak cik...

    BalasPadam
  3. sabar akak. ada hikmah besar di sebalik setiap dugaan Allah. Allah tarik sesuatu sebab Dia nak bagi yang berganda lebih baik. Percayalah. :)

    BalasPadam
  4. SubhanaAllah..moga Allah gandakan kesabaran dihati kita semua..amin.

    BalasPadam
  5. Yelah KC....suasana sekeliling ni kadang kadang mmg mempengaruhi mood kita jugak sebenarnya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com