Kawan-kawan kakcik

Selasa, 29 November 2016

Makan malam di Royale Chulan, Kuala Lumpur...

Tarikh : 26/11/2016 (Malam minggu)
Tempat :  Warisan Cafe, Hotel Royale Chulan

Baru sampai.
Muhammad Qaid Darwish bergambar dulu.

Kawan bergurau dan kawan menyakat.

Meja yang disediakan.


Teringat kenangan di India...


3 anak lelakiku.  Bangcik tak ada sebab menjalani latihan
industri (internship) di Hotel Istana.

Bila En Suami berpakaian begini, nampak wajahnya sudah
tua (macamlah aku muda!).  InsyaAllah, sebulan lagi genaplah
30 tahun kami bersama dalam ikatan suami-isteri.


Sekadar merasa.  Ambil sedikit dan jangan membazir.


Selain keluargaku, kami juga disertai oleh adik-adik menantuku.


Yang ini sibongsu yang makan.

Muhammad Zayyan Darwish baik je tidur.

Seperti biasa, di usia setua ini aku hanya makan sekadar untuk merasai.  Tidak teruja untuk makan selagi ada.  Dan sayang rasanya bila makanan sudah diambil, dibiarkan begitu sahaja.  Terima kasih pada Along dan kawannya yang membuka peluang untuk kami makan di sini.  


12 ulasan:

  1. Alhamdulillah nikmat bersama keluarga yg lebih sebenarnya kakcik.
    Makan-makan buat kakcik dah tak hairan sangat dah...

    Nampak gaya Zayyan besar nanti lebih besar dari abg Qaid. Montel betul.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah...semua yang kakcik rasa, memang sedap. Tapi itulah, tak terdaya nak rasa semua... :)

      Padam
  3. Seronok kan sekali sekala makan macam ni dengan keluarga :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah....

    anak2 kakcik bang ngah yg nampak lain benar mukanya...
    cik abg kakcik nampak awet muda jgk lah mcm kakcik.... takde nampak tua walaupun ngn songkok gitu heheehhe...
    alhamdulillah moga trs di panjangkan jodoh kakcik n cik abg

    BalasPadam
  5. Meriah nye.. seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai macam ni
    rindu mak :)

    BalasPadam
  6. Dapat berkumpul..makan semeja...subhanAllah..nikmatnya..
    Bagus Qaid kak..tak ngacau adiknya..lena Zayyan tidur...bambam :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillahbatas kurniaan rezeki pada kak cik. Semoga allah tambahkan lagi nikmat dengan bertqmbahnya kesyukuran. Amin 😃

    BalasPadam
  8. Waduh meriahnya....saya belum sampai lagi ke restorannya!

    BalasPadam
  9. Lama tak makan hotel. Kadang tu teringin, Tp nak pergi saja saja, rasa sayang pulak nak keluar duit. Lain org belanjakan KC hihi...

    Geram pulak tengok udang si bongsu KC. Gemuk gemuk berkilat pulak tu.

    Biasalah KC, semakin berumur ni, selera kita tak sama mcm dulu. Walaupun selera tu ada, tp kena beringat jugak nak makan tu.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kakcik,
    Apa kabar? Lama juga Mak Long menyepi. Menikmati juadah bersama keluarga adalah nikmat yang indah mengiratkan hubungan silaturrahim. Benarlah kata Kakcik, bila umur sudah jauh meningkat, nikmat hendak makan segala sudah mula hilang.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com