Kawan-kawan kakcik

Isnin, 21 November 2016

Makan, makan dan makan...

...ada makanan yang kita suka makan dan ada juga yang sebaliknya.  Tapi, sebaiknya, walau macam mana tak suka pun kita kepada sesuatu makanan, janganlah sesekali kita 'membuat muka' di hadapan rezeki.  Mungkin kita tidak pernah merasa susah, tapi tahukah kita betapa ada orang lain sentiasa berharap-harap agar ada yang sudi menghulurkan sedikit makanan untuk mengisi perut mereka yang kosong berhari-hari? 😭😭😭...

Jom tengok gambar-gambar makanan ini :

Makanan di majlis perkahwinan.
Aku pun sudah di hujung usia, jadinya makanan di majlis
perkahwinan bukanlah sesuatu yang 'asing' hingga aku
perlu mengambil sebanyak mana makanan hingga
mungkin mengakibatkan pembaziran. Ambil seadanya
dan makanlah dengan berhemah.
Dalam zaman Ringgit yang makin kecil nilainya, bila makan
di luar bersama keluarga, aku akan mementingkan apa yang
mereka inginkan dahulu sambil otak ligat mencongak.  Tidak
mengapa aku tidak turut makan asal sesekali selera mereka
dapat dilayan.  Mungkin ada yang kata 'dah tak mampu, buatlah
cara tak mampu...'



Ini antara makanan yang dihidangkan kepadaku selama
beberapa hari duduk di katil hospital minggu lepas.  Sebolehnya,
aku ingin menghabiskan semua.  Insaf akan sukarnya kehidupan
waktu kini.  Tapi, ada ketikanya selera dan perut tidak boleh
dipaksa.  Ada rasa dan had yang terpaksa juga diikuti.

Sandwich sebagai sarapan pagi di wad.  Tak mampu dihabiskan
sekaligus, aku makan sedikit-sedikit hingga habis.

Alamak! tertonggeng pulak!
Nasi lemak yang aku makan di sebuah
restoran di Kg Pandan.  Hanya sambalnya
tidak mampu aku habiskan.  Pedas!

Asam pedas ikan kembung yang kumasak sendiri.
Berkali-kali memasak pun tetap ada kekurangan di sana sini
dari segi rasanya.  Jadi, tiada apa yang boleh dibanggakan.

Gambar 1, 2 dan 3 - sengaja aku letak pemegang kunci di situ.
Nampak tak saiz kuihnya sebesar mana?  Setiap paket berharga
RM2.20.  Tapi apam balik di gambar 4 itu, aku memang puas
hati.  Berharga RM4.00, pulut hitam dan kelapanya memang
banyak.  Apamnya pun lembut dan tidak liat.

Bila aku rajin, aku buat juga sambal belacan.  Sedap kalau ada
ulam atau ikan masin masam goreng.

Aku cuba buat putu mayam sendiri menggunakan mihun siam.
Mungkin aku tidak merendam dan mengukus lama mihun itu,
jadi hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan.  Akhirnya
putu mayam menjadi mihun horeng...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

8 ulasan:

  1. Entah kenapa dlm banyak-banyak gambar yg kakcik masak pulak yg menggoda mata kakak terutama asam pedas dan sambal belacan:)

    BalasPadam
  2. Wow sedapnya. Memang kenduri kendara betul i. Masuk cuti sekolah

    BalasPadam
  3. asam pedas saya pun macam mak...suka letak bendi banyak2 mcm tu...ermmm terus lapar balik tgk asam pedas mak....

    BalasPadam
  4. sedap2 balaka nampak menu tuh kakcik... terutama asam pedas ngn sambal belacan

    almaklum asam pds tu mmg masakan feveret dana hehehe...

    BalasPadam
  5. sambalbelacan yg buat sy terliur kak ... amboi nampak pedas sedap ... hmmmm

    BalasPadam
  6. PC setuju dengan Kakzakie..asam pedas dengan sanbal tu lebih mengancam..

    BalasPadam
  7. Seronoknya bila tengok pic dan baca cerita pasal makan2 ni
    Terus jadi lapar nak cari makanan.

    BalasPadam
  8. Betul KC....makan sekadarnya gitu. Kita yg dah semakin tua ni, tak delah nak makan sangat pun mcm dulu dulu. Sekadar rasa ...tp kekadang tamak jugak hihi.... lepas makan nak makan lagi sayalah tu...

    KC saya pun buat sambal belacan semalam...selera saya makan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com