Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Februari 2017

Ambillah...tapi biarlah ia sudah cukup matang...

Di hadapan rumahku ada sebatang pokok mangga.  Dulu ada 3 pokok, tapi dua sudah ditebang oleh Pihak Berkuasa Tempatan atas permintaan suamiku kerana kedudukan pokok-pokok itu yang sangat hampir dengan 'Rumah TNB' atau Pencawang Elektrik.

Pokok mangga yang sebatang ini boleh dikatakan hampir tidak putus-putus mengeluarkan buah. Sudah ramai yang dapat merasai buahnya.  Entah dari mana sahaja datangnya orang yag mengambil buah itu.  Ada yang datang berjalan kaki, ada yang bermotorsikal dan ada yang berkereta.  Ada yang meminta izin dan ada yang mengambil begitu sahaja.

Pernah juga aku 'menyergah' beberapa kali kepada yang mengambil sesuka hati.  Iyalah, datang sampai bawa karung guni.  Kalau hendak makan sendiri, pastinya cukup sedikit.  Tapi gayanya datang menunggah bagai hendak berniaga.  Ada juga yang mengambil sampai habis luruh mangga yang masih putik.  

Kata orang, kalau kita biarkan buah-buah dipokok diambil orang, maka pokok itu akan terus mengeluarkan buah.  Bagaimanapun, bila buah tak sempat hendak matang sudah dikait, pasti akan jadi satu pembaziran...

Aku tak kenal siapa mereka.  Ditegur pun mereka buat 'pekak' sahaja.  Tak mengapalah, aku pun bukan suka makan mangga jika rasanya masam, cuma aku rasa sayang bila buah yang masih putik jatuh bergelimpangan.  Buah itu halal, cuma cara ia diambil (dan kemudian dimakan atau dijual), biarlah Allah yang tentukan hukumnya...



Nampak tak mangga yang masih 'kecil' bergelimpangan dibiarkan.


11 ulasan:

  1. emmm..tulah..at least kalau dibiarkan masakka bagus...kalau tak masak,rasa tak sedap..terus dibuang gitu je...sayang kan bonda..

    BalasPadam
  2. ok saya paham perasaan kakcik sebab rumah kakak saya pun ada pokok mangga yang berbuah lebat tapi tah sapa2 yang selalu ambik. tambahan pulak pokok mangga tu kedudukannya di luar pagar rumah :D

    BalasPadam
  3. Huhu.. Ambillah bile dh matang. Belajarlah untuk sayang.. Huhuhu.. Sian akak..

    BalasPadam
  4. ada org jenis yg tak kisah..
    fikir tekak dia je.

    BalasPadam
  5. Jenis org tak tahu malu dgn org dan tak takut Allah ni Kakcik
    Alahai apalah salahnya minta dgn baik memang kalau org Melayu biasanya mesti bagi punyalah..

    BalasPadam
  6. Biarlah berpada-pada kan kak kalau nak mengambil...lagi satu yang gugur tu sayang sangat...

    BalasPadam
  7. Pokok mangga depan rumah saya pun selalu orang ambik KC. Memang le bukan saya yang tanam tapi jiran sebelah yg tanam. Diaorang ni hambik mmg tak menghingat......Ada jugak sebahagiannya yg lepas ambik tu offer kat saya...

    BalasPadam
  8. Jiran ky pun tanam pokok manga depan rumah, masaalahnya monyet yg petik putik mangga tu n campak2 dlm kawasan rmh akk. Belum smpat matang dh habis buahnya di rosakkan dek bonyet2 tu..

    BalasPadam
  9. sayanglah, bila cukup masak barulah ambik. tak baik camtu

    BalasPadam
  10. perangai dr dulu lg... bkn kt bndr je kak kt kg pn mcm tu jg

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com