Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 Oktober 2016

9 hari di wad...

Tarikh : 24/9/2016 hingga 2/10/2016
Tempat : Hospital Pantai Ampang
Sebab : Demam Denggi

Masa ini sudah di hari kedua.
Mula-mula bawa ke wad kecemasan.  Suhu badan 38.6C.
Doktor bertugas kata boleh balik dan sekiranya demam tak surut
dalam masa dua hari, dan ada tumbuh bintik-bintik merah, datang semula
ke hospital.  Bagaimanapun aku minta doktor masukkan sahaja ke wad.

...tak tahulah macam mana 'mereka' buat kerja.  Menitis-nitis darah keluar...

Waktu ini suhu badan sudah meningkat ke 40C.  Dia rasa sejuk menggigil.
Jururawat tak bagi berselimut, sebaliknya suruh mandi atau lap badan dengan
tuala basah.  Kesian tengok dia menggigil.  Bacaan platelet mula menurun dari
250 ke 220 dan terus turun pada hari-hari berikutnya...

...dia rasa sesak nafas dan sakit perut...

Bangcik dan sepupu-sepupunya datang melawat.
Buat lawak pun dia tak mampu nak senyum...

Dia rasa teringin nak makan minum.  Mak dan ayah belikan apa dia minta.
Tapi... dia tidak berselera...

Orang kata, sup ketam elok untuk mereka yang kena denggi.
Aku buat sup ketam dan paksa dia hirup...

Antara ubatan-ubatan yang perlu ditelannya.
Kapsul berwarna coklat gelap itu untuk hati.
Hanya pada hari ke lapan, doktor ganti yang bertugas memberitahu
bahawa bacaan hatinya sangat tinggi.  Sepatutnya 40 ke bawah, tapi
bacaannya meningkat hingga lebih 500 dan kemudian turun ke 300 lebih...

Ada juga yang menyarankan jus daun betik.
Dalam group whatsapp jiran setaman, ada yang memberitahu
jus daun betik ada dijual di restoran berdekatan.  Sebotol ini
berharga RM10.60 (termasuk GST la tu). Botol putih di belakang
itu berisi air zam-zam yang Along minta dari pihak masjid.

Semakin tidak berdaya.  Setiap hari seawal pagi (Sekitar 6.20 pagi) aku sudah
sampai ke hospital.  Mandikan dia sebelum doktor tiba.  Bacaan platelet
berlumba-lumba jatuh...
Bila bacaan platelet hanya tinggal 18, dia disorong ke ICU.
Yang tergantung itu adalah platelet yang dimasukkan ke tubuhnya...

Semua ini pemberian seorang jiran yang baru dikenali.
Kebetulan adiknya (atau ipar?) baru balik dari mengerjakan ibadah haji.
Alhamdulillah, semuanya dimakan dan diminum oleh Muzakkir kecuali buah tin itu.

Kebosanan di wad ICU

Setelah platelet mula naik, dia disorong semula ke wad biasa.

Pada hari Sabtu (1/10/2016), majlis aqiqah untuk cucu keduaku,
Muhammad Zayyan Darwish diadakan di rumahku.  Dia masih belum boleh
keluar, jadi aku bawakan sedikit makanan termasuk kambing bakar yang
dimintanya.  Hanya sedikit yang dia mampu makan... 
...tertidur keletihan.  Bacaan platelet sudah semakin meningkat.

Akhirnya pada hari ke 9, dia dibenarkan keluar setelah bacaan platelet melepasi 70.
Tapi biasalah, berurusan dengan insurans, 5 hingga 6 jam baru selesai...

Inilah jumlahnya.  Boleh pergi Haji!
Syukurlah syarikat tempat ayahnya bekerja menyediakan kemudahan
perubatan.  Alhamdulillah...

Sepanjang 9 hari itu, dua hari aku berjalan kaki dari hospital untuk balik ke rumah yang jaraknya lebihkurang hanya 1.5km.  Walau sedekat itu, aku megambil masa lebihkurang 30 minit untuk sampai.  Maklum sahaja dengan badan yang berat, kaki yang sakit dan dada yang semput, aku gagahkan juga diri ini bertongkatkan sebatang payung...

10 ulasan:

  1. moga adik terus sihat spt sediakala ye kakcik...

    bila anak msk ward, tak sihat mak mana lah yg tak risau... mau ngn mak2 nya sekali tak lalu mkn

    BalasPadam
  2. Singgah ptg selasa
    bz sangat2 x dan nak blogwalking :)
    semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  3. Masya-Allah!. Teruk juga adik sampai 9 hari duduk wad -kesiannya
    Patutlah tak terjumpa N3 kakcik.
    Semoga terus sembuhlah dik.

    BalasPadam
  4. bill untuk 9 hari, orang macam saya ini kalau takde insurans layak gi GH jelah jawapnya.

    BalasPadam
  5. Semoga dh sembuh seperti sediakala.
    Untunglah ada insurance cover.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, satu perkembangan yg positif. Semoga terusan sihat dan kuat. InshaAllah moga sakit ini juga menjadi penggugur dosa buat adik.. Pada saya, kuat kudrat jugalah kak Cik berjalan kaki 30 minit dgn keadaan kesihatan kak Cik sendiri pun tak menentu. Cuma janganlah selalu, nanti kerap pula semputnya; sakit lagi.. Haa saya ni just risaukan kak Cik je. Huhu.

    BalasPadam
  7. terimgat adik saya dulu kena denggi... siap tidur kat hospital jaga dia... alhadulillah sembuh

    BalasPadam
  8. pengalaman terbaik; yang bila orang lain pula mengalaminya, kita boleh kongsikan nasihat dan panduan...

    BalasPadam
  9. Bila baca ayat terakhir tu, terasa sebak pulak hati. Kasih ibukan Kakcik, kesihatan sendiri pun pura-pura buat tak tahu. Tentu penat berjalan walaupun 1.5km aje. Kalau sihat dan kuat, memanglah tak rasa apa.

    Lama juga di hospital. Bil pun boleh tahan. Kalau takda insuran, memang gigil-gigillah juga nak keluar duit.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.