Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 November 2016

Alahai Cik Lopah...alahai Cik Sya...

Sebenarnya, makcik rasa makcik tak sesuai pun nak menulis tentang hal ini.  Tapi naluri mak-mak makcik ni macam suruh tulis la juga...

Makcik tahu Cik Lopah dah bertaraf jutawan sekarang dan sebab itu makcik tak hairan bila Cik Lopah boleh guna duit yang banyak itu untuk mengerjakan rukun Islam yang ke 5.  Alasan apa pun, nafi apa pun, sebenarnya isu itu bukanlah satu isu baru...biar sajalah...

Tapi bila Cik Lopah balik dari menunaikan rukun Islam tersebut, makcik tengok 'kegedikan' Cik Lopah semakin menjadi-jadi, makcik rasa sedih pula.  Makcik tertengok satu rancangan di mana Cik Lopah jadi pengacara, Cik Lopah pakai seluar jeans yang fesyen koyak rabak tu.  Iya, makcik ini walaupun dah tua, tapi taklah kolot sangat.  Makcik faham, macam Puan Rojitah juga, Cik Lopah pakai pelapik warna kulit dalam jeans yang koyak rabak tu. Tapi kalau Cik Lopah tak pakai terus pakaian begitu, rasanya lebih manis dengan gelaran Hajjah yang Cik Lopah pegang.

Kebelakangan ini pula khabarnya Cik Lopah sedang 'berteman tapi mesra' dengan seseorang.  Sekali lagi, makcik rasa sedih.  Nampak macam Cik Lopah yang tersorong-sorong, sedang teman Cik Lopah tu 'main tarik tali'.  Dia macam suka saja nak tumpang nama Cik Lopah tapi tidak begitu menunjukkan minat sangat pada Cik Lopah (Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui).  Kalau iya pun Cik Lopah suka sangat pada dia, tak payahlah tunjukkan sangat 'perangai manis sangat' tu.  Tergesel-gesel, tercuit-cuit, tersenyum simpul malu-malu konon...

Jaga maruah sesuai dengan gelaran dan penampilan, ya Cik Lopah.

Untuk Cik Sya pula, iyalah Cik Sya dah tak sanggup nak berpura-pura lagi katanya.  Dengan membuang tudung (Rujuk : Kewajipan menutup aurat), khabarnya pengikut Cik Sya semakin bertambah. Tolonglah jangan terpedaya wahai Cik Sya. Kita kalau buat baik, ramai yang suka (pastinya mereka orang yang baik-baik juga), tapi bila kita berbuat yang tidak elok, ramai juga turut bersorak ria (fikirkanlah mereka siapa)...

Mungkin Cik Lopah dan Cik Sya akan berkata : 'eh, yang makcik sibuk tu kenapa?  Orangtua kami pun tak kata apa-apa'...

Dunia zaman ini (makcik akuinya), anak-anak adalah Raja (tanda kiamat kian tiba).  Ramai ibubapa jadi semakin 'takut' hendak bersuara walau terhadap anak-anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan sendiri.  Apatah lagi bila anak-anak itu menunjukkan mereka lebih pandai, lebih berjaya dan lebih segala-galanya.  Maka jadilah ibubapa walaupun belajar tinggi ke langit dan berjawatan menyapu awan merasakan diri mereka kerdil dan lebih dungu bila dibandingkan dengan anak-anak sendiri.

Ini hanyalah secebis rasa dari makcik.  Tulisan ini juga makcik tujukan pada anak-anak makcik sendiri dengan pesanan : 'tolonglah jangan rintis jalan penuh berliku dan ditabur onak duri untuk kami ibubapamu menuju ke syurga.  Sudahlah amalan kami juga tidak sebanyak mana, maka doa dari anak yang soleh juga solehah kami harapkan sebagai bantuan'...

8 ulasan:

  1. Kakak kurang mengikuti perkembangan artis jadi tak tahulah kakcik. Moga mereka diberikan peluang utk bertaubat sebelum dijemput izraeil. Sya tu kakak tak dpt tangkap siapa hihi...

    Apa pun moga anak-anak kita mampu mendoakan kita sehingga kita tak ada di dunia lagi kan kakcik.

    BalasPadam
  2. kita samalah kakcik... dana perasan sejak balik menunaikan haji ni cik lopa nampak makin gedik...
    kadang kite yg rasa tak patutnya hajah bt gitu...

    yg cik sya pulak, katanya takmo hiipokrit tp bkn ada sapa2 pun paksa dia pakai tudung... pastu bukak lak... jgn nk tunjuk konon2 mcm diri tu suci, tak suke lah jns yg bermuka2...

    BalasPadam
  3. saya pun perasan kakcik yang cik lopa tu semakin gedik.sekarang ni makin nampak bila dia dengan teman mesranya itu sejak dia berlakon berdua tempoh hari.

    yang sya tu saya tak dapat nak teka siapa kak cik..

    semoga kita smeua dijauhkan sikap begitu.

    BalasPadam
  4. saya ade tertgk juga kak cik sy perasan ape yg kak cik perasan tu tp sbb tak minat dgn drama depa tak minat dgn rancangan tv depa tu sy tak tgk pun .. sekadar alih siaran ternampak live tu .. klu x mmg x paham ape k.cik tulis ni .....

    semoga depa tu dpt menjg adab sebagai gadis islam yg mengikut syariatnya

    BalasPadam
  5. Assalam..

    Saya juga setuju dengan pandangan kak cik....hairan dan pelik..dalam hati saya berkata-kata....harap ada sinar suata masa nnt buat mereka....mari kita doa sama2..insyAllah

    BalasPadam
  6. retis kalau dah rasa terlebih fofular dan banyak follower memang macam tu kakcik :D

    BalasPadam
  7. Mck jarang tgk tv jadi dok dengaq cerita org ja. Moga di buka hati mereka untuk menjadi lebih baik dari sekarang, aamiin

    BalasPadam
  8. Tak ikuti perkembangan mereka.
    Apa2 pun kita doakan agar kita (termasuk mereka) mendapat hidayah dan petunjukNya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com